Thursday, August 20, 2009

Anak Bulan




Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.

Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

Related Posts

Anak Bulan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.