Tuesday, August 18, 2009

Sabtu Nie Da Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam dan Selamat Sejahtera di ucapkan kepada kawan2 semua...

Dari Abu Hurairah Radhiallah 'anhu :
Adalah Rasulullah telah memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda : "telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu berpuasa didalamnya, pada bulan ini pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup dan para syaitan akan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak beroleh kebaikannya makan tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berpuasa tapi tidak menunaikan solat 5 waktu.
2. Tidak menjaga batas-batas agama.
3. Menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
4. Berebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda.
5. Semakin cepat marah.
6. Membazir ketika berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.
8. Membiarkan dan menggalakkan anak2 bermain mercun.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja.
10. Tanpa persedian mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
11. Menang sorak, Terawikh ala kadar.
12. Tadarus al-Quran hanya di bulan Ramadhan sahaja.
13. Tidak mahu bersahur.

Related Posts

Sabtu Nie Da Ramadhan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.