Tuesday, December 29, 2009

+ Mengantuk +

+ Mengantuk +

Kenape aku leh jadi mcm nie?

kenape aku lalai?

kenape aku malas?

kenape aku?

kenape?

masalah yang melanda diri aku nie semakin teruk. ape kan daya terpaksa juga aku teruskan kehidupan ini walaupun pahit mesti aku telan. tp kenape dye sanggup wat aku mcm nie?....

hanya dye saje yang tau jawapannya. kat aku xde jawapan. sekarang aku hanya tumpu pada kerja dan muzik sahaja. ape yang boleh aku lupekan pasal dye aku mesti lupe kan. soorrryyy...

i must to...




Saturday, December 26, 2009

+ Kepulangan Yang Di Nanti +

+ Kepulangan Yang Di Nanti +

Salam...

kembali lagi...

25 Dec 2009...Aku gembira sebab mmber baik aku balik rekrut...cuti 3 hari jer...huhuhu...aku dpt jumpe dye satu hari jer semalam...mmg best gile la...kiteorang lepak karok pas tue jalan2 pasar malam kat kota jaya...hahaha...happy doh...ekekeke...ari nie dye balik da ke kem latihan tuk teruskan latihan dye tinggal lagi 2 bulan jer lagi...good luck yang sahabat...semoga jumpe lagi 2 bulan akan datang...ekekeke...calo...

Thursday, December 24, 2009

-The SevenFiveZero-

-The SevenFiveZero-

Salam semua...

sudah sekian lame training ya akhirnya kuar juga demo The SevenFiveZero ini. ada 4 lagu iaitu "Kawan","Politik Pemusnah","Mission Not Complete","Crazy Monopoly". kalau korang semua nk nengok lerh jer. klik jer link nie : http://www.myspace.com/thesevenfive0. kompom leh masuk dalam myspace band.

ahli band :
Dauz / Vokal
Aki / Drum
Zeli / Guitar
Nua / Guitar
Afif(aku) / Bass

Tuesday, December 22, 2009

Refreshment On 14-17 Dec 09

Salam...

huh da lame gak aku x update blog aku nie...rase
mcm lain la pulok...hihihi...sebenarnya aku bz sikit gn kerja 14-17 dec 2009 ari tue aku ke Latihan Tahunan Penolong Pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti iaitu tempat aku bekerja sekarang nie...di adakan di Hotel Holiday Villa Subang.

13 dec - 7.00pg aku bergerak dari terminal bas sementara kota tinggi ke terminal larkin. destinasi ke shah alam umah pakcik aku ( Ci
k Suri ). Sampai Shah Alam jam 4.30 petang. maklum la nek bas yang bergerak mcm kura2. tp alhamdulillah selamat sampai la. pas tue g makan (da lapo gile ) kat seksyen 15, sedap gile makanan dye. layan...petang 2 mmber aku yang belajar kat poly shah alam dtg umah pakcik aku lepak2...14 dec 09 - 17 dec 09 - Hotel Holiday Villa

yeah akhirnya latihan tahunan dijalankan. mcm2 ar pendedahan yang kiteorang dapat mase training ari tue...untuk makluman semua latihan nie hanya dilakukan untuk PJK FASA RINTIS OR PILOT SITE satu malaysia. so xramai la hanya 12 orang jer yang hadir semasa training ari tue...yang hadir semasa sesi latihan itu adalah muka2 lame iaitu aku, din(pjk sg pinggan), fara (pjk tgjung sepat), kak tie(pjk kg lalang), kak is(pjk simunjan), kak fiza(pjk felda mayam), man (pjk Tmn Kelisa) dan muka2 baru, marlina (pjk banda baharu), shah(pjk sik), amin(pjk pulai chondong), dan qayyum(pjk kuala jempol)... k la korang nengok la gambar2 yang ade kat sini aku upload kan...

semasa di dalam bilik latihan


di HQ MSD di bandar puteri puchong

Staff PJK pilot

Friday, December 11, 2009

+ Hari Ini +

+ Hari Ini +

Salam kepada kawan-kawan sekalian...

hari ini aku mmg cukup gembira, sebab setalh hampir 2 tahun aku tunggu aku dapat juga jawapan dari seseorang mungkin lebih dari sorang kot. bukan awek atau girlfren tau. Lagu kawan menjadi taruhan dalam first demo Band yang aku sertai The Seven Five O. Hasil nukilan ku setelah aku mengharungi pelbagai ragam kerenah manusia dimuka bumi ALLAH ini. terima kasih aku ucapkan kat ahli-ahli yang kerana sudi menjadi kan lagu ciptaan aku nie sebagai killer song. tengkiu everybody...
dalam gembira happy go lucky ade sedih, pemergian salah seorang dari sahabat aku ke luar negara membuat kan aku rase serba salah(mungkin perasaan jer kot), dye pergi ikut family dye pindah maklum la bapak dye orang Swenden(Ejoi kalau ko bace blog aku ko tlg sampai kan salam aku kat band Mando Diao, peminat setia nie)...hahahha...wei kalau ko rindukan kiteorang kat sini nanti aku upload lagu kawan kat mysapce...ko dengar ar sampai lebam...

cerita lain nie tau...
hahaha...walau pun masalah kesihatan aku xberape nk ok...tp aku tetap nampak kan diri aku nie ok jer...sebab wat nk nampak sakit nanti makin sakit ar...hahahaha...nk buat mcm ner...aku nk g klinik pun malas, lagi kan nk p hospital, mintak ampun ar. mmg pemalas la aku jd nyer...hahahaha...xper la...kalau da sampai ajal aku reda jer...xteruk pun penyakit aku...cume penyakit malas jer...ahahahaha...

k la aku ade kerja la nk buat...maklum la nk bercuti panjang la kate kan nie...hahahah...c u tommorow never die...

*kalau sempat aku update ar sok...sok malam aku nk p sesi recording kat Hard Sound Studio...jumpe di sana di sana di sana...




Thursday, December 10, 2009

+ Untuk Mu Bakal Isteri +

Salam semua
Untukmu, Bakal Isteri

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan
itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Salam kembali

Wednesday, December 9, 2009

+ Ayang VS Abang Spae Yang Betul Sape Yang Salah Sape Yang Betul +

+ Ayang VS Abang Spae Yang Betul Sape Yang Salah Sape Yang Betul +

Abang vs Ayang.... Saper yang salah agak2nya..

Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,
ayang




ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr
jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

Love,
Abang

Tuesday, December 8, 2009

Sunday, December 6, 2009

+ Salah Aku Ker +

pening aku memikirkan masalah duniawi skang nie. bile kite tegur dye kate kite memandai, tp tue la hakikat manusia, xleh nk nengok orang lain senang.

dijadikan cerita. aku punyai seorang kawan xpayah la tau name dye sape. dye seorang peniaaga yang ebrjaya la katenye. bgs jd mcm dye bernia
ga nie sunnah Rasulullah s.a.w., tp kalau dok jaja citer orang wat per?xgune beb. duk kedai cerita orang nie, kang samapi orang lain cerita lagi, tp tue la nk buat mcm ner da perangai dye mcm tue, masalah si dia nie xboleh nengok kawan2 lebih dari dia 2 yang aku pelik, ade jugak manusia mcm nie kat muka bumi ALLAH ni. aduiii sakit telinga, itu ok la jugak...aku xkesah sgt, tp dye dok laga-laga kan kawan. tu yang aku xminat tue. sakit jiwa beb. dye laga kan aku gn mmber aku sendiri, sampai mmber aku tu xtegur aku langsung, aku pun heran ar gn orang yang mcm nie, ape la yang si dia nk, aku xpenah kacau hidup si dia, bahkan aku beli gak makanan kat kedai si dai, aku payong member2. tp nie ke balasan yang aku dapat. MasyaAllah, SubhanAllah. aku doakan si dia peroleh hidayah dari ALLAH tuk si dia berubah.

sekian terima kasih...

Saturday, December 5, 2009

+ ROCK THE WORLD 9 +

alo-alo,

kawan2 semua Rock The World kini kembali lagi dengan sound yang baru geng..


"untuk gambaran yang jelas klik jer kat gambar tue tau"


Rock The World 9 ini akan berlangsung pada 26 Dec 2009 bertempat di Stadium Bukit Jalil
(car park A).

jom datagn ramai2...

peace no war...
+ Aku Seorang Pemuzik? +

+ Aku Seorang Pemuzik? +

yeah. bercerita pasal muzik mmg aku suke. sebab aku peminat muzik no 1. kire fanatik la pasal2 muzik nie. dan aku juga seorang pemuzik. hahahah. tapi hanya pemuzik di dalam jamban jer. cube2 berjinak2 gn indie tapi xterer lagi. jiwa aku ke arah muzik yang seperti Greenday, Sum 41, Blink 182, MCR dll. projek band aku di beri nama The Seven-Five-0. dianggotai lima orang anak muda yang sungguh berbakat dalam bidang muzik kecuali aku la.

line up band :

Daus - vokalis
Zeli - pemain gitar/vok,
Aki - Pemain Drum
Nuar - pemain gitar
aRe-lOng - pemain bass/vok

tue la dye lineup2 band The Seven-Five-0, mereka dah pun menghasilkan 3 lagu yang bertajuk, mission incomplish, politik pemusnah dan crazy monopoly, lagu2 ini telah siap di susun dan akan melakukan sesi rocording tidak lama lagi dalam bulan 12 nie juga mereka akan melakukan sesi recording tuk ketiga-tiga lagu ini. sekarang masih lagi dalam sesi praktis xleh nk tunjukkan lagu2 nyer nanti xsyok la. dan xsuprise. hahahaha...lagu pun da siap sume da...bakal siap satu lagu lagi berjudul kawan dan akan dimuatkan dalam demo ke dua tidak lame lagi. da la mls aku nk cerita panjang2 buka ade sape yang nk bace pun...hahahahaha

caw sin chi...

Friday, December 4, 2009

+ Awas Kepada Semua Umat Islam +


Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Malaysia ini.

berhati-ha
ti la ketika anta membeli makan ringan, awasi la anak-anak anda semua..ini benar...





Psn : jagan men bedal jer bile beli jajan, contoh appollo, cadbury dll.



yang jelasnye pringles pun mengandungi lemak babi nie...kalau xpercaya g beli satu pas tu nengok ade xdye tulis kot nie E471 kat kandungan dye tue...

same2 kite renungkan ye...

salamat beramal...

ekekekeke

Tuesday, December 1, 2009

+ Tukar Template +

+ Tukar Template +

yes2 yes2, hahaha...aku da berjaya tukar lagi template blog aku...mcm2 dugaan aku lalui tuk tukar tamplate nie...ssh ooo...hahaha...maklum la aku bukan nyer xpert sgt dalam bab2 komputer or internet2 nie...so kene useha lebih sikit ar kalau nk buat sesuatu...

hahaha...

nie nk story mory ar nie...sikit jer...baru je kejap td aku kuar gn family aku...ayah aku belanje makan...sedap jugak...da lame da aku xmakan satay...sehingga menjilat lidi satay tue...punye sedap la katekan. banyak gak la kite orng oder. ikan siakap tiga rasa, sup sayur campur, tomyam dll...x terkire ar mahal nyer...hahaha...tp puas...perut kenyang. balik umah terus jer aku story kat sini...hihihihi...

caw dulu la...
ade kerja nk buat nie...hiihihi

salam...