Tuesday, December 22, 2009

Refreshment On 14-17 Dec 09

Salam...

huh da lame gak aku x update blog aku nie...rase
mcm lain la pulok...hihihi...sebenarnya aku bz sikit gn kerja 14-17 dec 2009 ari tue aku ke Latihan Tahunan Penolong Pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti iaitu tempat aku bekerja sekarang nie...di adakan di Hotel Holiday Villa Subang.

13 dec - 7.00pg aku bergerak dari terminal bas sementara kota tinggi ke terminal larkin. destinasi ke shah alam umah pakcik aku ( Ci
k Suri ). Sampai Shah Alam jam 4.30 petang. maklum la nek bas yang bergerak mcm kura2. tp alhamdulillah selamat sampai la. pas tue g makan (da lapo gile ) kat seksyen 15, sedap gile makanan dye. layan...petang 2 mmber aku yang belajar kat poly shah alam dtg umah pakcik aku lepak2...14 dec 09 - 17 dec 09 - Hotel Holiday Villa

yeah akhirnya latihan tahunan dijalankan. mcm2 ar pendedahan yang kiteorang dapat mase training ari tue...untuk makluman semua latihan nie hanya dilakukan untuk PJK FASA RINTIS OR PILOT SITE satu malaysia. so xramai la hanya 12 orang jer yang hadir semasa training ari tue...yang hadir semasa sesi latihan itu adalah muka2 lame iaitu aku, din(pjk sg pinggan), fara (pjk tgjung sepat), kak tie(pjk kg lalang), kak is(pjk simunjan), kak fiza(pjk felda mayam), man (pjk Tmn Kelisa) dan muka2 baru, marlina (pjk banda baharu), shah(pjk sik), amin(pjk pulai chondong), dan qayyum(pjk kuala jempol)... k la korang nengok la gambar2 yang ade kat sini aku upload kan...

semasa di dalam bilik latihan


di HQ MSD di bandar puteri puchong

Staff PJK pilot

Friday, December 11, 2009

+ Hari Ini +

+ Hari Ini +

Salam kepada kawan-kawan sekalian...

hari ini aku mmg cukup gembira, sebab setalh hampir 2 tahun aku tunggu aku dapat juga jawapan dari seseorang mungkin lebih dari sorang kot. bukan awek atau girlfren tau. Lagu kawan menjadi taruhan dalam first demo Band yang aku sertai The Seven Five O. Hasil nukilan ku setelah aku mengharungi pelbagai ragam kerenah manusia dimuka bumi ALLAH ini. terima kasih aku ucapkan kat ahli-ahli yang kerana sudi menjadi kan lagu ciptaan aku nie sebagai killer song. tengkiu everybody...
dalam gembira happy go lucky ade sedih, pemergian salah seorang dari sahabat aku ke luar negara membuat kan aku rase serba salah(mungkin perasaan jer kot), dye pergi ikut family dye pindah maklum la bapak dye orang Swenden(Ejoi kalau ko bace blog aku ko tlg sampai kan salam aku kat band Mando Diao, peminat setia nie)...hahahha...wei kalau ko rindukan kiteorang kat sini nanti aku upload lagu kawan kat mysapce...ko dengar ar sampai lebam...

cerita lain nie tau...
hahaha...walau pun masalah kesihatan aku xberape nk ok...tp aku tetap nampak kan diri aku nie ok jer...sebab wat nk nampak sakit nanti makin sakit ar...hahahaha...nk buat mcm ner...aku nk g klinik pun malas, lagi kan nk p hospital, mintak ampun ar. mmg pemalas la aku jd nyer...hahahaha...xper la...kalau da sampai ajal aku reda jer...xteruk pun penyakit aku...cume penyakit malas jer...ahahahaha...

k la aku ade kerja la nk buat...maklum la nk bercuti panjang la kate kan nie...hahahah...c u tommorow never die...

*kalau sempat aku update ar sok...sok malam aku nk p sesi recording kat Hard Sound Studio...jumpe di sana di sana di sana...




Thursday, December 10, 2009

+ Untuk Mu Bakal Isteri +

Salam semua
Untukmu, Bakal Isteri

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan
itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Salam kembali

Saturday, December 5, 2009

+ ROCK THE WORLD 9 +

alo-alo,

kawan2 semua Rock The World kini kembali lagi dengan sound yang baru geng..


"untuk gambaran yang jelas klik jer kat gambar tue tau"


Rock The World 9 ini akan berlangsung pada 26 Dec 2009 bertempat di Stadium Bukit Jalil
(car park A).

jom datagn ramai2...

peace no war...
+ Aku Seorang Pemuzik? +

+ Aku Seorang Pemuzik? +

yeah. bercerita pasal muzik mmg aku suke. sebab aku peminat muzik no 1. kire fanatik la pasal2 muzik nie. dan aku juga seorang pemuzik. hahahah. tapi hanya pemuzik di dalam jamban jer. cube2 berjinak2 gn indie tapi xterer lagi. jiwa aku ke arah muzik yang seperti Greenday, Sum 41, Blink 182, MCR dll. projek band aku di beri nama The Seven-Five-0. dianggotai lima orang anak muda yang sungguh berbakat dalam bidang muzik kecuali aku la.

line up band :

Daus - vokalis
Zeli - pemain gitar/vok,
Aki - Pemain Drum
Nuar - pemain gitar
aRe-lOng - pemain bass/vok

tue la dye lineup2 band The Seven-Five-0, mereka dah pun menghasilkan 3 lagu yang bertajuk, mission incomplish, politik pemusnah dan crazy monopoly, lagu2 ini telah siap di susun dan akan melakukan sesi rocording tidak lama lagi dalam bulan 12 nie juga mereka akan melakukan sesi recording tuk ketiga-tiga lagu ini. sekarang masih lagi dalam sesi praktis xleh nk tunjukkan lagu2 nyer nanti xsyok la. dan xsuprise. hahahaha...lagu pun da siap sume da...bakal siap satu lagu lagi berjudul kawan dan akan dimuatkan dalam demo ke dua tidak lame lagi. da la mls aku nk cerita panjang2 buka ade sape yang nk bace pun...hahahahaha

caw sin chi...

Friday, December 4, 2009

+ Awas Kepada Semua Umat Islam +


Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Malaysia ini.

berhati-ha
ti la ketika anta membeli makan ringan, awasi la anak-anak anda semua..ini benar...





Psn : jagan men bedal jer bile beli jajan, contoh appollo, cadbury dll.



yang jelasnye pringles pun mengandungi lemak babi nie...kalau xpercaya g beli satu pas tu nengok ade xdye tulis kot nie E471 kat kandungan dye tue...

same2 kite renungkan ye...

salamat beramal...

ekekekeke

Tuesday, December 1, 2009

+ Tukar Template +

+ Tukar Template +

yes2 yes2, hahaha...aku da berjaya tukar lagi template blog aku...mcm2 dugaan aku lalui tuk tukar tamplate nie...ssh ooo...hahaha...maklum la aku bukan nyer xpert sgt dalam bab2 komputer or internet2 nie...so kene useha lebih sikit ar kalau nk buat sesuatu...

hahaha...

nie nk story mory ar nie...sikit jer...baru je kejap td aku kuar gn family aku...ayah aku belanje makan...sedap jugak...da lame da aku xmakan satay...sehingga menjilat lidi satay tue...punye sedap la katekan. banyak gak la kite orng oder. ikan siakap tiga rasa, sup sayur campur, tomyam dll...x terkire ar mahal nyer...hahaha...tp puas...perut kenyang. balik umah terus jer aku story kat sini...hihihihi...

caw dulu la...
ade kerja nk buat nie...hiihihi

salam...