Saturday, February 20, 2010

Adakah Anda Tahu?

Assalamualaikum.

Korang tahu tak tariff elektrik kat Semenanjung Malaysia nie?

Bagi kita di Semenanjung Malaysia ni, Tariff TNB sekitar 30sen hingga 45sen per kilowatt-jam (kWh) mengikut penggunaan kita seharian. Semakin banyak penggunaan semakin mahal kita bayar bil elektrik.

Aku dulu bejajar dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, banyak juga la yang aku tahu bab-bab elektrik nie. Kat sini aku ade siapkan satu jadual anggaran kasar tentang berapa banayk kos yang berjalan dalam satu jam yang boleh dikongsi bersama, ini just anggaran aku jer.

klik untuk tumbesaran yang sehat.

Thursday, February 11, 2010

Pernah Berlakukah Dalam Sejarah Islam, Hantu Dijadikan Bahan Pameran?Adakah Pameran Hantu Ini Boleh Menjejaskan Akidah?

Assalamualaikum w.b.t.

Terpanggil jugak aku nk mencari bahan tentang hantu ini. hmmm susah nk diterangkan dengan lebih jelas. Sebab dalam konteks agama jembalang, polong la tue la nie la mmg xde belajar, yang kita belajar hanya syaitan, iblis, manusia yang bertopengkan syaitan. Tetapi haruslah kita ingat bahawa ALLAH S.W.T. yang menghidup dan juga yang mematikan, aku rase tak heran ar ade mcm2 hantu kat muka bumi nie. Sebab semua yang terjadi atas khendak-NYA.

1. Pernah berlakukah dalam sejarah Islam, hantu dijadikan bahan pameran?

2. Terkesankah aqidah umat Islam apabila ada yang menolak mentah-mentah pameran itu, dengan mengatakan pameran sedemikian adalah syirik dan wajib dijauhi kerana hantu sedemikian tidak pernah wujud.


Jawapan :

Jawapan 1

Dari maklumat saya yang terbatas khasnya dalam bidang pameran yang dimaksudkan, saya tidak pernah bersua sebarang maklumat sepanjang sejarah, meskipun buku-buku rujukan yang banyak saya ikuti, buku-buku yang memperkatakan tentang makhluk halus, tidak pernah didengari makhluk halus telah menjadi makhluk kasar berupa paras, ditangkap dan dimatikan manusia untuk dijadikan bahan pameran.

Sebenarnya dalam kehidupan insan, kita sentiasa bertemu dengan maklumat ada beberapa kumpulan masyarakat Barat dan Timur, begitu bersungguh mencari bukti, membuktikan makhluk halus secara fizikal.

Saya sendiri secara peribadi, telah ditemui oleh beberapa pengkaji daripada luar negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara Eropah, mereka menemuramah dan disiarkan di televisen Perancis dan dalam Discovery Channel, meminta saya menggambarkan makhluk halus daripada pengalaman yang sebenar.

Secara fizikalnya belum ada yang dapat membuktikan ia wujud. Secara imaginasinya hasil daripada pengalaman pertemuan dalam beberapa episod, interaksi insan yang dirasuk makhluk halus, itulah yang paling banyak boleh digambarkan.

Banyak orang menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat bukti nyata, seperti memasang kamera yang dihalakan di tempat-tempat yang didakwa ada makhluk halus, dikumpulkan beberapa orang di tempat tertentu dan mereka berkomunikasi dengan makhluk ini, semuanya berlaku sekadar imbasan, bayangan dan rupa paras yang tidak pasti.

Dalam istilah Arab, hal-hal yang sedemikian ini disebutkan sebagai al-ashbaah atau bayang-bayang. Seolah-olah masyarakat Arab menggambarkan makhluk halus tidak lebih dari bayang-bayang yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.

Maka dengan itu, sampai ke peringkat ada yang tidak mempercayai makhluk halus wujud kerana tidak pernah dilihat secara fizikal dalam sejarah sama ada dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.

Oleh itu jelas dalam sejarah tidak pernah wujud sebarang pameran makhluk halus yang dijelmakan untuk tontonan manusia, apa yang dipamerkan bukan realiti kerana realitinya belum pernah berlaku.

Jawapan 2

Tidak mempercayai adanya makhluk halus yang diistilahkan sebagai syaitan, jin, iblis dan sebagainya, sama dengan hantu, polong, langsuyar atau sebagainya, menjejaskan aqidah.

Mempercayainya memperkukuhkan aqidah.

Makhluk ini disebut dalam al-Quran begitu banyak, bukan sahaja berulang kali disebut perkataan jin, iblis atau syaitan sahaja, tetapi al-Quran dan al-Hadis turut menggambarkan hal kejadian mereka, beban amanah yang mereka tanggung sebagai makhluk, hal mereka beriman, mereka kufur, mereka menyakiti anak Adam, mereka bermasyarakat, berkahwin dan beranak pinak.

Oleh itu mempercayai adanya mereka aqidah umat Islam yang berteraskan al-Quran.

Adapun menolak mentah-mentah adanya makhluk itu, menafikan kewujudan mereka, ertinya mereka menafikan benarnya al-Quran.

Adapun yang merujuk kepada pameran, pameran sedemikian itu dikatakan syirik, persoalan ini perlu dilihat daripada beberapa sudut, sudut wujudnya makhluk halus itu, adalah suatu realiti.

Jika dilihat dari sudut bolehkah manusia mempercayai bahawa makhluk-makhluk ini boleh melindungi manusia, lalu manusia meminta perlindungan daripada mereka.

Sehingga manusian menyahut seruan supaya melakukan sesuatu yang syirik seperti menyembelih binatang untuk mereka, melakukan ibadah atas perintah mereka, melupakan Allah S.W.T sebagai pelindung dan menjadikan syaitan sebagai pelindung, hantu sebagai pembela dan sebagainya.

Bagi yang menolak mentah-mentah pameran seperti ini, terpulang kepada bicara ilmu masing-masing. Jika diyakini bahawa yang dipamerkan itu sebenarnya bukan hantu, tetapi adalah karya seni yang dikatakan realiti, membohongi masyarakat sesuatu yang tidak wujud dikatakan wujud (dijelmakan dalam bentuk realiti), maka elok masyarakat berhati-hati untuk mempercayainya.

Sebab itu saya mencadangkan supaya bahan-bahan yang dipamerkan itu (yang dikatakan hantu), diuji dalam makmal dan dibuat kajian akademik bagi membuktikan ianya sebagai benar, supaya masyarakat tidak tertipu.

Menerima dan menolak itu adalah hak manusi, tetapi hak ilmu untuk dibuktikan, harus dijadikan panduan untuk mengajar manusia menerima suatu hakikat sebelum mempercayainya.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan dianjurkan pameran tersebut, sekiranya ia bertujuan memberi pengetahuan sebenar kepada masyarakat tentang alam makhluk halus maka ia perlu diasaskan pada asas ilmu yang sah disini Islam.

Jika ianya sebagai suatu bisnes menggunakan suatu teknik untuk menarik perhatian pengunjung, menghasilkan tujuan material sedangkan bahan yang dipamer bukan realiti, maka ia memerlukan suatu pembetulan.

Kita tidak mahu masyarakat tertipu dengan gambaran yang tidak betul.

Diandaikan ianya dibuat hasil kajian yang menyeluruh, ia benar-benar realiti, kita boleh berbangga, dunia umumnya belum dapat membuktikan hal sedemikian, tetapi rakyat Malaysia boleh. Wallahu a'lam.

Wednesday, February 10, 2010

Makhluk Halus?

Makhluk Halus merujuk kepada makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif. Kewujudan makhluk halus boleh dikesan dalam cerita-cerita dongeng, kitab agama, dan cerita-cerita lisan. Meskipun demikian, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga.

Terdapat kepercayaan bahawa membakar kemiyan bersama sejenis getah yang diambil daripada pokok Morhabshi mampu menjauhkan atau menghindari makhlus halus.

Dalam masyarakat Melayu-Islam, bacaan ayat-ayat suci al Quran merupakan cara terbaik bagi menghindari makhluk halus ini.

Contoh-contoh Makhluk Halus dalam Alam Melayu adalah seperti berikut:

  1. Syaitan / Iblis / Setan
  2. Polong
  3. Pucung
  4. Pontianak
  5. Penanggalan
  6. Jin Pelesit
  7. Mambang
  8. Hantu
  9. Orang Bunian
  10. Toyol
  11. Haiwan jadian
  12. Jin Ifrit
  13. Jembalang
  14. Binatang Keramat
  15. Malaikat

Sunday, February 7, 2010

Kenape Nak Matikan Sistem Autorun Pada Wndows 7i

Salam..

kepada kawan-kawan semua. ari nie nk berkongsi sikit la pengalaman aku dalam menjadi doktor kepada orang-orang yang punyai masalah deng
an pc or laptop nie. Setelah hampir 3 tahun aku berkecimpung dalam dunia perkomputeran nie belum pernah aku jumpa satu masalah nie. Masalah nya adalah Security Tools asik keluar. Macam haram, bila restart pun same gak. da laptop baru beli jadi sewel jap aku. Windows 7 nie leceh, sebab benda baru dan aku baru explore sikit2. lepas tue dye nyer antivirus langsung xleh pakai sebab security tools nie asik kuar jer. xleh nk buat kerja, dan security tools nie juga da ilang kan semua fail2 yang ade kat dalam laptop baru tue. huh..akhir nya aku jumpe satu jalan...terima kasih kepada www.cekapkomputer.com.

Mengapakah kita perlu mematikan fungsi autoplay ini?

Bagi sesetengah pengguna,fungsi autoplay adalah berguna kepada mereka terutamanya bagi kegunaan contohnya CD pembelajaran yang menggunakan fungsi autoplay.Namun bagi sesetengah pengguna,fungsi ini kadangkala melecehkan dan menyusahkan kita.Selain itu,kebiasaannya fungsi autoplay ini disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan lagi virus-virus mereka selalunya melalui pendrive.

Bagaimanakan cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini pada Windows 7 anda?

Baiklah saya akan memberikan anda cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini.Dengan hanya 4 – 5 langkah fungsi ini dapat dimatikan.

Pertama sekali,Klik pada butang logo Windows pada tepi Toolbars anda dan klik pada ruangan yang bertulis “search programs and files”.Ruangan “search programs and files” ini juga sebenarnya adalah fungsi RUN seperti yang ada pada Windows XP sebelum ini.Kemudian taip gpedit.msc

Kemudian,klik pada Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Klik pada AutoPlay Policies.Rujuk gambarajah di bawah.

Baiklah pada bahagian AutoPlay Policies,klik pada Turn Off Autoplay,kemudian satu tetingkap akan dipaparkan dan klik pada pilihan Enabled dan pastikan bahagian bawah Options dipilih All drives.Rujuk gambarajah.

Mudah dan ringkas kan? Jom cuba sendiri

www.cekapkomputer.com

Saturday, February 6, 2010

Tips Untuk Matikan Autorun Di Windows XP

Tips Untuk Matikan Autorun Di Windows XP

Tip-tip untuk mematikan autorun pada Windows XP ternyata susah untuk dilakukan. Ia berpunca dari Flash Drive@Pendrive. Boleh menyebabkan autorun itu sentiasa bergerak tanpa henti.

Setelah puas mencari, tetap tidak jumpa juga. Tetapi ada 2 cara untuk kita mematikan Autorun ini iaitu :

  1. Mengedit Registery
  2. Mengubah Setting pada Policy Group.

Mengedit Registery boleh dilakukan dengan 2 cara :

  1. Edit dengan menggunakan "regedit" (taip regedit pada start menu).
  2. Boleh dilakukan dengan membuat gambar yang save didalam file .reg di wordpad or notepad dan tukar alamat registery ke Software>Microsoft>Windows>CurrentVersion>Policies>Explorer" onmouseover="this.style.backgroundColor='#ebeff9'" onmouseout="this.style.backgroundColor='#fff'">HKEY_CURRENT_USER> Software> Microsoft> Windows> CurrentVersion> Policies> Explorer .

untuk cara kedua aku belum dapat terangkan sebab susah sikit la nk terangkan, nanti bila ada masa yang terluang aku cube edit lagi yer...:D


Sahaja yang nk aku kongsi sama-sama dengan kawan2 blogger semua.

selamat mencuba...


GVR @ Geekz Virus Remover


klik gambar untuk tumbesaran

Ciri-Ciri:

  • Scan memory semasa GVR di aktifkan.
  • Scan keseluruhan file.
  • Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
  • Scan satu file.
  • Scan registry.
  • Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
  • Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
  • Perlindungan pendrive dari virus.
  • Fungsi scan yang laju.
  • Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
  • Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
  • Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
  • Fungsi “Kill All Process” yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
  • Fungsi update virus definition secara online.
  • Antara muka yang mudah difahami.

Registry yang akan di baik pulih dalam fungsi “Repair Registry”:

  • Show Hidden file.
  • Show File Extension
  • Show Task Manager
  • Show Registry editor
  • Show MsConfig
  • Show Run Menu
  • Show Folder Option
  • Show Command Prompt
  • Show Control Panel
  • Show Find menu
  • Show Hidden Drive
  • Show Taskbar
  • Show Context Menu
  • Show View Context Menu
  • Show Shutdown & Log Off Menu
  • Normalkan “Taskbar Size Move”
  • Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
  • Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
  • Normalkan balik klik kanan mouse.
untuk download antivirus ni http://www.geekzlife.net/v1/geekz-virus-remover/

Monday, February 1, 2010

Program ICT ROADSHOW Di CBC Felda Air Tawar 1

Salam...

Aku nak berkongsi la satu program di tempat kerja aku nie. Nama Majlis nie dipanggil ICT ROADSHOW. Matlamat program nie senang jer. nak mempromosikan CBC Felda Air Tawar 1 sebagai sebuat pusat ilmu yang boleh digunaka oleh semua lapisan masyarakat di kampung Felda Air Tawar 1 nie.

Untuk makluman korang sume la, CBC/PJK atau nama panjangnyer Community Broadband Center/Pusat Jalur Lebar Komuniti ini merupakan sebuah projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif penubuhan PJK ialah memberi
kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PJK. Merapatkan Jurang Digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Program ICT ROADSHOW ini di lansungkan pada 30hb Jan 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00ptg...





Jalan-Jalan Cari Makan Di Tanjung Piai, Pontian...

Salam...

Alo kawan2 ape kabar anda semua?adakah anda sehat?harap2 semua sihat2 selalu la yer...

ari tue aku g Tanjung Piai kat Pontian Johor...syuer best ar...malas nk cerita panjang2 nie aku ade amik beberape gambar tuk kongsi gn korang sume...

Tuesday, January 26, 2010

Remaja : Iman Vs Rakan


Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T. ;


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139)


Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi set
iap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.

Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.


Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,

”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”

Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.

”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”

Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.

Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.
Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.

Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua?

Fikir-fikirkanlah.

Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.

"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "

Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.


Sunday, January 24, 2010

Tunku Ibrahim Dimasyhur Sebagai Sultan Johor Yang Ke Lima


Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail, 52, dimashyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini.

Istiadat pemashyuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.08 petang.

Watikah pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail dibacakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurut Abdul Ghani, Sultan Ibrahim telah menandatangani watikah pemashyuran sebagai Sultan Johor di hadapan Jumaah Majlis Diraja Johor dan kaum kerabat Diraja Johor di Bilik Singahsana, Istana Besar, Johor Bahru.

‘‘Ketahuilah olehmu sekalian rakyat negeri kita daripada bangsa keturunan Melayu dan lain-lain keturunan dan ketahuilah juga olehmu sekalian yang berkenaan dengan negeri dan jajahan tanah air kita bahawa mengikut Fasal 8 Bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 kita. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah menaiki tahta kerajaan.

‘‘Dan telah mengangkat sumpah di dalam Bilik Singgahsana di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.15 pagi pada 7 Safar 1431 bersamaan dengan 23 Januari 2010 di hadapan jumaah pangkuan negeri menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dalam jajahan Johor dan segala daerah takluknya bagi menggantikan Seri Paduka ayahanda kita, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail bertarikh di Istana Besar Johor Bahru pada 23 Januari 2010 dengan titah perintah Datuk Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor,” katanya Abdul Ghani.

Pemashyuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.

Sebaik sahaja selesai pembacaan watikah itu, Penasihat Majlis Agama Islam, Datuk Nooh Gadut membacakan doa kira-kira pukul 1.12 petang.

Selesai bacaan doa, kedengaran laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dilafazkan oleh rakyat dan para hadirin.

Ia diikuti dengan Majlis Perangkatan jenazah Almarhum Sultan Ibrahim dari Dewan Istana Besar menggunakan sebuah pedati dengan ditarik oleh Pasukan Istiadat dan Pegawai Badan Istiadat istana menuju ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah yang terletak kira-kira tiga kilometer.

Pedati yang membawa jenazah Almarhum itu turut dinaiki oleh Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Sultan Ibrahim Ismail bersama kaum kerabat lain berjalan kaki mengiring jenazah ke makam berkenaan sambil diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 77 das, bersamaan dengan usia Almarhum.

Selain itu, kerabat-kerabat diraja dari negeri lain dan tetamu kehormat turut menuju ke Makam Diraja berkenaan.

Hampir kesemua raja dan sultan di negara ini serta kaum kerabat mereka hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing.

Sultan Ibrahim Ismail menggantikan ayahanda baginda yang mangkat semalam pada usia 77 tahun setelah memerintah negeri ini hampir tiga dekad bermula 11 Mei 1981.

Petang semalam baginda dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Jumaah Majlis Diraja Johor setelah menerima laporan kegeringan Sultan Iskandar daripada tiga pakar perubatan di Hospital Pakar Johor, di sini bahawa ayahanda baginda tidak dapat melakukan kerja-kerja raja.

Namun, Sultan Iskandar disahkan mangkat pukul 7.15 malam.

Sultan Ibrahim Ismail yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1985.

Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, pasangan diraja itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.

Sultan Ibrahim Ismail mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School di Australia mulai 1968 hingga 1970.

Sultan Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) dari 1971-1975.

Baginda turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.

Setelah tamat persekolahan, Sultan Ibrahim Ismail telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan.

Kemudian baginda ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.

Baginda turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying‘s School dan menerima anugerah ‘sayap’ penerbangan.

Selain itu, baginda juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tuftf, Amerika Syarikat.

Dalam bidang sukan, Sultan Ibrahim Ismail gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.




Monday, January 18, 2010

ada Hantu semasa Anugerah Juara Lagu ke-24??


GEMPAR seketika penggiat industri seni tanah air apabila ada pihak yang mendakwa ternampak lembaga berbungkus kain putih ketika berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, minggu lalu.

Rakan CAK dan rakan-rakan media lain tak ambil kisah sangat sebab mereka ingatkan lembaga itu adalah salah seorang daripada penari yang bersiap sedia untuk mengiringi persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Bencinta selepas lagu Aizat iaitu Kau Dan Aku berakhir.


Bagaimanapun, salah seorang wakil media sempat merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan kehadiran lembaga itu dengan tujuan untuk diletakkan di dalam blog peribadinya sebagai humor.


Selepas melihat persembahan Faizal, rakan CAK tertanya-tanya ke mana menghilangnya ‘penari pengiring’ tadi kerana yang dipersembahkan di pentas jauh beza dari segi pakaian dan rupanya.


Ada yang mengatakan pihak produksi sendiri tak tahu menahu mengenai kewujudan lembaga itu kerana sememangnya dalam perancangan tiada penari yang akan turun menggunakan tali kabel dari bahagian itu sebaliknya dari bahagian lain.

Pihak produksi yang bekerja juga dikehendaki memakai baju serba hitam, bukan serba putih berbungkus seperti yang disaksikan rakan CAK dan beberapa wakil media lain.


Apabila ramai mengetahui perkara ini, ramailah pula yang mula membuat telahan kononnya lembaga itu jelmaan orang mati, penunggu stadium dan sebagainya.


Tidak kurang pula yang melontar pendapat kononnya lembaga itu dibawa oleh penyanyi yang inginkan kemenangan dengan menggunakan ilmu hitam.


Bagi CAK, nilailah sendiri gambar yang CAK paparkan di sini. Tapi, jika lembaga ini sebenarnya manusia, silalah hubungi CAK agar CAK boleh betulkan keadaan dan tidak memesongkan akidah sesiapa. Tapi jika benar itu adalah makhluk halus, beringat-ingatlah!

sumber : my metro.


betul ke xhantu tue? sendiri mau ingat la...ekekekeke...hantu pun nk nengok AJL gak...



Tuesday, January 12, 2010

+ Sewaktu Di Dalam Studio Jaming +

Assalamualaikum w.b.t

Yeah ari nie aku nk merepek pasal jamming lak. Ada yang ckp "wat pe ko g jamming dok? pekak telinga tau x, mcm hape tah, xde paed
ah langsung". Aku ckp "no komen". Hahahaha. Sebenarnya aku malas nk panjang2 kan cerita penat ooo. Ok la, aku jamming di Studio Black Zone di Taman Sri Yaacob, Taman Perling, Johor Bahru, Johor. Tempat jamming yang agak luas dan suasana nyer pun happening la. Pada aku cukup ok da. Tiap2 minggu aku n the geng akan ke sana tuk praktis lagu2 yang kiteorang sendiri buat. Bukan nk jadi artis tapi untuk menghilangkan sedikit rasa tension semasa bekerja dan lain2.


hahaha... kat atas tue 2 3 keping gambar yang aku masukkan saje nk kongsi gn kawan2....

ape2 pun sambung later k...ade kerja nk buat nie.

wasalam.





Saturday, January 9, 2010

Tanjung Pengelih


Abe Din Asst. Manager CBC KG Sungai Pinggan, Pontian

Cik Rosli Mat Yaman

Dari depan : Abe Din, Cik Rosli(Sit) dan Aku

Khamis 7 Jan 2010
Lokasi : Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim.

Hujan lebat pagi hari cadangan untuk ke Wet World Kota Tinggi (air terjun Kota Tinggi) terpaksa dibatalkan. Sedih tue, perancangan da cukup rapi da. Tapi apakan daya kuasa ALLAH lebih dari segalanya. Aku, Cik Rosli dan Abe Din (asst manager PJK Sungai Pinggan) meneruskan juga rancangan untuk melepaskan segala tekanan yang ada di dalam diri ini ke satu destinasi yang belum dapat di putuskan lagi. Abe din yang sampai ke Kota tinggi pada 6 Jan 2010 dan bermalam bersama Cik Rosli di Hotel Seri Kota. Aku balik umah la, bukan jauh pun umah aku gn hotel yang dyeorang duduk nie. 5 minit sampai.

pemandu rasmi yang sentiasa berhati2 semasa memandu

Bersarapan di Restoran mamak yang ade jual roti nan (roti tempayan) di bandar Kota Tinggi, bincang punya bincang kami pun bersetuju untuk ke Tanjung Pengelih. Lokasi yang duduknya di penhujung daerah Kota Tinggi, berdekatan dengan Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK).

Cuti-cuti macam nie la mase nk rilek2 kan minda yang berserabut dek kerja yang memeningkan kepale. Macam2 hal yang berlaku, so far sume o
k lagi, xde la yang xok. ha ape lagi. korang nengok la sendiri gambar2 yang di snap oelh Abe Din, Cik Rosli dan Aku...malas nk cerita panjang2