Monday, January 18, 2010

ada Hantu semasa Anugerah Juara Lagu ke-24??


GEMPAR seketika penggiat industri seni tanah air apabila ada pihak yang mendakwa ternampak lembaga berbungkus kain putih ketika berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, minggu lalu.

Rakan CAK dan rakan-rakan media lain tak ambil kisah sangat sebab mereka ingatkan lembaga itu adalah salah seorang daripada penari yang bersiap sedia untuk mengiringi persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Bencinta selepas lagu Aizat iaitu Kau Dan Aku berakhir.


Bagaimanapun, salah seorang wakil media sempat merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan kehadiran lembaga itu dengan tujuan untuk diletakkan di dalam blog peribadinya sebagai humor.


Selepas melihat persembahan Faizal, rakan CAK tertanya-tanya ke mana menghilangnya ‘penari pengiring’ tadi kerana yang dipersembahkan di pentas jauh beza dari segi pakaian dan rupanya.


Ada yang mengatakan pihak produksi sendiri tak tahu menahu mengenai kewujudan lembaga itu kerana sememangnya dalam perancangan tiada penari yang akan turun menggunakan tali kabel dari bahagian itu sebaliknya dari bahagian lain.

Pihak produksi yang bekerja juga dikehendaki memakai baju serba hitam, bukan serba putih berbungkus seperti yang disaksikan rakan CAK dan beberapa wakil media lain.


Apabila ramai mengetahui perkara ini, ramailah pula yang mula membuat telahan kononnya lembaga itu jelmaan orang mati, penunggu stadium dan sebagainya.


Tidak kurang pula yang melontar pendapat kononnya lembaga itu dibawa oleh penyanyi yang inginkan kemenangan dengan menggunakan ilmu hitam.


Bagi CAK, nilailah sendiri gambar yang CAK paparkan di sini. Tapi, jika lembaga ini sebenarnya manusia, silalah hubungi CAK agar CAK boleh betulkan keadaan dan tidak memesongkan akidah sesiapa. Tapi jika benar itu adalah makhluk halus, beringat-ingatlah!

sumber : my metro.


betul ke xhantu tue? sendiri mau ingat la...ekekekeke...hantu pun nk nengok AJL gak...



1 Comments

oh mane gambar hantunya?? cuak jek~