Tuesday, February 23, 2010

Johor Bakal Muflis 2012


Negeri Johor negeri kelahiran aku bakal muflis 2012???


Satu kenyataan yang dikeluarkan di akhbar harakah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad
mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.
"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Satu perhimpunan besar-besaran yang akan dianjurkan oleh PAS Johor bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Johor, memohon baginda campur tangan dalam urus tadbir kewangan Johor Corporation (Jcorp) dan kerajaan negeri yang sedang mengalami krisis yang serius.

Petikan diatas merupakan yang tersiar di dada akhbar Harakah. Jika benar kenyataan di atas, mari kita beramai-ramai selamatkan NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM.

Related Posts

Johor Bakal Muflis 2012
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

6 comments

Tulis comments
avatar
February 23, 2010 at 6:01 PM

nmpknye kene mempergiatkan usaha mempromot org klik nuff supaya cepat kayo

haha

Reply
avatar
February 23, 2010 at 8:09 PM

yeke ni derr? habeslah rakyat johor cenggini. haha

Reply
avatar
February 24, 2010 at 12:13 PM

eyh, betol ke?? ish, kengkadang ni just propa jek taw.. papepun, sbg rkyt johor, slmtkn negeri kite...

Reply
avatar
March 6, 2010 at 9:44 AM

Huh..kalo kerajaan Johor muflis, takkan kerajaan Malaysia duk diam.

UMNO kan datang dari Johor dan BN paling terkuat di Johor juga :D

Reply