Sunday, February 21, 2010

Padan Muka Manchester United

Salam.

8.30 mlm semalam aku bersama abg man dan yol melepak di kedai Hassan Ong untuk melihat perlawanan bola sepak antara Everton dan Man U. Harapan kami bertiga agar Man U kalah tersungkur-sungkur macam orang kena tacle. hihihi. Harapan akhirnya berjaya Man U tersungkur di tangan Everton 3-1 tahnia diucapkan kepada Everton, Semoga team anda akan terus menang dan mengalahkan Man U di masa yang akan datang.

Sebenarnya aku dah naik menyampah dengan Man U nie, asik team Man U jer duduk atas, bagi la change kat team2 lain untuk meneraju liga. Suka beb aku nengok Man U kalah.

nie berita penuh yang aku copy paste dari utusan.com.my

LONDON – Hasrat menggunung Manchester United untuk merampas semula tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kempunan selepas tewas 1-3 kepada Everton, semalam.Dua pemain gantian, Dan Gosling dan Jack Rodwell yang dibawa masuk David Moyes pada separuh masa kedua berjaya menghukum kelemahan benteng United.

Everton terlebih dahulu membuat ancaman pada minit ke-14 melalui bekas penyerang United, Louis Saha yang melakukan rembatan dari jarak dekat tetapi berjaya ditangkap kemas Edwin van der Sar.

Bagaimanapun, dua minit selepas itu, United berjaya di depan melalui jaringan Dimitar Berbatov hasil hantaran lintang rendah Antonio Valencia.

Berbatov merembat kencang bola dalam petak penalti walaupun cuba disekat pertahanan Everton, Slyvian Distin.

Kegembiraan United tidak berpanjangan apabila Everton berjaya menyamai kedudukan pada minit ke-19 menerusi rembatan rendah cantik, pemain tengah mereka Diniyar Bilyaletdinov.

Anak buah Moyes pula tidak berputus asa dengan melancarkan serangan bertali arus dan hampir di depan sebelum separuh masa pertama tamat.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua pemain gantian Everton, Gosling menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-76.

Everton menambah gol ketiga di minit akhir perlawanan hasil penyudah cantik pemain gantian, Rodwell di dalam petak penalti.

“Kami ditewaskan dengan baik sekali, semudah mungkin. Kami memulakan perlawanan dengan baik tetapi jaringan yang mereka lakukan memberi kelebihan buat mereka.

“Anda sudah pasti tidak mahu melepaskan gol dengan pantas selepas mendahului perlawanan tetapi kesannya terasa pada separuh masa kedua.

“Saya sangat kecewa dan pemain juga kecewa. Mereka juga manusia, mereka beraksi untuk Manchester United,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan Manchester United,”

“Bagaimanapun kami telah menewaskan Chelsea dan Manchester United di tempat sendiri.

“Salah satu sebab utama ialah kami berjaya mencari gol penyamaan selepas mereka menjaringkan gol dan kami amat memerlukannya kerana mereka bermula dengan baik sedangkan kami tertinggal di belakang,” kata Moyes.



Related Posts

Padan Muka Manchester United
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

4 comments

Tulis comments
avatar
February 21, 2010 at 9:59 AM

haha dun worry lah..lepas mancini n ancelotti ada, susahlah dorang nak naik..dorg kalah mungkin berhempas pulas kot lawan milan, sampai dah hilang tenaga terus.. ;D peace hohoooooo

Reply
avatar
February 21, 2010 at 10:01 AM

nak best lagi ARSENAL menang tu

Reply
avatar
February 21, 2010 at 10:02 AM

ya betul juga tue...

mungkin dyeorang penat la...

tp ape2 pun kita lihat perlawanan mlm nie pula...

Reply
avatar
February 21, 2010 at 1:13 PM

hype!
puas ati m.u kalah!
hehehe..

yg penting chelsea menang!
still at da top..
=p

Reply