Tuesday, March 30, 2010

Buffered Earnings Bertambah

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua, sudah lama aku tidak mengecheck akaun nuffnang aku, td pagi aku buka terkejutz aku nengok buffered earning aku. Ada 8 campaign. huh. Aku bukan paham sgt ape bende tue, tapi alhamdulillah la banyak sikit leh dpt nanti.

Tq kepada semua blogger2 yang singgah ke
blog aku nie yer. Peace no war...


klik untuk tumbesaran gambar


Saturday, March 27, 2010

Enjin Pencari Yang Boleh Buat Duit Free

Salam...

Hari ini aku nak membebel pasal satu search enjin yg baru Mylook. Masa aku blogwalking tersinggah aku kat sebuah blog ini http://saljuhumairah.blogspot.com/. Tuan punya blog ini ada menceritakan serba sedikit pasal Mylook nie. Aku try je la.
kalau korang nk cuba nie link nye :
http://mylook.com/join.php?x=12508

selamat mencuba ya kawan.

Friday, March 26, 2010

Evolusi Kl Drift 2 Mantap


Assalamualaikum.

25hb Mac 2010(semalam), di 75 buah pawagam bermula secara serentak tayangan "EVOLUSI KL DRIFT 2". Aku pun amik peluang untuk t
urut serta membeli tiket untuk menyaksikan filem ni. Tak sia-sia la aku pergi tengok. Ada peningkatan dari semua aspek file ni. Syabas aku nk ucapkan pada Syamsul kerana berjaya menyiapkan file Evolusi KL Drift 2 ni. Teruskan usaha, buat lagi filem-filem yg boleh menaikkan nama Malaysia kat mata dunia.

hihihihi

Wednesday, March 24, 2010

BEAUTIFUL BLOG AWARD TELAH DI BERIKAN


ISTANA PANADOL,23 Mac- Satu majlis penganugerahan dari Maharani Panadol telah berlangsung di balairung seri. Penganugerahan award (gambar di bawah) ini berlangsung dgn tak berapa adat istiadatnya kerana baginda Maharani Panadol selalu merahsiakan identitinya ala2 band gorrilaz dari U.S.A itu.

Dalam upacara penganugerahan itu baginda telah bertitah "ehem2, sungguh beta tak sangka diri beta ini begitu pemes. ingatkn, tiada yang kenal n ingat siapa beta nie".Upacara ini juga merupakan satu simbolik betapa overdosenya penerima2 award tersebut."upa2nya t'lebih pemes lak.hakhak" , tambah baginda.

Salah seorang penerima award tersebut juga merupakan tukang taip yg sedang menaip artikel berita ini. Menurut beliau, beliau amat terharu kerana turut terpilih meskipun blognya a.k.a suratkhabarnya adalah biase2 aje.

Melalui jurucakap beliau,"saya amat berbesar hati dgn award ini,dan amat berterima kasih kpd maharani panadol, ye lah..ape yg ada pada saya kan..",kata beliau selepas majlis itu.

"Di harap dgn award ini saya akan bsemangat untnk menelan byk lagi panadol serta caffeine utk masa depan kerajaan panadol ini dan moga dpt memberi panduan yg berguna kpd semua blogger2 di dunia.terima kaseh Maharani Panadol"tambah beliau sambil teresak-esak [1] Thank & link the person that give you the award

Menurut laporan post-mortem, sebagai penerima award tersebut,beliau turut diberi kuasa untuk menyerahkan award itu kepada rakan taulan,saudara mara serta kaun kerabat seramai 8 orang.

menurut sumber antara penerima award tersebut adalah Asie,Isha,Arra Jasmy,Encik Mimpi,Afif Samshuri,Ain Abdullah,Faris, dan Luz White Gem. [2] Pass this award onto 8 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

Segala urusan pemberitahuan sedang dan masih dalam proses.Segala maklumat akan sampai kepada yg bertuah melalui c-box yg tertera di setiap rumah masing-masing a.k.a blog [3] Contact said blogs and let them know they've won the award

Semasa temubual khas mengenai dirinya oleh pemberita, beliau menerangkan dia seorang yang suka menyanyi, suka menari, suka membaca buku, periang,murah dengan senyuman, pendek dan kuat ketawa. [4] State 7 things about yourself


terima kasih di ucapkan kepada tynfatyn.blogspot.com kerana telah memberitahu kepada aku tentang award ini...

yeah...





Sunday, March 21, 2010

Selamat Hari Jadi Aku Yang Ke-23


Assalamualikum w.b.t.

Wah. Dah tua rupanya aku nie. Kalau ade orang tanye umur aku berape aku akan jawab. Umur saye sekarang sudah 23 tahun. Macam tak percaya aku sudah tua tidakkkkk!!!

Kepada kawan-kawan yang wish besday aku, aku ucapkan terima kasih daun keladi tahun depan wish la lagi ye. hihihihih...

Aku nk ucapkan selamat tinggal kepada umur 22 tahun nie...yeah...mulakan dengan azam yang bari tuk umur yang baru. Ingin bekerja dengan lebih keras.

Saturday, March 20, 2010

Kawan Ke Lawan?

Kawan Ke Lawan?

Assalamualaikum w.b.t

Lame juga aku tak update blog aku nie. Maklum la sekarang nie aku sedikit sibuk dengan tugas. Hari ini aku nak meluahkan perasaan aku sebenarnya. Terkilan, Kecewa semua ada, tak tau la aku apa nak jadi dengan dunia sekarang. Ini ke yang di namakan dunia akhir zaman? Wallahuallam...

Ceritanya bergini.

Aku berkawan dengan seorang hamba ALLAH yang pada aku alhamdulillah cukup baik, peramah, dan yang pastinya dia lebih tua dari aku la. Tidak lupa juga kepada seorang lagi sahabat aku yang diberi nama Khairol. Kami selalu keluar bersama ke kedai mamak untuk ngopi la katanya. Tetapi persahabatan kami dicemburui oleh seorang sahabat ( kowt ), sejak dari itu macam-macam cubaan untuk memisahkan kami dilakukan oleh sang pengkhianat ini. Dia bercerita kepada semua orang yang tak baik la pasal aku dan sahabat2 aku dengan tujuan melaga-lagakan kami bertiga. Manusia jenis apakah itu? Makhluk asing ker??tah la. Aku cukup terkilan dengan perbuatan sang pengkhianat itu. Sanggup dia ingin cube memutuskan tali persaudaraan sesama ISLAM. How dare u do this to us. Tapi ALLAH maha Agong. Setiap perbuatan dia sekarang dibalas dengan apa yang da dia lakukan kat kami bertiga. Bukan untuk membenci, tapi untuk memberi pengajaran.

Ingat bro, gua tulis post nie tuk lu. Lu jgn jadi batu api, jgn jd yahudi, kite beragama ISLAM, setiap orang yang beragama ISLAM itu bersaudara. Jgn sekali-kali memutuskan persaudaraan sesama ISLAM. tak elok bro. Kalau lu terbaca dan lu tak puas ati lu boleh direct jumpe gua, gua sedia je nak betulkan apa yg ko da buat selame nie. Lu tak layak jd sahabat gua bro, lu kawan gn monyet kat utan lagi bgs.

Kita tengok sape yg berjaya nanti, gua ke lu...

Wasalam.


Monday, March 15, 2010

Dunia Sudah Di Penghujung

Dunia Sudah Di Penghujung

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita renungkan tarikh-tarikh yang ada kat bawah nie :

27-11-2009 - Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari JUMAAT

18-12-2009 - Tahun Baru Hijrah jatuh pada hari JUMAAT

25-12-2009 - Hari Krismas jatuh pada hari JUMAAT

1-1-2010 - Tahun Baru jatuh pada hari JUMAAT

26-2-2010 - Maulidur Rasul jatuh pada hari JUMAAT

2-4-2010 - Good Friday jatuh pada hari JUMAAT

28-5-2010 - Hari Wesak jatuh pada hari JUMAAT

10-9-2010 - Hari Raya AidilFirtri jatuh pada hari JUMAAT

27-8-2010 - Nuzul Al-Quran jatuh pada hari JUMAAT

5-11-2010 - Deepavali jatuh pada hari JUMAAT

Adakah KIAMAT sudah hampir?

Dalam Al-Quran ALLAH S.W.T. telah berfirman bahawasanya KIAMAT akan terjadi pada hari JUMAAT!!!.

Banyak-banyak kita beristighfar dan berdoa pada ALLAH semoga dosa-dosa kita di ampuni


22 Tanda Kiamat Semakin Hampir.

1. Solat Diabaikan (diringan-ringankan)
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberikann fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup.
6. Membayar zakat dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut khendak agama ditindas.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberikan keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki(homoseksual) dan perempuan berkeinginan dengan perempuan(lesbian) semakin menkadi-jadi.
10. Perempaun menguasai lelaki.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhakai ibu bapa.
12. Kawan baik di layan dengan kasar, manakala musuh dilayan dengan baik.
13. Dosa dipandan ringan malah bangga melakukannya.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang bersolat tetapi munafik dan berpura-pura.
16. Akan datang golongan manusia dari Barat dan menguasai mereka yang lemah(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba' berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang serdahana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

DUNIA DI PENGHUJUNG NYAWA.

Wednesday, March 10, 2010

I'm Going To The Gatsby Deodorant Street Fair



yahooooo....

9 March 2010, Pihak Nuffnang telah menghantar satu email yang bertulis lebih kurang mcm nie la." anda terpilih untuk menyertai projek 400..." rahsia kerajaan nie..xbleh cite lebih2 nanti kene hukum pancong. hihihi...khusus untuk blogger yang berdaftar dan terpilih dari Nuffnang. untuk itu aku terus ape lagi terus balas email la untuk join event Gatsby Deodorant Street Fair ni.
Hadiah-haidah yang disediakan cukup lumayan tue...Antara hadiah-haidah yang boleh dimenangi antaranya adalah barang-barang elektronik, telefon bimbit, komputer dan vaucher bernilai RM15,000!!!banyak tueee...

Lepas tue ade event lagi, ada pelbagai gerai permainan yang sure best seperti bergusti sumo dalam besg udara bersama-sama peserta dan membaling getah. Setiap permainan yang disertai akan mendapat mata ganjaran dan untuk menebus mata ganjaran dengan barangan menarik dari Gatsby.

Kepada mereka-mereka yang nak datang ke event Gatsby Deodorant Street Fair nie datang jer reramai, kasi pecah TimeSquare tue...hihihihi...kat sini ade di sediakan peta untuk ke tempat kejadian

klik kat gambar untuk tumbesaran


Ok untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan terperinci boleh la melayari laman web ini
http://www.gatsby.com.my/streetfair

Mesti best event nie kan...aku langsung xpenah terlibat dengan event2 mcm nie...so rasa teruja tue mesti adakan...tak tau la ape akan jadi nanti...

so jumpa anda di sana di sana di sana...

Model Terbaru Proton "PROTON EMAS"

Asslamualaikum...
huh. Hampir 3 minggu tak update blog. Sungguh mengecewakan, ini disebabkan aku dah terlalu taksub bermain game menyebabkan aku leka untuk update blog PeNgembara. Insyaallah mulai hari ini aku akan terus berjuang dalam pe
nulisan blog (sebenarnya aku bukan pandai sangat pun berblog ni).


Cerita pada kali ini aku nak cerita sikit pasal Proton Emas salah satu model kereta terbaru dari Proton Edar. Gempak wei...cantik pun cantik gak nie. harga aku tak tau lak berapa. Tunggu jer la bile da launching kat Malaysia. Baru lepas launching kat Geneva nie..nengok la Gambar2 model Proton Emas nie...