Wednesday, April 28, 2010

+ Babi Oh Babi +

sungguh kurang ajar tajuk post aku kali nie...tidak berniat dan tidak di tujukan kepada sesiapa, dan tiada kene megena dengan yang hidup atau yang mati...


asal usul babi
hidung babi asal nye mancung dan badan nye slim...pada suatu hari..badak ajak babi lumba lari, babi pon sahut cabaran badak..kancil jadi
pengadil..1,2,3 LARI!! badak ngn babi pon lari....lari punye lari...badak hampir sampai ke garisan penamat...babi dah penat lari..tp babi nk tewaskan
badak...babi pejam mata sambil lari...tiba-tiba babi terlanggar pokok petai...gedebuk!badak pon berhenti nk tgk keadaan babi...badak tgk badan babi
dh jadi gemuk dan hidung babi jadi kemek...badak pon heran...babi knpe ngn ko?babi pon jwb...badan aku jd gemuk sebab tertelan petai dan hidungaku jd kemek masa langgar pokok petai tadi..
sumber di petik dari :
LAWAK JENAKA

Monday, April 26, 2010

Saingan EPL Semakin Rancak

mlm td pasukan feveret aku telah menang besar dan kembali mendahului kembali tangga teratas EPL. Syabas Chelsea.
Chelsea telah membelasah Stoke City 7-0, penyerang Ivory Cost Kalou telah menjaringkan hat-trik untuk memberikan Chelsea 3 mata penuh dan seterusnya mendahului EPL. Man U turun ke tangga ke-2 kembali. best2


klik gambar untuk tumbesaran

Sunday, April 25, 2010

+ Rakaman Lagu Eksperimen Bersama The SevenFiveZero +

23 April 2010 bertempat di Studio Hard Sound, Taman U, Skudai Johor Darul Ta'zim...
Lagu ala-ala metal core telah aku dan ahli-ahli The SevenFiveZeroo telah merakamkan 2 buah lagu eksperimen metal core.Agak puas ati dengan rakaman tersebut tp sound mcm biasa la, live record je. nak buat track by track xmampu lagi mahal tue.di ade beberape gambar yang diambil untuk tatapan semua.peace no war

aki si pengetuk drum
zely si pemain guitar

yg baju merah jer anuar si pemain gitar (yg pompuan jgn usik bini orang tue)
daus a.k.a vokalist

ha ni aku...main bass jer...

Thursday, April 22, 2010

Contest mai Secawan

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).

kalau korang nk join kontes niklik di sini

My Dream Destination

Di manakah destinasi percutian anda yang anda idam-idamkan?

Bukan anda seorang saja yang impikan destinasi percutian yang sangat best. Kalau saya diberi pilihan saya nk sangat pergi ke Pulau-pulau yang cantik tak kisah la kat mana sekali pun. Bila berada di pulau sangat seronok sebab boleh menenangkan minda yang hari-hari di asak dengan kerja or study. Pulau Tioman memang destinasi seterusnya yang saya akan pergi, tersangat cantik permandangan di sana, nyaman, di sekitar Pulau Tioman terdapat beberapa pulau yang boleh dilawati. Makanan di sana pun sedap.Seterusnya saya teringin nak ke Istanbul, Turkey. Sebab di sana banyak tempat yang boleh di lawati dan banyak juga sejarah-sejarah yang menarik untuk di lawati. Antaranya bazar yang terdapat di sana sungguh unik. Bermacam-macam barang yang boleh di lihat dan di beli. Yang bestnya dapat naik kapal terbang a.k.a airoplane. hihihihi. Maklum la sudah lama tak naik, menjadi sangat teruja.
Wilayah persekutuan Labuan menjadi salah satu destinasi saya, kerana saye membesar di sana selama 5 tahun, masa tu kecik lagi, dan adik saya lahir di sana, jika ada rezeki yang melimpah saya akan terbang ke Labuan untuk melihat perkembangan yang berlaku di sana, bermacam-macam barang yang boleh didapati di sana..

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MASTraveller.com

Tuesday, April 20, 2010

+ Cuti - Cuti Malaysia +

16 April hingga 19 April Cuti - Cuti Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Wah sudah lama tak updated ini blog. Berada di negeri orang selama 3 hari memberikan aku banyak pelajaran tentang kehidupan. Terima kasih. Banyak yang akan aku ingat sebagai kenangan yang cukup indah, walaupun sekejap bertemu dengan orang yang pernah bertakhta di dalam hati aku ini dan tak kan pernah luput perasaan itu sampai hujung nyawa aku.

Kepada makcik-makcik and pakcik-pakcik aku terima kasih kerana sudi melayan kerenah anak sedara yang sewel sorang nie. Mungkin ini yang terakhir? Bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku kekuatan dan peluang untuk bertemu dengan Dia yang sangan istimewa dalam hidup aku walaupun tidak seperti dulu, tapi hati aku cukup puas. Terima kasih awak sebab sudi berjumpa dengan saya. Kenangan tu tak kan aku lupakan. Akan sentiasa melekat dalam ingatan aku.

Cuti-cuti Malaysia aku kali nie ke Shah Alam ke rumah makcik aku (Mokder Ruby), yeah. thankz sebab sediakan penginapan untuk aku (anak sedara paling nakal), makan minum yang serba serbi cukup, hahaha. Tak lupa juga kepada Pak Lang, Mak Lang, Cik Suri, Cik Noly sebab bawa aku jalan-jalan sekitar Shah Alam, and tunjuk jalan ke rumah baru Mokder.
kat bawah nie aku ada la snap beberapa gambar masa aku p jalan-jalan kat i-City kat Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.





Wednesday, April 14, 2010

+ Sudah Puas Lepas Tu Buang Sepah-Sepah +

+ Sudah Puas Lepas Tu Buang Sepah-Sepah +

Mungkin tajuk entri kali ini agak kurang adab, tapi ni la hakikat zaman sekarang. Sungguh mudah mencari jalan penyelesaian. Nak salahkan siapa dalam perkara-perkara macam ini?

Kes buang bayi makin menjadi-jadi pula, lepas satu kes muncul lagi dengan kes baru. Bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia yang hanya inginkan keseronokan, tapi tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Manusia akhir zaman. Sedih bila memikirkan masalah ini, ramai dikalangan nya adalah berbangsa MELAYU!!!Malu bercampur geram tatkala melihat di kaca television, mayat bayi dijumpai dalam tempat pembuangan sampah.

Kepada siapa harus kita salahkan?Sendiri pikirlah. Dah tak tau nk membebel apa dah. Tak boleh diluahkan melalui kata-kata mahupun penulisan. Siapa yang nak medengar or membaca di blog aku ni. So Sesiapa yang baca artikel ini boleh la luahkan pendapat korang semua ye.

Hope dapat kita sama-sama menyelesaikan masalah yang sedang semakin tenat di Tanah Air kita MALAYSIA!!!

Tulus dari afifsamshuri

Tuesday, April 13, 2010

+ Nasi Lemak 50 sen +

Macam-macam terjadi kebelakangan ni.
Ada Manis ada pahit.
Mana satu yang seronok?
Diri Sendiri Pun tak tahu.
blurr....
Pagi-pagi Abg Bidin datang bawak kan aku nasi lemak. Memang fevereta aku tu, melantak sampai 2 bungkus hahaha. Makin bertambah la berat badan aku nie. hahaha...
Korang ada tips macam mana nak kuruskan badan?
Mari kongsikan dengan aku..

Sunday, April 4, 2010

Saturday, April 3, 2010

Talian Yg Lembab

Talian Yg Lembab

Assalamualaikum w.b.t

ari nie aku cukup tension sebabnya, kelembapan internet melanda di tempat kerja aku. Rase nk balik umah tido je. hahaha. nk updated blog aku pun susah.

ok la tutup cerita pasal yg atas tue. nk buka cerita baru. hahaha. aku nk ucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada seorang kawan aku (Anuar Musran) dan juga selamat tinggal sebab dye dapat surat semalam dye da tau tempat untuk dye mengajar nun jauh di bumi kenyalang serawak la. hahaha. sunyi la juga bila dye xde, xde lagi la lepak2 minum gn dye, 5 thn beb kat sane leh gile katenye. ape boleh buat tugas sebagai seorang pendidik untuk mendidik anak bangsa supaya maju ke depan. bermakna lepas nie SEVENFIVEZEROO akan tinggal 4 orang jer la. huh sungguh perit untuk menerima kenyataan. hahaha..

ka la aku ade kije nk buat nie..

petang sikit kalau sempat aku update lagi daaaaa..

Friday, April 2, 2010

Perginya Seorang Penghibur



Tiada lagi gelak tawannya, tiada lagi lawak jenakanya yg membuatkan kita semua pecah perut apabila beliau bersiaran bersama Aznil di Riuh Pagi ERA. Abg Din Beramboi telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini setelah beberapa hari koma. Kepada Keluarga Allahyarham Abg Din Beramboi Kami dari PeNgembara mengucapkan Salam Takziah semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH