Sunday, May 30, 2010

Di Kala Ini

Di Kala Ini

Di kala ini aku sedang menaip sesuatu untuk dikongsikan bersama pembaca semua. Di kala ini hati aku di rintih rindu pada seseorang...

Tetapi aku hanya pernah mendengar nama dan sejarah hidupnya yang cukup terkenal di serata dunia. Sejak aku di lahirkan aku tidak pernah bersua muka dengannya. Ingin sekali untuk ke menatap wajahnya. Cukup walaupun sekali...

Wahai Rasulullah S.A.W. aku adalah manusia yang paling jahil di atas muka bumi ALLAH ini. Banyak kesilapan yang aku lakukan, meninggalkan solat, durhaka pada kedua orang tua aku. Adakah aku mampu untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Di kala ini aku berdoa agar aku mendapat hidayah. Aku ingin berubah, berubah kerana aku ini hamba-NYA. tidak dapat aku gambarkan akan azab siksa MU Ya ALLAH. KAU ampunkan lah aku.

Tiada yang lebih bermakna selain dari sebuah kemaafan.

Amin.

Tuesday, May 25, 2010

Rasulullah S.A.W. Di Hina Lagi!!!



Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini?

Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untuk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat. (Lihat Gambar)
Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.
Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Islam sebenar yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk War on Terror yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki atau kebimbangan mengenainya sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya)

Monday, May 24, 2010

Cerita Piala Dunia 2010 Afrika Selatan


FIFA WORLD CUP 2010 AFRIKA SELATAN merupakan edisi yang ke-19 yang akan berlangsung dari 11 Jun 2010 hingga 11 Julai 2012. Untuk FIFA WORLD CUP 2010 diadakan buat pertama kali di benua AFRIKA (Afrika Selatan). Perlawanan pembukaan akan di adakan pada 11 Jun 2o1o di Stadium Soccer City, di kota terbesar iaitu di Johannesburg.

Berikut merupakan 32 pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir FIFA WORLD CUP 2010.

AFC
  • Australia
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Korea Utara
CAF
  • Afrika Selatan
  • Ghana
  • Cameroon
  • Nigeria
  • Aljazair
  • Pantai Gading

CONCACAF
  • Amerika Syarikat
  • Honduras
  • Mexico

CONMEBOL
  • Argentina
  • Brazil
  • Chilie
  • Paraguay
  • Uruguay

OFC
  • New Zealand

UEFA
  • Netherland
  • Englang
  • Denmark
  • Italy
  • German
  • France
  • Portugal
  • Slovenia
  • Serbia
  • Slovakia
  • Sepanyol
  • Switzerland
  • Greece

Wednesday, May 19, 2010

Sunday, May 16, 2010

Ribut Petir (Talian Terputus)


Rasanya hampir 10 hari aku tidak mengupdate blog aku ini kerana disebabkan beberape faktor yang tidak dapat aku elakkan.

Ribut Petir merupakan satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilakan oleh awan kulumonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10giga-watt/jam, bersama dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja dimuka bumi ini, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan yang beriklim Khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir ini.

Di sebabkan ribut petir itu juga menyebabkan kerosakan di tempat kerja aku, memang kuat. Sampai modem, switch, wifi dan juniper di tempat kerja aku mengalami kerosakan yang teruk (total damage). Seminggu sudah berlalu tapi masalah tidak seselai lagi....arrrgggghhhhh kusut....

Saturday, May 8, 2010

Aku Telah Di Tag Buat Pertama Kali Nyer

Aku baru balik dari merayap kat banda Kota Tinggi yang xde ape2 tue, yang ade kedai2 jer la dengan orang2 yang ramai maklum la hari ini hari sabtu so orang memang ramai kat bandar tue.

Teruskan cerita seterusnya. Untuk pertama kalinya sejak aku mula berjinak dalam blog pada awal tahun 2008(mase tue langsung xaktif) sehingga sekarang aku telah di TAG oleh
CERITA HATI ANAK POMPUAN ...

Terima kasih yang tak terhingga ingin di ucapkan kepada pemilik blog CERITA HATI ANAK POMPUAN hihihihi...

xde pe kot nk ckp lagi dah...

tq again...

nie gambar Kobau

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

my Mom (LATIFAH BINTI ABDUL LATIF) and my Father (SAMSHURI BIN MD NOR)


IBU,
KAU LAH PENYERI DALAM HIDUP KU,
KAU LAH PENAWAR TATKALA AKU BERDUKA,
KAU LAH TEMPAT KU MENGADU SUKA DAN DUKA,
KAU LAH INSAN YANG PALING KU SAYANG,

IBU,
KAU BANGUN DI LEWAT MALAM UNTUK MEMBUATKAN SUSU UNTUK KU,
KAU SERING KALI BOSAN DENGAN TINGKAH LAKU KU,
KAU TETAP BERSABAR DENGAN PERANGAI KU,
KAU TETAP MENJADI INSAN YANG ISTIMEWA DALAM HIDUP KU,

IBU,
SELAMA 9 BULAN 10 HARI KAU MENGANDUNGKAN KU,
TETAP KAU TABAH,
TETAP KAU GEMBIRA,
TETAP KAU TERSENYUM,
AKU KAGUM DENGAN MU IBU,
TERSANGAT KAGUM,

IBU,
MAAFKAN LAH SEGALA SILAP DAN SALAHKU,
SEPANJANG HIDUPKU IBU,

KAU LAH INSAN YANG PALING AKU SAYANGI,
AKU BERDOA AGAR KAU DIPANAJNGKAN UMUR DI MURAHKAN REZEKI IBU,

AMIN.
Di karang oleh : afifsamshuri

Dedicate tu my Mother Latifah Binti Abdul Latif.

Tuesday, May 4, 2010

+ Sewaktu Kau Muncul +

+ Sewaktu Kau Muncul +

buntu
bodoh
bebal
kusut
penat
jiwa kosong

mungkinkah??aku xpercaya la sebab kau muncul sekali sekale jer. Tak ade guna pun aku pada kau. Bila kau ada masalah or perlukan pertolongan aku baru la kau tergedik-gedik jumpe aku. Kawan ke tue??F**K, B**I aku tujukan kat kau. Sebab kau suke menyusahkan orang...
jangan jadi orang yang suke menyusahkan orang lain.





Monday, May 3, 2010

Chelsea 2 Liverpool 0


Malam tadi bertempat di Restoran Mamak Kader, kat Kota Jaya..mcm biasa la aku gn Abg Man duk ngopi sambil nengok pasukan feveret aku main (Chelsea).

Ulasan aku la. Chelsea masa first half main bola mcm budak-budak, tah ape2 jer dyeorang main. nasib baik budak itam sorang(Drogba) tue pandai cari peluang, first half Chelsea dah leading 1.
Second half baru ar Chelsea menunjukkan satu permainan yang boleh dikatakan baik jika nk di bandingkan dengan Liverpool. Last terkena juga Liverpool dengan cross Anelka then di sambut oleh Lampard.

Sekarang Chelsea kekal lagi di puncak Liga. Satu lagi game Man U menang 1 - 0 lawan dengan Sunderland..

Lepas nie Chelsea akan bertemu pula dengan Wigan, harap2 Chelsea akan buat yang terbaik.

Aku dah naik menyampah bile nengok Man U jer yang juara.
hahaha