Sunday, May 30, 2010

Di Kala Ini

Di kala ini aku sedang menaip sesuatu untuk dikongsikan bersama pembaca semua. Di kala ini hati aku di rintih rindu pada seseorang...

Tetapi aku hanya pernah mendengar nama dan sejarah hidupnya yang cukup terkenal di serata dunia. Sejak aku di lahirkan aku tidak pernah bersua muka dengannya. Ingin sekali untuk ke menatap wajahnya. Cukup walaupun sekali...

Wahai Rasulullah S.A.W. aku adalah manusia yang paling jahil di atas muka bumi ALLAH ini. Banyak kesilapan yang aku lakukan, meninggalkan solat, durhaka pada kedua orang tua aku. Adakah aku mampu untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Di kala ini aku berdoa agar aku mendapat hidayah. Aku ingin berubah, berubah kerana aku ini hamba-NYA. tidak dapat aku gambarkan akan azab siksa MU Ya ALLAH. KAU ampunkan lah aku.

Tiada yang lebih bermakna selain dari sebuah kemaafan.

Amin.

Related Posts

Di Kala Ini
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.