Thursday, June 24, 2010

Cabaran Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Seawal jam 3.00 pagi seramai 9 orang manusia telah bergerak menuju ke destinasi Bukit Broga, Semenyih, Selangor.
Perhentian pertama di Petronas Semenyih iaitu pusat berkumpul tuk semua yang mengikuti Cabaran Bukit Broga.Perjalan yang boleh di katakan mencabar. Alhamdulillah pertama kali aku bersolat subuh di puncak ke dua Bukit Broga. Lega rasanya jiwa, setelah dapat melihat kebesaran ALLAH S.W.T.

Tak tahu nak tulis ape lagi just nengok jer la gambar-gambar yang telah di snap oleh team Photo Forensic ini.

Sunday, June 13, 2010

12 Jun 2010

12 Jun 2010

Perjalanan dari Felda Bukit Besar ke Sri Kembangan, Selangor. Perjalanan yang sungguh membosankan dan memenatkan bertambah lagi dengan aku tak berape tahu jalan-jalan Kuala Lumpur/Selangor. Sepatutnya boleh sampai dalam jam 3 petang tapi sampai jam 6.30 petang. Pengalaman baru aku rasa iaitu sesat di negeri orang. Kata orang kalau malu bertanya sesat jalan (aku tanya pun tetap sesat sebab aku langsung xpenah sampai Sri Kembangan pun.

Malam pula aktiviti melepak. Sebelum itu aku online Facebook dulu, kebetulan seorang mmber aku pun tinggal kat Sri Kembangan, apa lagi melepak sambil menonton FIFA WORLD CUP 2010 antara Argentina Vs Nigeria menunjukkan Argentina menang.

Lepas itu masa balik ke rumah tumpangan (umah SIT aku dulu) aku tersesat buat kali ke dua terpaksa la aku pusing jauh dan kena bayar tol RM3.20. Terbaik...

Esok aktiviti mencari jalan untuk ke Bukit Jalil/Sri Petaling untuk naik tren ke Ampang Park nak pergi ke tempat kerja baru aku.

Tuesday, June 8, 2010

Salam Perpisahan Buar Warga PJK

Salam Perpisahan Buar Warga PJK

Sedih sebak terasa di saat ini.
Selamat tinggal dan hanya tinggal kenangan aku di Pusat Jalur Lebar Konuniti Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor.

Perginya aku adalah untuk mencari sesuatu yang baru, rasanya sudah sampai masanya aku berundur dari PJK Air Tawar 1 untuk mencari erti kehidupan yang lain dari yang lain.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada Noraini Mohd Salleh (manager aku)kerana sudi tahan dengan perangai aku yang degil nak mampus ini dan aku juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segalanya, halalkan makan minum aku sepanjang aku berada di PJK Air Tawar 1.

Buat kawan-kawan yang berada di PJK Daerah Kota Tinggi ini terutama kepada penolong pengurus PJK, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata minta dimaafkan. PJK FASA RINTIS pula (man,Qayumm,fara,kak is, kak epis, sheikh, lina, kak tie, amin, din) teruskan usaha anda semua jangan mudah mengalah. Kalau ada apa-apa facebookkan ada.

Buat MSD Group Sdn.Bhd. terima kasih kerana sudi memberi aku peluang untuk bekerja di bawah payung syarikat (PJK), dan ucapan khas aku ini ditujukan khas buat Cik Rosli Bin Mat Yaman (SIT SOUTHERN REGION)di atas tunjuk ajar beliau. Tidak boleh aku balas dengan wang ringgit. Insyaallah aku doakan MSD Group terus unggul demi memberikan Perkhidmatan yang terbaik untuk semua.

Akhir kata dari aku ini : "Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan"(dengan nada Sedih)

Terima lah lagu dari aku dendangan RUSTY BLADE - TIADA LAGI AKU