Sunday, June 13, 2010

12 Jun 2010

Perjalanan dari Felda Bukit Besar ke Sri Kembangan, Selangor. Perjalanan yang sungguh membosankan dan memenatkan bertambah lagi dengan aku tak berape tahu jalan-jalan Kuala Lumpur/Selangor. Sepatutnya boleh sampai dalam jam 3 petang tapi sampai jam 6.30 petang. Pengalaman baru aku rasa iaitu sesat di negeri orang. Kata orang kalau malu bertanya sesat jalan (aku tanya pun tetap sesat sebab aku langsung xpenah sampai Sri Kembangan pun.

Malam pula aktiviti melepak. Sebelum itu aku online Facebook dulu, kebetulan seorang mmber aku pun tinggal kat Sri Kembangan, apa lagi melepak sambil menonton FIFA WORLD CUP 2010 antara Argentina Vs Nigeria menunjukkan Argentina menang.

Lepas itu masa balik ke rumah tumpangan (umah SIT aku dulu) aku tersesat buat kali ke dua terpaksa la aku pusing jauh dan kena bayar tol RM3.20. Terbaik...

Esok aktiviti mencari jalan untuk ke Bukit Jalil/Sri Petaling untuk naik tren ke Ampang Park nak pergi ke tempat kerja baru aku.

Related Posts

12 Jun 2010
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.