Tuesday, June 8, 2010

Salam Perpisahan Buar Warga PJK

Sedih sebak terasa di saat ini.
Selamat tinggal dan hanya tinggal kenangan aku di Pusat Jalur Lebar Konuniti Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor.

Perginya aku adalah untuk mencari sesuatu yang baru, rasanya sudah sampai masanya aku berundur dari PJK Air Tawar 1 untuk mencari erti kehidupan yang lain dari yang lain.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada Noraini Mohd Salleh (manager aku)kerana sudi tahan dengan perangai aku yang degil nak mampus ini dan aku juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segalanya, halalkan makan minum aku sepanjang aku berada di PJK Air Tawar 1.

Buat kawan-kawan yang berada di PJK Daerah Kota Tinggi ini terutama kepada penolong pengurus PJK, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata minta dimaafkan. PJK FASA RINTIS pula (man,Qayumm,fara,kak is, kak epis, sheikh, lina, kak tie, amin, din) teruskan usaha anda semua jangan mudah mengalah. Kalau ada apa-apa facebookkan ada.

Buat MSD Group Sdn.Bhd. terima kasih kerana sudi memberi aku peluang untuk bekerja di bawah payung syarikat (PJK), dan ucapan khas aku ini ditujukan khas buat Cik Rosli Bin Mat Yaman (SIT SOUTHERN REGION)di atas tunjuk ajar beliau. Tidak boleh aku balas dengan wang ringgit. Insyaallah aku doakan MSD Group terus unggul demi memberikan Perkhidmatan yang terbaik untuk semua.

Akhir kata dari aku ini : "Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan"(dengan nada Sedih)

Terima lah lagu dari aku dendangan RUSTY BLADE - TIADA LAGI AKU

Related Posts

Salam Perpisahan Buar Warga PJK
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

2 comments

Tulis comments
avatar
AnGGunz
June 9, 2010 at 4:19 PM

apa pun yg berlaku..hidup perlu diteruskan..hidup tanpa cabaran dan onak duri, akan menjadikan kita hamba yg terlupe pada sang pencipta..semoga along success di tempat keje baru..kejar cita2 dan impian selagi muda dan sihat..akak sentiasa doakan kesejahteraan along..wat keje elok2..pedulik apa org lain nak kate..janji along tau apa yg along buat masih x lari dari batas2 yg ditetapkan..akak doakan agar along success kat tempat keje baru...free2 dtg je sini..

Reply
avatar
June 9, 2010 at 11:47 PM

kak ani...terima kasih atas nasihat yg akak berikan kepada saya...

insyallah saya akan buat yang terbaik...kalau ade free saye dtg punye kak...:)

Reply