Friday, August 27, 2010

Today I Feel?

Today I Feel?

Apakah ertinya sebuah kebahagian? Adakah aku akan dapat merasainya atau aku hanya dapat melihatnya sahaja? Kebahagian bagi aku adalah kebahagiaan orang-orang yang aku sayangi dan aku kasihi walaupun aku tidak dapat merasainya. Sehari bukan setahun dan bukan selama-lamanya.

Aku baru sahaja dapat merasai kebahagian itu tapi hanya untuk seketika sahaja, ianya sudah ditarik balik atas kesilapan aku sendiri. aku kesal, tapi aku reda dengan kehendak NYA.

Aku adalah aku, dia adalah dia, itulah kebahagian adalaka kita rasa adakala kita tidak dapat merasainya. Jika kebahagian itu ada lagi bersama aku akan aku pertahankan lagi agar ia berkekelan hingga aku pejamkan mata buat selama-lamanya.

Di sudut hati ini tiada orang lain yang pernah membuatkan aku bahagia hanya "dia"....

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431

15 Ramadhan 1431

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar da 15 hari kita menjalani ibadah Puasa. Ramadhan kali nie mmg penuh dengan cabaran buat aku. Maklum la ini merupakan kali pertama aku berpuasa di negeri orang, agak mencabar juga rasanya. Hari pertama Ramadhan aku outstation ke Sungai Choh, Selangor dan Felda Trolak Selatan, Perak. Hari pertama Ramadhan juga aku berbuka puasa dengan seseorang yang amat istimewa dalam hidup aku.

Istimewa macam mana tu? kena la tanya pada "Dia".