Wednesday, December 8, 2010

Chim Chum ( Korean Style )



Salam Semua

Pertama kali menjejakkan kaki aku ke Negeri Kel
antan sungguh tak aku sangka di Kelantan kebanyakan peniaga kain, elektrik, hardware, bengkel kereta motor, lori, bas, hotel, homestay semua di miliki oleh orang Melayu. Sungguh terhar
u aku melihat mereka berniaga walaupun kecil-kecilan tetapi semangat tu yang hebat.

Malam tadi aku, Bebed n Manager CBC Panyit, Kelantan (Amri) pergi ke Wakaf Cek Yeh, Kota Bahru. Sebelum aku ke Wakaf Cek Yeh aku singgah
makan di Village Food makan Chim Chum sejenis masakan dari Negara Korea.

Menurut cerita Amri (manager CBC Panyit ) Chim Chum ini berasal dari Korea tapi telah di adaptasi ke versi Kelantan. Sebenarnye Chim Chum nie ala-ala stim bot jer tapi yang specialnyer Chim Chum nie dye punye kuah, bukan kuah biasa tapi diadun bersama rempah ratus.

Itu ChimChum

Ha itu jer la yang aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua. Sehingga jumpe lagi di masa-masa yang akan datang (macam xupdate lagi je kan).

calo

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah Dari Pengembara

Salam Maal Hijrah Dari Pengembara

ALLAH S.W.T menjelaskan dalam fiman-Nya yang membawa maksud :

"Dan berpegang teguhlah pada Tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu ALLAH menyatukan antara hari kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu ALLAH selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya"
(Ali 'Imran : 103)


Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan Rasul yang memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.


*Jadi sebagai manusia serta hamba kepada ALLAH S.W.T kita haruslah menjalinkan ikatan yang baik antara sesama Islam kerana setiap orang Islam itu bersaudara.


Salam MAAL HIJRAH 1432 dari PENGEMBARA


Sunday, December 5, 2010

VSAT

Malam ini merupakan malam Isnin. Esok pula hari Isnin. Ada apa dengan hari Isnin ini?Hmm. Isnin 6 December 2010 aku dan Syahril aka Bebed akan berangkat ke Pahang ( CBC Jenderak Utara dan CBC Jenderak Selatan) untuk kerja-kerja menanggalakan dish (parabola) dan bom (tiang) untuk di bawa ke Machang, Kelantan (CBC Panyit dan CBL Pangkal Petai Dalam). Mungkin aku dan Bebed akan berada selama seminggu di sana, lama tu. Sudah menjadi kewajipan sebagai seorang pekerja bawahan untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Gambar Dish IPstar

Sejak aku bekerja di Ofigate ini banyak pengalaman yang aku belajar. Terutama bidang kerja baru aku di sini. Tak sabar nak pergi installation VSAT ini.