Monday, January 31, 2011

Banjir Sedang Melanda Daerah Kota Tinggi, Johor

Salam buat semua rakan blogger.

Berita terkini : Kota Tinggi, Johor. Sungai Kota Tinggi telah melimpahkan air ke sekitar. KOTA TINGGI BANJIR.

Gambar Banjir Sekitar Kota Tinggi.


Menara Jam Di Bandar Kota Tinggi

Belakang Meda
n Selera Mesra Alam

Sekolah Kebangsaa
n Bandar Kota Tinggi

Bagunan Oren Seb
elah Pizza Kota Tinggi

Gambar Jambatan Kota T
inggi Kian Dinaiki Air

Persimpangan berdekatan dengan Kedai Perodua Kota Tinggi



Credit to Tedd Zaki.





Tuesday, January 25, 2011

Perginya Sorang Insan Bernama Hajah Ramlah Binti Bujang

Setiap yang hidup pasti akan mati.

"Apabila matinya anak adam yang dapat mengiringi roh kedua ibu bapanya adalah amal solehnya, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh.. yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya dan memohon keampunan untuk kedua ibu bapanya "

Ya itu lah yang terjadi pada keluarga aku apabila kehilangan seorang Nenek yang sangat aku sayangi. Perginya buat selama-lamanya amat terasa pada 20/01/2011 Khamis yang lalu.

Teh Tarik, Nasi Lemak, Sambal Goreng, adalah menu kegemaran aku kalau arwah nenek aku masak. Memang tip top sedapnye. Tapi kini tiada lagi semua itu. Yang tinggal hanyalah kenangan yang akan kekal di dalam ingatan aku dan yang lain.

Terutama kepada Pakcik aku yang paling kecik (Paksu) Mohd Razif Abdul Latif, mmg dye akan terasa sangat-sangat sebab dia rapat dgn arwah nenek. Cik apa-apa kau roger aku, aku leh jer turun tempat ko yer...

Doa seorang cucu yang nakal sewaktu kecilnya : "Ya ALLAH Kau tempatkanlah Nenek aku dikalangan orang-orang yang Kau redai dan dikalangan para sahabat, Kau ampunkan segala dosa Nenek aku, amin."Al-Fatehah kepada Allahyarhamah Hajah Ramlah Binti Bujang ( 1947 - 2011 )


Allahyarhamah Hajah Ramlah Binti Bujang (1947-2011)



Thursday, January 13, 2011

Musim Baru


Apa kene mengena Musim Baru dgn aku nye posting kali ini?...ish ish ish...

Tak ada kene mengena pun sebab Musim Baru yang aku maksudkan adalah musim baru untuk aku mulakan pada tahun 2011 ni. Azam tahun baru 2011 ni, aku nk selesaikan segala masalah kewangan yang aku hadapi. Tahun ni tahun untuk bebas hutang.

Biasalah setiap manusia di atas muka bumi ni tak mahu mempunyai masalah dengan hutan termasuk aku. Oleh itu langkah yang pertama aku nk setelkan mane yang rating paling tinggi. hahaha.

Azam yang kedua untuk tahun baru ni, aku nk kembali aktif dalam kancah Blog. Tak kira la apa2 pun aku mesti berblogging.

Azam yang ke tiga, aku nk kumpul duit untuk masa depan aku sendiri walaupun pada aku da terlambat untuk aku menabung, tapi aku tetap akan berusaha untuk menabung juga.

Azam yang terakhir. Yes sudah tentu la aku nk berhenti merokok. MEROKOK banyak menghabiskan duit aku.

Sehingga kita berjumpa lagi.


Wednesday, January 12, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam dan Selamat Tahun Baru 2011, sudah terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru ni. Biasa la kesibukan kerja menyebabkan aku tidak sempat untuk mengupdate blog aku ini.

Tak per la yang penting kita semua da masuk ke tahun 2011. Semoga tahun baru ini memberikan kita semua azam yang baru untuk terus kekalkan prestasi..