Thursday, February 10, 2011

OSI Layer Dalam Sistem Jaringan


Salam Semua.

Hari ini aku nak mengarut berkenaan Internet, Jaringan, Network.

OSI (Open System Interconnection) telah dicipta oleh International Organization for standardization (ISO) yang menyediakan kerangkan logikal yang tersusun bagaimana berlakunya proses komunikasi data berinteraksi melalui Jaringan. Standart ini diperluaskan untuk industri koomputer agar komputer dapat berkomunikasi dalam jaringan yang berbeza.

Terdapat 7 layer dalam OSI model. Setiap layer bertanggungjawab secara khusus pada proses komunikasi data. Contohnya, satu layer bertanggungjawab untuk membentuk sambungan antara peranti, sementara layer yang lain bertanggungjawab mengoreksi terjadinya "error" semasa proses pemindahan data. OSI layer terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu "Upper Layer" dan "Lower Layer".

"UPPER LAYER" = memberi fokus kepada aplikasi pengguna dan bagaimana file direpresentasikan di komputer.

Untuk seseorang Network Engineer, Bahagian yang utama dan yang menjadi perhatiannya adalah pada "LOWER LAYER".

"LOWER LAYER" = adalah intisari komunikasi data melalui rangkaian aktual.

FUNGSI LAYER DALAM JARINGAN

7. Application
6. Presentation
5. Session
4. Transport
3. Network
2. Data Link
1. Physical

Lapisan 7
Aplikasi : Adalah lapisan yang bekerja untuk memberikan pengguna akses kepada maklumat didalam rangkaian melalui sesuatu program atau aplikasi. Ia juga merupakan anataramuka (interface) yang utama bagi pengguna-pengguna untuk berhubung atau mengadakan komunikasi dari program melalui rangkaian. Beberapa contoh yang melibatkan lapisan aplikasi adalah seperti Telnet, File Transfer Protocol (FTP), Simple Mail Transfer Protocol (SMTP), and Hypertext Transfer Protocol (HTTP).

Lapisan 6
Presentation : Lapisan ini bertanggungjawab untuk mengubah data bagi mewujudkan antaramuka (interface) yang standart untuk lapisan aplikasi. MIME encording, pemampatan data, dan manipulasi yang serupa ke atas presentation adalah dilakukan pada lapisan ini untuk memberikan maklumat atau data tersebut sebagai suatu perkhidmatan atau protokol yang boleh memenuhi kehendak pencipta. Contohnya, seperti mengubah fail teks kod-EBCDIC kepada fail kod ASCII, atau serializing objects dan struktur data kepada yang lain seperti XML.

Lapisan 5
Session : Lapisan ini mengawal dialog (session) diantara komputer-komputer yang berhubung atau membuat komunikasi. Ia membuka, mengatur dan menutup sesi antara aplikasi-aplikasi yang berhubung antara satu sama lain. Ia menjalankan operasi samaada cara duplex atau half-duplex dan mewujudkan sekatan (checkpointing), pembatalan (adjourment), penamatan (termination) dan memulakan kembali prosedur-prosedur. Ia adalah bertanggungjawab untuk menutup dengan rapi lapisan sesi ini dimana ia adalah ciri-ciri bagi TCP dan juga bagi sesi sekatan dan pemulihan, dan biasanya tidak diguna pakai oleh suit protokol internet (internet protocol).

Lapisan 4
Transport : Lapisan ini mewujudkan pemindahan data yang transparen diantara pengguna-pengguna, dengan ini membebaskan lapisan yang berada diatasnya daripada apa-apa kebimbangan disamping dapat memberikan data yang betul dan tepat. Ia mengawal keutuhan data di atas penghubungyang diberikan melalui kawalan aliran (flow control), segmentasi/desegmentasi dan kawalan kesilapan (error control). Sesetengah protokol adalah tepat dan berorentasikan penyambungan, dan ini bermakna lapisan Transport ini boleh mengawal/mengetahui paket-paket yang telah dihantar dan menghantar semula (transmisi semula) paket-paket yang gagal dihantar.

Lapisan 3
Lapisan Network memberikan fungsi-fungsi dan prosedur untuk menghantar pelbagai jenis aturan data daripada punca kepada destinasi melalui satu lebih rangkaian sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan lapisan penghantar.

Lapisan 2
Data Link : Lapisan ini membawa kewibawaan fungsi dan tatacara yang berkemampuan untuk menghantar data diantara entiti-entiti yang berada dirangkaian, dan ia juga adalah untuk mengesan dan memungkinkan membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam lapisan physical. Contoh yang paling baik ialah ethernet dan contoh yang lain pula ialah seperti HDLC dan ADCCP untuk point to point atau packet swtiched networks dan Aloha untuk rangkaian kawasan setempat (LAN), IEE 802 Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network) dan sebahagian dari rangkaian bukan-IEE 802 seperti FDDI, lapisan ini mungkin akan dibahagikan kepada lapisan Media Acces Control (MAC) dan lapisan IEE 802.2 Logical Link Control (LLC). Ia menyusun bit-bit dari lapisan physical kepada data yang bahagian-bahagian logikal yang besar yang dikenali sebagai Frames.

Di lapisan ini dimana bridges dan switches beroperasi. Sambungan rangkaian diberikan hanya diantara komputer-komputer atau hos-hos yang bersambung kepada nod-nod lokal yang membentuk lapisan ke-2 iaitu domain untuk unicast dan broadcast fowarding. Lain-lain protokol juga mungkin terdedah di atas kerangka (frame)data untuk membentuk laluan yang dipanggil tunnels dan lapisan ke-2 iaitu fowarding domains yang secara logikal terpisah.

Lapisan 1
Physical : Lapisan ini hanya menjurus kepada semua spesifikasi elektrikal dan physical untuk sesuatu perkakasan. Ini adalah termasuk susunatur pin, voltan dan spesifikasi kabel. Hub, Repeater, Network Adapter dan Hos Bus Adapter (HBA yang digunakan pada Storage Area Networks) adalah perkakasan bagi lapisan Physical. Fungsi utama dan perkhidmatan oleh lapisan Physical ialah :
- Memulakan dan menamatkan sambungan kepada medium komunikasi.
- Terlibat didalam proses di mana sumber komunikasi adalah dikongsi secara efektif kepada pengguna-pengguna. Contohnya seperti kawalan aliran dan ketetapan-ketetapan.
- Modulasi atau pertukaran diantara persembahan data digital didalam peralatan penggunadan isyarat yang sepadan dihantar melalui saluran komunikasi. Isyarat-isyarat ini beroperasi melalui pendawaian physical (seperti pendawaian kuprum/tembaga dan gentian optik) atau melalui perhubungan radio.

SCSI bus yang selari juga beroperasi di lapisan ini. Pelbagai jenis lapisan Physical Standart ethernet juga beroperasi di lapisan ini iaitu penggabungan kedua-dua lapisan dan lapisan sambungan data (data-link layer). Ia juga digunapakai kepada rangkaian kawasan setempat yang lain seperti Token Ring, FDDI, dan IEE 802. 11.

Related Posts

OSI Layer Dalam Sistem Jaringan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
February 15, 2011 at 2:50 AM

Benda ni penting... Pengetahuan asas pasal OSI layer mesti ada dalam kepala terutama bila masuk bab troubleshooting. Cara aku guna nak camni ler..

Please Do Not Touch Steve Pet Aligator.

Reply