Saturday, April 30, 2011

Isu Video Seks : Sumpah Laknat

Assalamualaikum...Time macam ini time untuk tido...Tapi aku nk mengambil kesempatan untuk post artikel yang paling hangat di bicarakan pada waktu ini iaitu Isu Video Seks Dato' Seri Anwar Ibrahim Dan Sumpah Lakhnat.

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang kumpulan Datuk Trio hari ini membuat sumpah laknat – suatu upacara yang membelakangi sistem perundangan syariah, dengan memegang al-Quran secara terbalik.

Hal ini bukan sahaja disedari Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin tetapi juga beberapa wartawan yang membuat liputan acara berkenaan.

Shamsul juga mengirim paparan twitter dengan berkata: “Eskay pegang Al-Quran terbalik! Pakai baju kalis peluru.”

Berdasarkan twitter, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir membuat paparan berikut: “Datuk Eskey terlupa Al-Quran yang dipegang oleh beliau terbalik.”

Terdahulu, mereka dinasihati seorang pendakwah bebas bahawa tindakan melakukan sumpah laknat adalah jalan terakhir bagi membuktikan kebenaran selepas qazaf dilaksanakan terlebih dulu.

Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik.

Berlaku kekecohan ketika ketiga mereka meninggalkan masjid apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang media tempatan untuk mengambil gambar.

Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang.

Pada majlis di Masjid Amru Ibnu Al As yang mula dibatalkan itu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim turut hadir tetapi tidak menyertai acara bersumpah itu.

Mereka tiba kira-kira jam 4.08 petang dgn memakai jaket kalis peluru sambil dikawal beberapa lelaki dipercayai anggota polis cawangan khas.

Credit to

KEADILAN DAILY

Ini Sedutan Video Sumpah Sesumpah Lakhnat Dato' Eskay




Related Posts

Isu Video Seks : Sumpah Laknat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

7 comments

Tulis comments
avatar
April 30, 2011 at 10:30 AM

x brani nak ckap. x ckup umuq lg. haha
errrrr...nak mintak pendapat ni. loading slow tak? rasenye ok tak blog syed ni? tolongg tolong .. :'( http://www.syedgraphix.com/2011/04/syedgraphix-tampil-lebih-simple.html

Reply
avatar
April 30, 2011 at 1:56 PM

semua ni mengarut..penceramah bebas tu dah cakap takde dalam islam sumpah2 tuduh orang zina,, ikut agama mana agaknya!!

Reply
avatar
April 30, 2011 at 2:46 PM

setuju dgn mykhalis...
quite angry la dgn tindakan diorg ni
nampak sgt....... =_='

Reply
avatar
April 30, 2011 at 4:59 PM

Aku nak comment bukan berdasarkan politik. Sebab aku mmg tak dikuasai politik mana2. Had umur dah lebih tapi aku masi belum mengundi mahupun mendaftar jadi pengudi. So apa yang aku nak bagi tahu aku tak dipengaruhi oleh mana2 politik ideologi.

Bagi aku la kalau betul DSAI buat benda tu mmg dia akan terima bala. Tapi kalau dia tak buat trio Datuk T ni kena. Apa2 pun yang dia buat di masjid tu antara dia, Allah dan DSAI.

Tapi persoalan seterusnya kita fikir kenapa baru sekarang nak kenakan DSAI.
1. Trio Datuk T dipinggirkan oleh DSAI samada dari segi kepentingan jawatan, business dll
2. atau nak dekat pilihan raya. Ingat ini pilihanraya yang pertama untuk Najib. Dan selama ini aku perhatikan Najib. Its all about the record. Mungkin ini juga salah satu teknik kotor kerajaan untuk menjatuhkan musuhnya.

Tapi persoalan aku paling besar kenapa selama ni DSAI melatah. Kalau aku lihat dari kronologi controversy DSAI ni:-
1. Kes liwat. kena suruh bagi DNA tapi banyak alasan.
2. Then Kes Video lucah DSAI. Kenapa melata buat press conference dengan wartawan. Nampak sungguh macam dia bersalah. Asal membalas comment soalan paling last la juga jawapan kepada soalan.
3. Dibawah akuan bersumpah tak nak. Kenapa? Takut kena makan sumpah? Kalau tak buat nak buat apa takut. Ingat Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan adil.
4. Kes jam rolex pun tak nak bagi tahu. So rakyat tertanya betul ke?Kalau tak betul tunjukkanlah jam yang ada,

So tu jer la alasan aku, publically nampak sungguh DSAI bersalah.

Reply
avatar
April 30, 2011 at 7:37 PM

Kalau sumpah benda memang betul tak apa. KALAU TAK BETUL ? pandai-pandai lah nak jawab kat akhirat nanti. Berdosa besar memfitnah orang.

Reply
avatar
April 30, 2011 at 8:19 PM

apik tak paham la dengan dunia skang ni..sumpah2 ni tak baik..haishh

Reply