Tuesday, May 31, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Salleh Yaccub


Akhirnya Salleh Yaccub telah selamat mendirikan rumahtangga yang keempat Samihah Shiekh Ali. Syabas Pakcik Salleh. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga akhir hayat
insyaallah.

Monday, May 30, 2011

Gambar Sekitar ISSC 28 dan 29 May 2011

28 dan 29 May 2011 adalah hari International Super Seven Championship (Paintball), dalam waktu yang sama merupakan Hari Belia Himpunan Sejuta Belia...

Jom layan gambar team Gaters Paintball Team

Wajah-wajah pejuang GATERS

Palyer GATERS di bahagian Snake (
Syam Kubu)

Aku aka Pagar Roboh sebagai Front Man

Daus sebagai Dorito Man

Pok Min aka Center Back Man

Arip sebagai Left/Right Back terbaik GAT
ERS

Ali Master Of Snake Man

Adam Master Of Front Man

Buzzlee Master of Left/Right Back Man

Gaters telah berjaya menduduki 8 pasukan terbaik dalam saingan International Super Seven Championship 2011 Divisyen Young Gun (D4). Walaupun baru pertama kali menyertai Competition besar GATERS telah berjaya membuktikan bahawa satu lagi Pasukan akan mengegarkan Arena Paintball Malaysia!!!

Tahniah GATERS!!!





Friday, May 27, 2011

INTERNATIONAL SUPER SEVEN CHAMPIONSHIP (ISSC) PROMO 2011

ISSC Flyers

ISSC Layout

Finally GATERS playing in the BIG league.


Participating Teams. YOUNG GUN DIVISION :- (23 TEAMS)

2AM
APACHEE
BANDITS
BLACK GABAN
MINION-X
FODGERS 306
GALACTICOS
GATERS
HARUMAN ABADI
J-LEGION
JR WAXERS
SPARTAN LEGION
LP 85
MDP TORNADO
OSB-X
P2 RANGERS
PARANOID TROOPERS
SUBZEROSEVEN
SILVER KILLERS
TORA ARMY
UNPIRATES DESOUZA
YUMS
PROLINTAS BANDIT X


PRIZE:
Young Guns Division
Champion : RM2,500.00 + Trophy + 9 Medals
1st Runners-up : RM1,500.00 + 9 Medals
2nd Runners-up : RM1,000.00 + 9 Medals
3rd Runners-up : RM600.00 + 9 Medals
4th Runners-up : RM300.00 + 9 Medals

More info at: http://nemesis-paintballclub.com/issc/







Monday, May 23, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Rusuk

Bila Lelaki Kehilangan Rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.


LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*


*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

Wednesday, May 18, 2011

Thursday, May 12, 2011

Minyak : RON 95 Naik kepada RM2.05 Seliter

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.
Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi

Sumber : Harakah Daily

Wednesday, May 11, 2011

Pekaian Yang Di Pakai Oleh Rasulullah


Cop Mohor Islam


Setelah 36 jam tidak dapat melelapkan mata dek kerana membantu team ofis yang lain membuat tender untuk kampung wifi, akhirnya berjaya juga kami semua menghantar kesemua 25 kota yang mengandungi 160 file tender...

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang boleh membuatkan kita semua rasa teruja, sebab aku cakap macam tu? Sebab aku nak share kat kawan2 blogger sekalian beberapa gambar yang jarang di temui ( kalau search kat google ada je kot ). Gambar yang aku nak share ni gambar Pakaian Rasulullah S.A.W.


Capal Rasulullah


Sarban Rasulullah

Busur Panah


Sungguh pun Rasulullah sudah lama meninggalkan kita semua. Tapi ajaran dan agama Islam yang di bawa oleh Baginda akan kekal abadi sehingga akhir hayat.





Tuesday, May 10, 2011

Khasiat Daun Kari

Ha pagi2 buta ini aku nak berkongsi info kesihatan berkenaan Pokok Kari.

Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann K├Ânig.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.


Pokok Kari

Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...




Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
• 66.3% kelembapan
• 6.1% protein
• 1.0% lemak
• 16.0% karbohidrat
• 6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

* panjang berjela aku menaip hari ini. hahaha

Sunday, May 8, 2011

5 Binatang Paling Susah Di Bunuh

Mari kita saksikan kekebalan 5 ekor haiwan yang sukat untuk dibunuh.

Di Tanggak ke - 5 Jatuh kepada East African Gian Snail


Serupa tapi tak sama seperti siput biasa, cuma haiwan nie boleh mencapai 8 inci panjang. Bermacam-macam cara di lakukan oleh masyarakat Afrika timur untuk membunuh haiwan ni liat. Abis bakar dan racun pun still banyak lagi...


Di Tangga Ke - 4 Jatuh kepada Water Bears



Water bears adalah haiwan air yang mikroskopik dan ia sangat susah di bunuh malah tidak boleh dibekukan. Haiwan nie boleh bertahan sehingga suhu -273 darjah celcius. Radiasi pun tidak boleh mencederakan haiwan ini. Sungguh kebal. Haiwan ini juga kebal kepada nitrogen cair dan asam mineral...

Di Tempat Ke - 3 Jatuh kepada Tree Weta



Binatang yang sangat menyeramkan. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang air dibadannya tidak boleh dibekukan. Ini bererti, kiranya menda ni dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati menda ni tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Ini membuktikan, menda ni boleh mati atau dibunuh, tetapi akan hidup semula.. Seperti zombi!

Di Tempat Ke - 2 Jatuh kepada Lungfish



Lungfish boleh hidup tanpa air selama 6 bulan. Hanya dengan sedikit air, natang ni boleh hidup kembali.

Di Tempat yang Pertama merangkap johan piala pusingan...



Immortal bermakna abadi, dan ubur-ubur nih mmg seperti namanya, tidak boleh mati. Menda ni lahir dan membesar seperti biasa. Namun hidupnya tiada pengakhiran. Ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi ubur2) dan hidupnya akan bermula semula dari awal!


Saturday, May 7, 2011

5 Pulau Tercantik Di Malaysia

Jom kita sama-sama menerjah 5 Pulau yang tercantik di Negara kita Malaysia ini.


Pulau Sipadan

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.


Pulau Tioman

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


Pulau Langkawi

Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.


Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.


Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Friday, May 6, 2011

Thursday, May 5, 2011

Di Sebalik Pengembumian Osama Bin Laden Di Laut Bukan D Darat

Hye bloggers sekelian...hehehe...Pagi nie aku nk berkongsi pendapat aku yang tak boleh pakai nie kat semua bloggers yang ade kat Malaysia. Komen jangan tak komen ye.

Sejak 1 Mei 2011 yang lalu kite semua dikejutkan dengan berita Osama Bin Laden terbunuh dalam satu operasi besar-besaran yang di lakukan oleh Komando-komando tentera Amerika Syarikat keatas tempat persembunyian milik Osama Bin Laden .



Persoalanya di sini kenape Osama tidak di kebumikan di darat? Kenape mesti kebumikan kat Laut?

Ini adalah pendapat aku sahaja.

Berkemungkinan besar jika mayat Osama di kebumikan di darat akan ada proses gali semula untuk menentukan DNA untuk mengesahkan yang terbunuh itu adalah Osama atau tidak. (Mungkin idea pihak2 tertentu).

Kalau di kebumikan kat Laut kompom la xdapat nak cari balik sebab mane ade batu nisan kat laut...

hahaha

Tu je la pendapat aku yang xberape nk jelas nie...just for sharing...

Monday, May 2, 2011

1 Mei 2011

1 Mei 2011

Ade ape dgn 1 Mei 2011? hahaha...Tak ada ape2 pun sebenarnye...Aku akan berangkat ke Johor bersama2 dengan adik2 aku + makcik aku di sebabkan salah seorang dari saudara aku sekarang tengah tenat...so tak dapat aku nk update sangat blog...insyaallah mlm nanti aku akan update lagi yer...hehehehehe take care kawan-kawan blogger ku sekalian...

Assalamualaikum