Saturday, May 7, 2011

5 Pulau Tercantik Di Malaysia

Jom kita sama-sama menerjah 5 Pulau yang tercantik di Negara kita Malaysia ini.


Pulau Sipadan

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.


Pulau Tioman

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


Pulau Langkawi

Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.


Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.


Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Related Posts

5 Pulau Tercantik Di Malaysia
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

5 comments

Tulis comments
avatar
May 7, 2011 at 2:44 AM

indahnya malaysia ;) tak payah pergi luar negara . membazirrrrr .. grr !

Reply
avatar
May 7, 2011 at 11:47 AM

baik melancong dalam negara..:)..pulau2 dalam negara kita pun cantik..

Reply
avatar
May 7, 2011 at 2:54 PM

indahnya ciptaan Tuhan. biru air laut. buat rasa tenang je. huhu :)

Reply
avatar
May 8, 2011 at 12:42 AM

cantik gile..pulau pangkor ta de eh?? haha..

Reply