Wednesday, June 29, 2011

Kaki Dipotong Kerana Mencurikan

Sedang aku berjalan di Youtube.com aku terjumpe satu video ini .



Ape yang boleh digambarkan apabila seekor kucing yang tidak mempunyai akal yang cerdik seperti kita manusia di perlakukan sebegini kejam. Aku memang tak sangka yang manusia yang mempunyai akal yang bijak pandai dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T untuk menghukum binatang yang tak ade otak. Kenape manusia harus berlaku kejap terhadap binatang? Sedangkan manusia sendiri yang berlaku kejam terhadap binatang.

Dek kerana seekor kucing mencuri seekor ikan untuk mengisi perut kucing itu sendiri yang lapar kaki nya di kerat. Wajarkah tindakan pengusaha kedai makan itu yang bukan beragama Islam memotong kaki kucing tersebut kerana mencuri seekor ikan? SAPE LEH TOLONG JAWAB SILA JAWAB AKU NAK TAU JAWAPAN KORANG SEMUA.

p/s : Binatang juga mempunyai perasaan kasih dan sayang, inikan pula manusia yang punya otak.

Sekian

Sunday, June 26, 2011

Kenali Mereka Seorang Blogger

Kenali Mereka Seorang Blogger

Kali ni aku nak buat sesuatu yang lain dari yang lain la. Aku nk mengenali blogger2 yang popular atau pun tak popular kat Tanah Melayu ni.

Mungkin lambat untuk aku buat mcm ni. Tapi rasa aku tak salah kot aku buat mcm ni, boleh membantu kepada rakan2 blogger yang baru menceburi bidang penulisan di blog ini.

InsyaAllah aku akan post entry "Kenali Mereka Seorang Blogger". Ramai blogger yang da terkenal kat Tanah Melayu ni.

Tujuan aku buat mcm ni bukan untuk menjadi popular tapi aku nak mengenali blogger2 dengan lebih dekat lagi. Bak kata orang tua2 "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Hahaha...

Kepada blogger2 di Tanah Melayu, sila2 lah untuk berkongsi cerita dengan aku untuk aku mengenali korang semua..

p/s : mudah-mudahan kali nie berjaya.

Saturday, June 25, 2011

Perlawanan Pra Piala Dunia Malaysia VS Taiwan


Kita semua masih lagi segar dengan kemenangan skuad Olimpik Malaysia tempoh hari apabila berjaya menumpaskan Pasukan Olimpik Lubnan dengan jaringan 2 - 1.

Tanggal 29hb Jun 2011 (Rabu) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil satu lagi perlawanan yang cukup penting bagi Pasukan Senior Malaysia akan turun menentang Pasukan Taiwan dalam kelayakan Pra Piala Dunia.




Apakaha korang semua? Jom kita sama2 saksikan kebangkitan Skuat Harimau Malaya untuk melakarkan satu lagi sejarah.


VS


p/s : kepada sesiapa yang nak menyaksikan perlawanan Malaysia VS Taiwan tu nanti, apa kata kita menonton sama2...

Tinggalkan komen ye kawan2...

Maharaja Lawak Akhir - Sepah Juara Maharaja Lawak

Tahniah aku ucapkan kepada Kumpulan Sepah kerana telah menjadi JUARA untuk program Maharaja Lawak kali ini. Seperti yang dicanangkan JOZAN bakal mengungguli Maharaja Lawak ini, tapi sangkaan itu tidak tepat apabila SEPAH telah berjaya membuktikan bahawa mereka telah berjaya memintas populariti JOZAN ini. Tahniah aku ucapkan kepada Kumpulan SEPAH. Terbaik la. Orang Johor tu.

Lepas ni makin top la SEPAH..

Jom Layan Persembahan Sepah Juara MAHARAJA LAWAK





Selamat berhibur....

Thursday, June 23, 2011

Malaysia VS Lubnan Result

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya mengatasi Lubnan dengan jaringan 2 - 1. Hasil dari jaringan dari Irfan dan Wan Zack Haikal. Terbaik aku ucapkan...
Teruskan usaha yang cemerlang agak sukan Bola Sepak di Malaysia ini terus di pandang tinggi...Kembalikan Maruah Bola Sepak Malaysia........

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Pagi Malaysia

Hahahahahaha...ape yang aku merepek ari nie?aku tak tau ape yang aku merepek. Cume yang aku tau hari ini aku datang awal ke pejabat. Agak ajaib ye di situ.

Pagi2 lagi aku dok belek2 gambar2 kat google, aku nampak cantik lak satu tempat nie nama tempat nie Aiguille Du Midi. The Aiguille Du Midi ini terletak di Mont Blanc iaitu di pergunungan Perancis.


Tempat nie aku nengok cantik kabus2 gitu. Dan yang menarik di situ ialah cable car. Pergh memang terbaik la.

Jom layan Gambar2 yang aku rembat dari Google.


Gambar Credit to En. Google.com

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Rasanye belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Ayah aku Samshuri Bin Md. Nor yang telah banyak berkorban untuk anak2 yang degil macam aku nie. Walaupun Ayah aku nie garang tapi dye ok, memang best la melayan tengkok gn dye nie, kadang2 tu je yang dye garang. Tapi kegarangan dye adalah untuk kebaikan anak2 dye juga supaya anak2 dye tau yang bukan senang untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan penindasan ini.

nie la ayah aku hensem kan macam aku juga...

Buat Ayah yang aku sayangi aku doakan Ayah semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan selalu.

Ikhlas dari anakanda yang degil nak maut nie PeNgembara aka Pagar Roboh aka Afifsamshuri

List Blog Yang Bakal Di Hack

Sekarang nie tengah kecoh pasal hack menghack nie. Pada aku la kerja2 hack menghack nie kerja2 yang tak bermoral. Aku terbaca satu entry dari blog Jalut. Yang mengharianakan aku blog aku pun tersenarai sebagai blog yang bakal di hack agak pelik.


Sila lihat link yang bertanda biru tu, link blog aku tu PeNgembara

Sekarang nie aku nak minta kepada Pihak SKMM @ MCMC untuk membuat tindakan yang sewajarnya bagi mengelak gejala hackers ini yang semakin menjadi2 ini dapat ditangani dengan satu kaedah yang baik.



Pada pendapat aku senarai laman blog ini di ambil dari satu laman komuniti yang menggabung para blogger di Malaysia ini iaitu Gengblogger.

Harap2 masalah nie tak semakin serius la...

Saturday, June 18, 2011

Skim Rumah Mampu Milik Terbaru

Bermula hari ini Skim Rumah Mampu Milik Terbaru dilancarkan. Kepada semua pemegang kad pengenalan warna biru boleh memohon untuk mendapatkan Skim Rumah Mampu Milik Terbaru ini. Rumah telah pun di sediakan. Jom kita lihat2 dulu gambar rumah Skim Rumah Mampu Milik nie.


Design sungguh moden dan rumah ini boleh dibawa ke mana yang anda suka. So apa tunggu lagi jom kite mohon skim terbaru Rumah Mampu Milik ini.




Credit tu Malayasara

Wednesday, June 15, 2011

KL Ke Ipoh, Ipoh Ke Segamat

KL Ke Ipoh, Ipoh Ke Segamat

Kepenatan semakin terasa sejak dari malam tadi. Mungkin kesan dari perjalanan non-stop yang sungguh memenatkan. Dari Kuala Lumpur ke Ipoh Perak lepas tu terus ke Segamat Johor. Jarang dibuat manusia yang normal. hahaha

Aku nak rehat..

Sunday, June 12, 2011

Akhirnya Jom Komen

Assalamualaikum...

Yeah...akhirnya dapat juga aku belajar macam mana nak buat header nie...aku gune photoscape je...

Tapi akhirnya berjaya juga wei...

Terima kasih kepada aku...


ape komen korang sume...


p/s : Janganlah merapu macam aku nie...hehehe

Saturday, June 11, 2011

Muzium Kematian





Catacombs Kapusin (Itali Catacombe dei Cappuccini) - Tanah perkuburan yang terletak di bandar Palermo di Sicily, yang jelas terdapat lebih dari 8000 orang yang sebahagian besarnya adalah warga tempatan yang terkenal seperti orang agama, Primier dan wakil-wakil dari pelbagai profesion. Ini adalah salah satu pameran yang terkenal di dunia. Dengan rangka manusia yang real dan benar. Di awet dan seterusnya menjadi bahan tatapan umum.

Jom layan gambar-gambar Museum Of The Dead


Sekian dahulu ye...hehehehe

Tuesday, June 7, 2011

Tahukah Anda Dunia Menghampiri Penghujung?

Tahukah Anda Dunia Menghampiri Penghujung?

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"

p/s : Sentiasalah kita berwaspada akan datangnya Al-Masih Dajjal. Sentiasalah kita berusaha untuk menjadikan Al-Quran itu sebagai petunjuk.

Thursday, June 2, 2011

Roti Buaya

Bayangkan bila anda balik kerja, di atas meja makan terhidang buaya dalam pinggan makanan anda...(tak dapat nak dibayangkan)...

Bayangkan bila salah satu hantaran kahwin anda buaya...(tak dapat nak dibayangkan)...

Ini lah yang terjadi sebenarnya....

Memperkenalkan Roti Buaya...

hehehehhe...


Benda macam ni pun ada...

Wednesday, June 1, 2011

Kartun Perli Kenaikan Tarif Elektrik

Umum mengetahui tarikh 1 Jun 2011 adalah hari kenaikan Tarif Elektrik. Lepas ni kene berjimat cermat menggunakan Elektrik. Mungkinkah kenaikan ini akan membebankan RAKYAT MALAYSIA?
Mari kita sama-sama runungkan...