Monday, August 22, 2011

Diskaun Lebuh Raya Sempana Aidilfitri


Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri
Aug 27- 29, 11 8:40pm

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura:
20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.

* Lebuhraya Kulim Butterworth:
Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11

* Lebuhraya Metramac:
diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP):
diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint):
diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART:
diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 29 Ogos.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru:
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) :
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru:
diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah malam 4 Sept.

- Bernama

Selamat memandu........................
Berhati2 di jalanraya

Tuesday, August 16, 2011

Ramdan Kali Ini


Ramadan kali ini seperti Ramadan tahun lepas.

Jalan-jalan sambik kerja.

Hari-hari makan makanan kat Bazar Ramadan Equine Park.

Sekali sekale makan kat kedai.

Buka puasa kat RNR Tapah la, kat Juara Ikan Bakar Segamat (tapi blah sebab brader kedai pening orang ramai). Last-last makan kat medan selera je.

Tapi Ramdan yang ke 15 best sikit. Nak tau kenape, hahaha, RAHSIA.

Esok mungkin buka kat Equine kalau keje siap cepat, kalau tak buka kat kedai lagi la jawapnya.

Ramadan Kali ini.

Gambar hiasan dan Ehsan dari Google.

Apa yang ada kali ini?


Saturday, August 13, 2011

Dato Lee Chong Wei Mara Ke Final BWF London


Tahniah aku ucapkan kepada Chong Wei sebab berjaya melangkah ke Final BWF selepas berjaya menjinakkan Juara Bertahan Chen Jin dengan keputusan 21-13 dan 21-9. Kejayaan yang cukup mudah bagi Chong Wei.

Menanti Chong Wei pada perlawanan Final nanti ialah pemenang di antara Lin Dan dan Peter Gade.

Tahniah Dato Lee Chong Wei.

Wednesday, August 10, 2011

Sunday, August 7, 2011

Jin Dan 3 Orang Manusia

Jin Dan 3 Orang Manusia

Berkata si A kepada si Jin
"Aku mahu perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun."
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si A itu tadi.

Berkata si B kepada si Jin
"Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun"
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si B itu tadi.

Berkata si C kepada si Jin
"Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun"
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si C itu tadi.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang telah dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak sanggup untuk mengerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun rebah ke bumi lalu mati.

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu di buka, maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang.
Tiba-tiba si B pun rebah ke bumi lalu mati.

Setelah itu, jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si Jin.
Si C berkata kepada si Jin. " JIN BODOH!!!! MANCISNYA MANA...???

p/s : "Rokok tidak akan berbahaya, sepanjang tiadanya mancis bersama-sama dengan rokok"

Wednesday, August 3, 2011

Asal Boleh Jer

Sudah lama dah aku rasa aku tak mengupdate blog yang aku sayang ni. Sekarang ni banyak betul perkara-perkara yang boleh dikatakan "asal boleh je", macam gambar-gambar kat bawah ni, asal boleh je


Ha yang nie leh pintu menggunakan papan. Asal Boleh Jer


yang ni pula penutup petrol menggunakan vcd. Asal Boleh Jer


yang ni lagi xmasuk akal, tak cukup dengan aircond kereta dia bawa sekali aircond rumah. Asal Boleh Jer

Motor ni menggunakan seat kereta Lancer Turbo ni. Asal Boleh Jer


Pergh yang nie lagi trill siap guna drill pukul telur. Asal Boleh Jer





Tuesday, August 2, 2011

Bulan Ramadhan Menjelma Lagi

Bulan Ramadhan Menjelma Lagi

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Macam mana dengan hari ke-dua dalam bulan Ramadhan nie? Harap semua berjalan dengan lancar. Hari ke-dua nie aku rasa macam biasa, mungkin sebab kerja kot.

Kat sini aku nak berkongsi berkenaan bulan Ramadhan yang mulia nie.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan.....'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"