Monday, August 22, 2011

Diskaun Lebuh Raya Sempana Aidilfitri


Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri
Aug 27- 29, 11 8:40pm

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura:
20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.

* Lebuhraya Kulim Butterworth:
Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11

* Lebuhraya Metramac:
diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP):
diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint):
diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART:
diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga):
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 29 Ogos.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru:
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) :
diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru:
diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah malam 4 Sept.

- Bernama

Selamat memandu........................
Berhati2 di jalanraya

Related Posts

Diskaun Lebuh Raya Sempana Aidilfitri
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.