Sunday, August 7, 2011

Jin Dan 3 Orang Manusia

Berkata si A kepada si Jin
"Aku mahu perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun."
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si A itu tadi.

Berkata si B kepada si Jin
"Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun"
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si B itu tadi.

Berkata si C kepada si Jin
"Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan aku dalam sebuah gua yang tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun"
Dengan sekelip mata sahaja jin itu menyempurnakan permintaan si C itu tadi.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang telah dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak sanggup untuk mengerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun rebah ke bumi lalu mati.

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu di buka, maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang.
Tiba-tiba si B pun rebah ke bumi lalu mati.

Setelah itu, jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si Jin.
Si C berkata kepada si Jin. " JIN BODOH!!!! MANCISNYA MANA...???

p/s : "Rokok tidak akan berbahaya, sepanjang tiadanya mancis bersama-sama dengan rokok"

Related Posts

Jin Dan 3 Orang Manusia
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

5 comments

Tulis comments
avatar
August 9, 2011 at 12:17 PM

assalamualaikum..

trime kasih sudi singgah di blog sy..semoga berkunjung semula ya :-)

Reply
avatar
August 9, 2011 at 2:09 PM

haha..lawak ea..tp p/s tue sgt bermakna..
bdn sht w/out smoking.. :)

Reply
avatar
August 10, 2011 at 3:15 PM

muahahahaha padan muka xley isap okok..buekkkkkkkkk..keh3

Reply
avatar
August 11, 2011 at 11:01 AM

bahahaha...ak ingat kan citer nasihat...tergelak2 ak

Reply