Tuesday, September 20, 2011

Kaki Bodek, Pengampu Bagus Sangat ke?

Di kala ini waktu sudah menunjukkan 2342 waktu tempatan. Aku sebenarnya baru pulang dari Sungai Siput Utara bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Lasah, maklum la kerja.

Sedang aku melepakkan diri aku di atas katil yang empuk hasil dari pemberian Pak Lang aku, tidak lagi aku tidur di atas tilam angin yang selalu mendatangkan ruang yang sempit di dalam bilik aku ini. Maklum lah nak save bajet konon-kononnya. Tapi hampeh, akhirnya bocor. Tapi sekarang aku tidak lagi menggunakan tilam angin tetapi aku telah mendapat sebuah katil kayu yang di sumbangkan oleh Pak Lang aku. Tenkiu Pak Lang.


Ok, berbalik pada tajuk entri aku pada kali ini Kaki Bodek, Pengampu Bagus Sangat ke?.

Bila ada orang atau manusia yang suka membodek atau mengampu ni memang kita yang ada di sekeliling akan menjadi, merasa, melihat dengan tidak begitu selesa kerana segala pergerakan kita akan di perhatikan dan akan dijadikan satu tajuk hangat untuk di ceritakan kepada BOS, MAK, AYAH, IBU, GirlFriend Orang, Mak Orang, Bapak Orang dan yang sewaktu dengannya.

Apa yang mereka dapat dengan Membodek dan Mengampu ini?

Jawapan yang cukup mudah, kalau si Pengampu dan Pembodek itu berkerja, mereka ini mahukan nama dan pangkat dan suka bercerita kepada bos sebagai contoh :

Situasi A
BOS : Awak boleh buat ini?
Pengampu@Kaki Bodek : Boleh nie Bos, tak de hal la, bukan macam Si Pulan tu apa kerja pun tak boleh buat.

Situasi B :
Pengampu@Kaki Bodek : Bos, Bos, Bos dah makan belum? Kalau belum mari la saya payung bos makan.

Jadi natijahnya mereka-mereka yang suka Mengampu dan Kaki Bodek ini memang tak boleh di bawa berkawan langsung. Lebih baik mereka ini berkawan dengan beruk, monyet, kambing, lembu, keldai dan sebagainya.

*Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi tentang pendapat aku berkaitan dengan Kaki Bodek, Pengampu Bagus Sangat ke? ini. Jadi sama kita komen ye...



Jika Tidak Keberatan Dan Berminat Silalah Ke Klik Link Yang Kat Bawah Ini :

Get paid RM1000 to be in Busco's Music Video
Play this, OSK Investment Bank will award you a certificate! Build your CV
So now you know what #TheCube is!
Buat Duit Dengan ChurpChurp
It is a BlackBerry Galore!


Related Posts

Kaki Bodek, Pengampu Bagus Sangat ke?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.