Saturday, October 29, 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011 Peringkat Akhir

Tahniah di ucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan Hoben Jang Hoben kerana berjaya menumpaskan Pasukan Terengganu pada perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 dengan jaringan 2 berbalas 1.



Ok sekarang aku nk buat ulasan.

Ulasan aku adalah SELAMAT JALAN TERENGGANU jumpa lagi tahun depan. Sungguh jahat aku ini. Tapi lagi jahat poster kat bawah ni.

Kata-kata aluan dan akhiran dari aku berdasarkan Poster di atas ini ialah " Felda United telah di kafankan, T-Team dah dikebumikan, kini Terengganu sudah menjadi ARWAH! Hoben Jang Hoben"

Aku Nak Femes


Hari ni aku nak merepek kerana kepenatan yang tahap yang melampaui batas-batas seorang blogger yang tak berape nak tegar mcm aku ni. Aku sekarang berada di perantaun di negeri sendiri Johor Darul Ta'zim. Tapi tak boleh balik ke kampung halaman sebab atas dasar kerja yang sangat-sangat penting, mengalahkan Perdana Menteri Malaysia la katakan.

Sebenarnye aku nak bagi tahu yang aku suruh korang semua datang ke blog aku yang tak seberapa ni. Tinggal-tinggalkan komen yang bernas lagi nanas korang tu.

Lagi satu ikhlaskan diri korang klik-klik kat iklan-iklan yang ada tu. Aku nak jadi "FEMES" macam blogger-blogger yang ada ni. Boleh tak?

p/s : dah tak tau nk update apakan macam ni la jadinya.

Singgah Sini Sekali

MAS AIRLINE
KAU CANTIK?
JOGET LAMBAK
KERETA MEWAH?
OLYMPUS LAGI
NESCAFE TARIK

Wednesday, October 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke 7 UTeM Pakcik aku Mohd Razif Abdul Latif, aku bersama seluruh keluarga sebelah ibu aku telah mengadakan satu trip perlancongan ke Melaka pada 22 dan 23 Oktober yang lepas.

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan

Dapat juga aku berjumpa dengan Ibu dan Ayah aku, rindu aku pada mereka berdua, sayang aku pada mereka tidak terhingga.

Kami menginap di di Chalet Ayer Keroh Country Resort, 2 hari tu sungguh seronok dan happening sebab dapat kumpul beramai-ramai dalam keluarga yang besar. Kepada pakcik aku Mohd Razif Abdul Latif aku sebagai anak sedara mengucapkan Setinggi planet Pluto Tahniah sebab berjaya mendapatkan segulung Ijazah yang sangat bermakna dalam hidup Pakcik.

Aku bangga mempunyai seorang Pakcik yang sangat tabah dalam mengharungi dugaan dalam hidup, pelbagai dugaan yang telah di lalui oleh Pakcik aku ni untuk mendapatkan segulung ijazah. Alangkah gembiranya kalau Arwah Nenek masih hidupkan Pakcik, mesti nenek bangga dengan pakcik.

Ahhhh jiwa-jiwa pula aku ni. Gambar aku tak ada la plak...adeiiii

Monday, October 24, 2011

Review Blog - Bunga Boutique Collection


Hari ini aku Review satu blog yang diberi nama BUNGA BOUTIQUE COLLECTION. Blog Perniagaan ini menjual lebih dari satu jenis Hijab yang bermacam-macam warna dan corak.

Kepada kaum hawa yang meminati Tudugn-tudung y
ang berwarna-warni ini boleh la melawati laman sesawang BUNGA BOUTIQUE COLLECTION, boleh pilih mana yang korang suka. Korang juga boleh melawati Facebook BUNGA BOUTIQUE COLLECTION korang type je BUNGA BOUTIQUE COLLECTION mesti ada punya.

Sebenarnye aku bukan tahu sangat pasal Tudung-tundung ni. So atas permintaan seorang sahabat aku tunaikan juga walaupun penulisan tidak tentu hala.


Saturday, October 22, 2011

Hujan Dan Kereta


Hujan dan hujan lagi. Hujan merupakan nikmat dan anugerah ALLAH S.W.T yang dengannya Dia memberikan keutamaan kepada siapa yang dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.

Lepas dari solat Jumaat aku dan Syahril aka BeBird pergi ke Space U8 yang terletak di Bukit Jelutung bersebelahan dengan TTDI Jaya Shah Alam. Aku ke sana untuk membuat kerja yang perlu di selesaikan. Sedar-sedar guruh dan petir kuat aku dengar. Naik ke atas sahaja hujan sudah mencurah-curah membasahai bumi ALLAH S.W.T berserta angin kencang yang kuat sekali turun bersama dengan hujan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, beberape kemalangan telah berlaku dan banjir di Plaza Tol Subang di naiki air. Macam-macam sekarang ni.

p/s : Semasa hujan pandu kereta anda dengan berhati, pastikan jarak yang selamat, hidupkan lampu.

label : merapu meraban

Wednesday, October 19, 2011

Kehidupan Hanya Sementara

Alhamdulillah, hari ini hari Rabu, sempat lagi untuk aku melihat keindahan Alam ciptaan ALLAH S.W.T. Mungkin esok lusa nyawa yang telah dipinjamkan ALLAH S.W.T kepada aku diambil balik, siapa tahu. Siapa kita untuk menidakkan Kalam ALLAH S.W.T, siapa kita untuk berkata tidak kepada ALLAH S.W.T, sesungguhnya kita hanyalah hamba, INGAT!!!Sesungguhnya kita adalah hamba. Sebagai seorang HAMBA harus patuh pada TUANNYA!!!.

Beberapa waktu ini aku sering mendengar berkenaan Hukum HUDUD di televisyen, di radio di surat khabar. Ada yang komen baik, ada yang komen kurang enak di baca dan di dengar oleh aku sendiri.

Apa itu Hukum HUDUD


"Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH S.W.T di dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH S.W.T ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH S.W.T, yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH S.W.T/RasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim."

Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

Undang-undang yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T di dalam AL-Quran wajib dilaksanakan. Kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh pada Al-Quran wajib melaksanakan. SIAPA KITA UNTUK BERKATA TUNGGU? dalam melaksanakan Hukum ALLAH S.W.T?

Orang yang menolak Hukum Hudud juga telah menolak Al-Quran sebagai pegangan dalam hidup mereka.

Luahan perasan aku kali ini berkisar mengenai Agama Islam, kerana aku adalah seorang manusia, seorang hamba yang beragama Islam. Sesungguhnya Islam itu Indah. Perjuangan sebagai seorang Islam tidak akan terhenti di sini. ALLAHUAKBAR!!!

Friday, October 14, 2011

Thursday, October 13, 2011

Makan-Makan : Nasi Ayam Belanga

Hari nie aku nak buat review sikit berkaitan dengan Makanan. Mari aku perkenalkan dekat korang semua NASI AYAM BELANGA terbaik dari pasaran Melaka. Sekerang ni tengah meletop-letop kat Melaka.

Menu utama di NASI AYAM BELANGA tak lain dan tak bukan tentulah nasi ayam. Apa yang special tentang NASI AYAM BELANGA ni adalah kesedapan nasi dan kelembutan ayam yang lain dari yang lain. Jujur aku katakan NASI AYAM BELANGAN boleh maju dan terus maju ke hadapan dengan syarat mesti la kena kekalkan momentum kesedapan agar pengunjung yang datang akan datang makan lagi di sana.

Kat bawah ni aku sediakan Peta macam mana nk ke Restoran NASI AYAM BELANGA

Masakan lain juga ada terdapat di Restoran NASI AYAM BELANGA ni bukan semata-mata nasi ayam. Mari kita sama-sama memeriahkan lagi Restoran NASI AYAM BELANGA.


















Sunday, October 9, 2011

RWC2011 : Keputusan Penuh Rugby World Cup 2011

Kepada peminat-peminat Rugby aku update sikit la keputusan penuh Suku Akhir Rugby World Cup 2011 yang berlangsung di New Zealand




Jadual perlawanan Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Oktober 2011


Saturday, October 8, 2011

Sukan : Analisis Perlawanan Persahabatan Malaysia VS Australia

Umum sedia maklum bahawa Pasukan Harimau Malaya tewas pada pasukan Australia dengan jaringan 5 berbalas 0. Sungguh mengecewakan aku sebagai salah seorang dari berjuta peminat Pasukan Harimau Malaya apabila pasukan Negara tewas 0 - 5.

Gol pertama Australia hadir pada seawal minit ke-2 selepas sepak mula di jaringkan oleh Williams. Ini adalah video jaringan pertama Australia



Gol kedua Australia tiba pada minit ke-33 dan penjaringnya adalah Kennedy.



Gol ketiga Australia



Gol Keempat Australia



Gol kelima Australia



Aku menonton keseluruhan perlawanan persahabatan ini, dan boleh juga aku sifatkan Pasukan Harimau Malaya tidak mampu lagi bersaing dengan kuasa-kuasa besar Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Australia. Yang pasti banyak lagi yang perlu dilakukan oleh jurulatih Harimau Malaya Dato K. Rajagopal untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan Harimau Malaya.

Kelemahan yang ada pada pasukan Harimau Malaya adalah di bahagian pertahanan Negara di mana pemain mengambil sikap yang sambil lewa dalam mengawal setiap pergerakan pemain-pemain Australia hingga menyebabkan 5 gol berjaya di tembusi oleh Australia.

Kelemahan yang kedua, strategi bertahan adalah tidak bagus untuk di amalkan kerana akan mengudang bencana. di mana meninggalkan seorang sahaja penyerang di atas menyebabkan pemain yang lain akan pancit untuk membuat counter attack.

Kelemahan ketiga adalah ketumpulan jentera serangan. Jurulatih negara harus memikirkan ramuan yang terbaik untuk menghasil penyerang yang berkualiti dan bertenanga..

Sampai di sini sahaja aku membebel, aku membebel pun bukan ada orang baca pun artikel aku ini...

Friday, October 7, 2011

Youthsays Dan Churp Churp

Youthsays Dan Churp Churp

Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang 2 perkara iaitu CHURP CHURP dan YOUTHSAYS.

YOUTHSAYS dan CHURP CHURP lebih kurang macam Advertising Campaign la. Setiap klik kite boleh dapat dalam RM0.20 hingga RM0.40 macam tu.

Kalau korang nak daftar Youthsays boleh klik
YOUTHSAYS

Klik la nie sekali :

Indie band concert at Taylor's, who's in? Faster RSVP
5 New Malaysia YouTubers have made it to the Stage!
What? Teh Tarik Finder App?
Do you think you have what it takes to be the strongest?
Jalan2 1Perodua 1Malaysia

Saturday, October 1, 2011

Felda Palong 11, Gemas, Negeri Sembilan




Assalamualaikum dan salam sejahtera. PeNgembaraan aku kali ni adalah ke Felda Palong 11. Terletak dalam daerah Gemas dan bernegerikan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kenapa aku ke sana?
Aku ke sana sebab ada event Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Palong 11.

So apa yang ada dengan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti ni?
Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti adalah salah satu program yang dianjurkan oleh pihak SKMM untuk mempromosikan Pusat Jalur Lebar Komuniti yang terdapat di Seluruh Malaysia.

Perjalanan aku dari Taman Equine, Seri Kembangan Selangor ke Felda Palong 11 mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, tak la jauh mana pun.

Aku sebenarnya malas nak membebel kat sini banyak nengok gambar sekeping dua yang aku sempat snap.