Saturday, October 8, 2011

Sukan : Analisis Perlawanan Persahabatan Malaysia VS Australia

Umum sedia maklum bahawa Pasukan Harimau Malaya tewas pada pasukan Australia dengan jaringan 5 berbalas 0. Sungguh mengecewakan aku sebagai salah seorang dari berjuta peminat Pasukan Harimau Malaya apabila pasukan Negara tewas 0 - 5.

Gol pertama Australia hadir pada seawal minit ke-2 selepas sepak mula di jaringkan oleh Williams. Ini adalah video jaringan pertama Australia



Gol kedua Australia tiba pada minit ke-33 dan penjaringnya adalah Kennedy.



Gol ketiga Australia



Gol Keempat Australia



Gol kelima Australia



Aku menonton keseluruhan perlawanan persahabatan ini, dan boleh juga aku sifatkan Pasukan Harimau Malaya tidak mampu lagi bersaing dengan kuasa-kuasa besar Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Australia. Yang pasti banyak lagi yang perlu dilakukan oleh jurulatih Harimau Malaya Dato K. Rajagopal untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan Harimau Malaya.

Kelemahan yang ada pada pasukan Harimau Malaya adalah di bahagian pertahanan Negara di mana pemain mengambil sikap yang sambil lewa dalam mengawal setiap pergerakan pemain-pemain Australia hingga menyebabkan 5 gol berjaya di tembusi oleh Australia.

Kelemahan yang kedua, strategi bertahan adalah tidak bagus untuk di amalkan kerana akan mengudang bencana. di mana meninggalkan seorang sahaja penyerang di atas menyebabkan pemain yang lain akan pancit untuk membuat counter attack.

Kelemahan ketiga adalah ketumpulan jentera serangan. Jurulatih negara harus memikirkan ramuan yang terbaik untuk menghasil penyerang yang berkualiti dan bertenanga..

Sampai di sini sahaja aku membebel, aku membebel pun bukan ada orang baca pun artikel aku ini...

Related Posts

Sukan : Analisis Perlawanan Persahabatan Malaysia VS Australia
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

4 comments

Tulis comments
avatar
October 8, 2011 at 5:37 AM

Hurrmmm... dalam surat kabo punye la eksen boleh menang... kecewa =.='

Reply
avatar
October 8, 2011 at 12:05 PM

surat kabar la katekan...nak lakukan jualan mcm itu la jdinya...

Reply
avatar
October 9, 2011 at 1:17 AM

masih jaoh lgi perjlanan diorng..trlalu bnyak kekurangan sbnarnya...

Reply
avatar
October 9, 2011 at 6:18 PM

Nak analisis ape benda kalau mmg bukan lawan..hermm, bharap pasukan negara akan lebih cemerlang masa akan dtg..

Reply