Sunday, November 20, 2011

Sukan : Final Sukan Sea 2011 Malaysia VS Indonesia

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, teringat nak update pasal semalam Indonesia berjaya mengatasi Vietnam dengan jaringan 2 - 0. Seterusnya memuktamadkan Indonesia akan bertemu dengan Pasukan Negara dalam Final Sukan Sea 2011. Malaysia dengan misi mempertahankan Emas.






Aku dan seluruh rakyat Malaysia berharap Pasukan Harimau Muda akan mempamerkan aksi terbaik supaya dapat menlenyapkan sorakan Garuda di Gelora Bong Karno. Di sini pemain-pemain Harimau Muda harus bijak menyerap tekanan dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.

Di bahagian PERTAHANAN perlu di perkemaskan lagi untuk mengekang penyerang Indonesia yang mempunyai skill dan kawalan bola yang baik untuk menembusi pertahanan pasukan lawan. Elakkan dari melakukan tackle-tackle yang boleh menyebabkan free kick. Itu amat merbahaya untuk Skuad Harimau Muda.

Di bahagian tengah pula harus memikirkan cara untuk membuat lorongan kepada penyerang Harimau untuk meledak gol. Jangan sesekali mengawal bola dengan lemah, ini kerana pemain-pemain Indonesia mempunyai kebolehan dalam larian pantas dan kawalan bola yang agak baik berbanding pasukan Harimau Muda.

Ok yang terakhir sekali adalah bahagian HADAPAN, jika memiliki peluang terus lakukan rembatan-rembatan yang tepat.

Sampai di sini sahaja kekarutan aku.

Saturday, November 19, 2011

Harimau Muda Melangkah Ke Final Sukan Sea 2011


Alhamdulillah, akhirnya Pasukan Harimau Muda (Malaysia) berjaya melangkah ke Final Sukan Sea 2011 Jakarta - Palembang.

Jaringan Harimau Muda di hasilkan pada minit ke-85 melalui Ahmad Fakri setelah beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan oleh penyerang Pasukan Harimau Muda.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swe tidaklah berada di prestasi terbaik. Bukan aku mahu mengutuk, tapi aku melihat beberapa kekurangan yang ada pada Pasukan Harimau Muda atau pun Harimau Malaya iaitu ketiadaan PENYERANG yang betul-betul boleh melakukan penyudah yang sempurna. Kawalan bola yang kurang memuaskan, sehingga membolehkan pihak lawan merampas bola dengan mudah. Lagi satu aku nak mengata sikit, harap badan penyerang kita besar, tapi bila kene body contact hancur.

Di bahagian tengah pula aku melihat kekurangan hantaran-hantaran yang cantik dan kawalan bola yang lemah. Di bahagian pertahanan aku merasakan adalah di tahap yang terbaik sikit je. Pengalaman Muslim, Mahali Jasuli, Ahmad Fazli Shas cukup membantu dalam mempertahankan benteng pertahanan negara.

Setakat ini aku agak berpuas hati dengan persembahan Pasukan Harimau Muda dalam saingan di Temasya Sukan Sea 2011 Jakarta - Palembang pada kali ini. Aku harap Harimau Muda akan meneruskan rentak kemenangan di perlawan Final nanti.

Aku tetap menyokong skuad Bola Sepak Malaysia.

KEPUTUSAN RASMI

MALAYSIA 1 - MYANMAR 0

Friday, November 18, 2011

Harimau Malaya Telah Menunjukkan Taring


Aku sudah agak dengan keputusan antara Malaysia Vs Indonesia semalam. Malaysia berjaya menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia dengan jaringan yang agak tipis 1 - 0. Jaringan pada minit ke 16 hasil daripada hantaran Mahali Jasuli kepada Syahrul Azwari Ibrahim membolehkan pemain itu menjaringkan gol yang menarik.

Beberapa provokasi yang telah penyokong dan Pemain Indonesia lakukan :

  1. Berkelakuan seperti BERUK TERKENA SAWAN BABI apabila Lagu Kebangsaan Malaysia di mainkan.
  2. Ketidak adilan pihak penganjur yang menghalang penyokong Malaysia untuk masuk ke dalam stadium dengan pelbagai alasan pada mulanya.
  3. Lakonan yang cukup mantap dari pemain-pemain Indonesia.
  4. Mutu pengadilan yang kurang memuaskan. Apabila mengarahkan Coach Malaysia meninggalkan padang.
Tetapi walaupun begitu Malaysia tetap menang. Selepas ini Malaysia akan turun menentang Myanmar pada perlawan separuh akhir. Aku berharap pasukan Negara kita akan mempamerkan aksi yang sama seperti menentang Indonesia.

Jom saksikan gol yang dihasilkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit yang ke-16




SYABAS HARIMAU MALAYA!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Sukan : Sudah Bersediakah Malaysia Untuk Menentang Indonesia?

Assalamualaikum, 17 November 2011 Malaysia bakal melengkapkan jadual perlawanan Bola Sepak dalam Kumpulan A. Pasukan Negara bakal berhadapan dengan pasukan Tuan Rumah Indonesia yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari penyokong mereka di Stadium Glora Bong Karno.


Persoalannya, adakah Pasukan Negara kita sudah BERSEDIA?!!!


Harapan yang tinggi diletakkan di atas bahu Pemain-Pemain Negara yang menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar iaitu mempertahankan Pingat EMAS Sukan Sea yang lalu.

Perubahan perlu dilakukan demi memastikan Pasukan Negara berjaya menembusi kubu Indonesia. Tugas yang cukup berat untuk penyerang-penyerang Negara untuk menewaskan pertahanan Indonesia. Tapi aku tetap yakin terhadap Pasukan Negara YAKIN BOLEH!!! walaupun semasa perlawanan menentang Kemboja, Pasukan Negara mempamerkan aksi terburuk.
Pada pendapat aku, pada perlawanan menentang Indonesia, kekuatan mental dan fizikal menjadi faktor yang sangat penting dalam perlawanan itu nanti. Kepadatan penonton yang 99% akan di penuhi oleh penonton-penonton Indonesia akan menyebabkan tekanan pada pasukan Negara harus di telan sebagai satu semangat berjuang menentang yang cukup hebat kite perlu tunjukkan dalam perlawanan itu nanti.

Aku melihat perlawan Indonesia menentang Thailand, di mana muslihat pura-pura sakit sudah menjadi kebiasaan kepada pemain Indonesia yang akan menyebabkan pasukan lawan tertekan.


Jadi nasihat aku untuk Pasukan Negara, berhati-hati, kawal emosi, bermain secara profesional, bermain dengan penuh style. Kejayaan pasti akan datang.

Jangan Lupa Saksikan Perlawanan Antara MALAYSIA vs INDONESIA 17 Nov 2011 jam 8.00 malam.


Sunday, November 13, 2011

Sukan : Malaysia VS Kemboja 5.00 Petang



VS


Sukan Sea telah membuka tirainya secara rasminya. Skuad Bola Sepak Malaysia telah menyenaraikan pemain-pemain terbaik dalam pasukan.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain Malaysia B-23 yang menggalas tugas ke Temasya Sukan Sea 2011 di Jakarta-Palembang.

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi

Pertahanan : Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Ahmad Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi

Tengah : Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusuh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz

Penyerang : Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani

Pemain yang digugurkan : Zamir Selamat, Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Syazwan Zainon, Izuan Salahudin, Aziz Ismail dan K.Rueben.

Pada perlawanan pertama menentang Singapura, Malaysia hanya mampu seri tanpa jaringan yang bertempat di Stadium Glora Bong Karno.

Pada perlawanan kedua pula menentang Thailand, Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan yang tipis 2-1. Permainan yang ditunjukkan oleh Pasukan Negara kita sungguh memberangsangkan. Dengan taktikal yang boleh dikatakan menjadi, cume di bahagian pertahanan perlu di mantapkan lagi dan juga bahagian serangan perlu menajamkan lagi penyudah untuk menjaringkan gol. (itu pendapat aku la).

Ok, untuk hari ini kita akan menyaksikan perlawan antara Malaysia VS Kemboja yang akan dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang ini. So, aku ingin mengajak rakan-rakan semua untuk menyokong padu walaupun kita tak ada kat stadium. Ayuh Malaysia.



Thursday, November 10, 2011

Header Baru PeNgembara


Apa kata korang berkenaan dengan header baru PeNgembara? Aku nak korang semua komen sikit leh x?

Kutukan membina diterima pakai untuk masa hadapan. hehehe


Apa kata Korang? Kalau korang suke korang like dan komen ye.


Tuesday, November 8, 2011

Gangguan Di Dalam Talian

Gangguan Di Dalam Talian

Sudah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Ok, hari ini aku nk bagitahu internet sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita untuk bekerja, bermain dan belajar, tetapi kita mesti berhati-hati dengan siapa dan apa kita berkomunikasi.

Beberapa Tips Untuk Mengelakkan Daripada Diekori Dan Diganggu Dalam Internet

Jangan beri respon kepada mesej yang meminta maklumat anda
  1. Pilih nama gelaran tanpa jantina semasa berborak
  2. Jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia untuk menghadapi bahaya
  3. Simpan mesej yang menggangu atau mengugut anda dan laporkan kepada MyCERT di laman web MyCERT
  4. Lakukan carian diri anda sendiri dengan menggunakan enjin pencari untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak diposkan oleh orang lain
  5. Jika situasi menjadi kurang selamat, log keluar dari layari internet di tempat lain
Perisian P2P : Perkongsian & Muat Turun Fail

Perkongsian fail atau Peer-toPeer (P2P) adalah rangkaian komputer dikongfigurasikan untuk membolehkan fail atau folder tertentu dikongsi dengan orang lain atau dengan pengguna tertentu.

Tips Untuk Keperluan anda bagi berhati-hati semasa berkongsi atau muat turun menggunakan P2P :
  1. Memuat turun muzik, video, buku elektronik, poster, imej tanpa kebenaran adalah salah. Pastikan ianya adalah percuma sebelum dimuat turun.
  2. Berhati-hati kerana fail yang dimuat turun mungkin mengandungi foto atau video yang tidak sepatutnya.
  3. Perisian P2P menggunakan capaian fail dalam komputer anda yang boleh mencapai maklumat peribadi anda dan memaparkan iklan yang menggangu.
  4. Elak berkongsi fail anda dan jangan terima sebarang tawaran untuk memasang perisian pada komputer anda.
  5. Perisian P2P yang anda muat turun dan instal mungkin mengandungi malware atau virus atau spyware.
  6. Minta nasihat ibu bapa atau guru berkaitan etika penggunaan internet dan isu hakcipta jika anda tidak pasti

Saturday, November 5, 2011

Proton Inspira Versi R3 Kini Dibuka Tempahan



Terbaik dari Proton, Kini dengan Kemunculan Inspira R3 dengan harga yang aku dengarr sekitar RM78,999 je? Apa pun kita tunggu kemunculan Proton Inspira R3 yang bakal di umumkan tak lama lagi.

Korang mesti nak nengok bagaimana rupa bentuk Inspira R3 kan.

Mungkin macam nie kot...

Gambar Ehsan dari Pakcik Google.com

Thursday, November 3, 2011

Tips Untuk Keselamatan Rangkaian Sosial

Hari ni aku rasa aku macam nak kongsi-kongsi beberapa tips-tips yang agak berguna kepada semua manusia yang menggunakan Laman Sosial.

  1. Janganlah korang dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi dalam ruangan "Your Profile" tu.
  2. Berhati-hati bila korang berkomunikasi dengan makhluk Tuhan yang korang tak berape nak kenal.
  3. Bila nak approve seseorang tu biarla kita kenal orang tu. Tak banyak kenal, kenal sikit pun ok juga (hehehe).
  4. Lepas tu korang buang je la mesej yang menulis komen yang tak senonoh tu.
  5. Jangan pula korang pos kat wall korang pasal kawan-kawan korang, ini juga boleh membahayakan kawan-kawan korang tu.
  6. Yang paling penting sekali adalah, periksa perundangan mengenai rangkaian sosial seperti Friendster, Facebook, Myspace sebelum menggunakannya untuk berkawan, mencari awek, mencari isteri, mencari-cari ke apa ke.
  7. Korang kena ingat, setiap yang korang pos kat wall korang tu bukannya selamat sangat pun. Boleh je aku copy paste nanti. (mcm pernah buat je kan).

Ok, yang ni pula aku nak kongsi beberape TIPS KESELAMATAN UNTUK KORANG IKUT SEMASA BLOGGING ATAU BERCHATTING.

  1. Pilih nama gelaran atau dalam erti kata lain "Nickname" yang orang lain tak kenal. (kalau chatting dengan kawan tu bagi tau la kan)
  2. Korang kena baca dulu undang-undang sebelum memblogging atau berchatting.
  3. Korang jangan suka-suka kongsi maklumat peribadi semasa bercahtting atau memblogging.
  4. Jangan korang pos gambar SEKSI korang lak. Bahaya tu.
  5. Ni lagi satu, korang kalau tak kenal dengan siapa korang berchating tu jangan lak pergi jumpa semberono, buruk akibatnya.
  6. Kalau korang nak juga berdating dengan rakan chatting korang, aku bagi satu tips yang berguna aku rasa korang semua dah tau kot. Korang jumpa kat kawasan yang ramai orang dan terbuka jangan tertutup lak. Bahaya!!!.

Wednesday, November 2, 2011

Gambar : Macam Ni Pun Boleh

Dalam aku sibuk melayan-layan perasaan, terpandang aku pada inbox email aku. Seorang Hamba ALLAH menghantar beberape keping gambar yang agak nak tergelak dan agak memikirkan ada juga macam ni kat dunia yang serba canggih ni.

Jom layan kejap

 Sekali pandang macam rupa ayam tapi sabut kepala daa

 Macam ni pun boleh dibawa nya

 Ni lagi hebat kerana naik bas

 Tumpang secara free

Macam mana nak naik tangga nie?

Abang saya nak tompang leh x?

So apa plan korang pada Hari Raya Aidilahda yang akan datang nie?

Tuesday, November 1, 2011

Review - Kumpulan Nasyid Access (xccess)

Setelah kepenatan aku berada di perantauan selamat 5 hari berada di Negeri Johor (Labis), akhirnya kembali juga aku ke rumah sewa yang terletak di salah sebuah daerah di Negeri Selangor. (hehehe). Sampai di ofis aku telah diberitahu oleh bos aku untuk aku bersiap sedia ke CBC Felda Lasah, Sungai Siput Utara, Perak esok 1 November 2011. Fuh...Penat belum hilang dah kena keluar lagi. Tak apa, itu lah yang dinamakan kerja.

Ok, penat sudah membebel sekarang tugas untuk aku pada malam-malam buta macam ini adalah untuk membuat review pula. Sekarang ini mood aku asyik nak review je, tak kisah lah blogger ke, blog ke, artis ke, kumpulan muzik ke, kumpulan nasyid ke, yang penting namanya review.

Di beri nama Access (xccess) telah ditubuhkan sejak tahun 1996 lagi. Pada waktu itu mereka dikenali dengan nama Al-Nur Sabil. Kemudian mereka menukar nama kepada Insaff pada tahun 2003 dan setelah dijenamakan semula kini kumpulan ini yang dianggotai oleh 4 orang anak muda Johor iaitu Jas, Mazhan, Usaid, dan Hairul dikenali dengan nama Access (xccess). Di bawah terbitan Arteffects Production (Hafiz Hamidun). Kumpulan Nasyid Access (xccess) ini berkonsepkan free pop.

Single pertama Kumpulan Nasyid Access (xccess) ini adalah Erti Janji feat Hafiz Hamidun. Kalau korang semua nak dengar boleh la dengar kat bawah ni



Dan kalau korang semua nak melawat-lawat ke Facebook Access (xccess) boleh je klik like sekali pastu korang share la kat kawan korang semua ya.





Dekat bawah ini adalah gambar cute Anggota Kumpulan Access (xccess)

Jas Xccess

Mazhan Xccess

Hairul Xccess

Usaid Xccess

Ok, sekarang masa untuk blogwalking...