Tuesday, November 8, 2011

Gangguan Di Dalam Talian

Sudah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Ok, hari ini aku nk bagitahu internet sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita untuk bekerja, bermain dan belajar, tetapi kita mesti berhati-hati dengan siapa dan apa kita berkomunikasi.

Beberapa Tips Untuk Mengelakkan Daripada Diekori Dan Diganggu Dalam Internet

Jangan beri respon kepada mesej yang meminta maklumat anda
  1. Pilih nama gelaran tanpa jantina semasa berborak
  2. Jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia untuk menghadapi bahaya
  3. Simpan mesej yang menggangu atau mengugut anda dan laporkan kepada MyCERT di laman web MyCERT
  4. Lakukan carian diri anda sendiri dengan menggunakan enjin pencari untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak diposkan oleh orang lain
  5. Jika situasi menjadi kurang selamat, log keluar dari layari internet di tempat lain
Perisian P2P : Perkongsian & Muat Turun Fail

Perkongsian fail atau Peer-toPeer (P2P) adalah rangkaian komputer dikongfigurasikan untuk membolehkan fail atau folder tertentu dikongsi dengan orang lain atau dengan pengguna tertentu.

Tips Untuk Keperluan anda bagi berhati-hati semasa berkongsi atau muat turun menggunakan P2P :
  1. Memuat turun muzik, video, buku elektronik, poster, imej tanpa kebenaran adalah salah. Pastikan ianya adalah percuma sebelum dimuat turun.
  2. Berhati-hati kerana fail yang dimuat turun mungkin mengandungi foto atau video yang tidak sepatutnya.
  3. Perisian P2P menggunakan capaian fail dalam komputer anda yang boleh mencapai maklumat peribadi anda dan memaparkan iklan yang menggangu.
  4. Elak berkongsi fail anda dan jangan terima sebarang tawaran untuk memasang perisian pada komputer anda.
  5. Perisian P2P yang anda muat turun dan instal mungkin mengandungi malware atau virus atau spyware.
  6. Minta nasihat ibu bapa atau guru berkaitan etika penggunaan internet dan isu hakcipta jika anda tidak pasti

Related Posts

Gangguan Di Dalam Talian
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.