Saturday, November 19, 2011

Harimau Muda Melangkah Ke Final Sukan Sea 2011


Alhamdulillah, akhirnya Pasukan Harimau Muda (Malaysia) berjaya melangkah ke Final Sukan Sea 2011 Jakarta - Palembang.

Jaringan Harimau Muda di hasilkan pada minit ke-85 melalui Ahmad Fakri setelah beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan oleh penyerang Pasukan Harimau Muda.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swe tidaklah berada di prestasi terbaik. Bukan aku mahu mengutuk, tapi aku melihat beberapa kekurangan yang ada pada Pasukan Harimau Muda atau pun Harimau Malaya iaitu ketiadaan PENYERANG yang betul-betul boleh melakukan penyudah yang sempurna. Kawalan bola yang kurang memuaskan, sehingga membolehkan pihak lawan merampas bola dengan mudah. Lagi satu aku nak mengata sikit, harap badan penyerang kita besar, tapi bila kene body contact hancur.

Di bahagian tengah pula aku melihat kekurangan hantaran-hantaran yang cantik dan kawalan bola yang lemah. Di bahagian pertahanan aku merasakan adalah di tahap yang terbaik sikit je. Pengalaman Muslim, Mahali Jasuli, Ahmad Fazli Shas cukup membantu dalam mempertahankan benteng pertahanan negara.

Setakat ini aku agak berpuas hati dengan persembahan Pasukan Harimau Muda dalam saingan di Temasya Sukan Sea 2011 Jakarta - Palembang pada kali ini. Aku harap Harimau Muda akan meneruskan rentak kemenangan di perlawan Final nanti.

Aku tetap menyokong skuad Bola Sepak Malaysia.

KEPUTUSAN RASMI

MALAYSIA 1 - MYANMAR 0

Related Posts

Harimau Muda Melangkah Ke Final Sukan Sea 2011
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.