Tuesday, November 1, 2011

Review - Kumpulan Nasyid Access (xccess)

Setelah kepenatan aku berada di perantauan selamat 5 hari berada di Negeri Johor (Labis), akhirnya kembali juga aku ke rumah sewa yang terletak di salah sebuah daerah di Negeri Selangor. (hehehe). Sampai di ofis aku telah diberitahu oleh bos aku untuk aku bersiap sedia ke CBC Felda Lasah, Sungai Siput Utara, Perak esok 1 November 2011. Fuh...Penat belum hilang dah kena keluar lagi. Tak apa, itu lah yang dinamakan kerja.

Ok, penat sudah membebel sekarang tugas untuk aku pada malam-malam buta macam ini adalah untuk membuat review pula. Sekarang ini mood aku asyik nak review je, tak kisah lah blogger ke, blog ke, artis ke, kumpulan muzik ke, kumpulan nasyid ke, yang penting namanya review.

Di beri nama Access (xccess) telah ditubuhkan sejak tahun 1996 lagi. Pada waktu itu mereka dikenali dengan nama Al-Nur Sabil. Kemudian mereka menukar nama kepada Insaff pada tahun 2003 dan setelah dijenamakan semula kini kumpulan ini yang dianggotai oleh 4 orang anak muda Johor iaitu Jas, Mazhan, Usaid, dan Hairul dikenali dengan nama Access (xccess). Di bawah terbitan Arteffects Production (Hafiz Hamidun). Kumpulan Nasyid Access (xccess) ini berkonsepkan free pop.

Single pertama Kumpulan Nasyid Access (xccess) ini adalah Erti Janji feat Hafiz Hamidun. Kalau korang semua nak dengar boleh la dengar kat bawah ni



Dan kalau korang semua nak melawat-lawat ke Facebook Access (xccess) boleh je klik like sekali pastu korang share la kat kawan korang semua ya.





Dekat bawah ini adalah gambar cute Anggota Kumpulan Access (xccess)

Jas Xccess

Mazhan Xccess

Hairul Xccess

Usaid Xccess

Ok, sekarang masa untuk blogwalking...




Related Posts

Review - Kumpulan Nasyid Access (xccess)
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

3 comments

Tulis comments
avatar
November 1, 2011 at 5:54 PM

hmm, kumpulan Nasyid bagus ni, nape aku tak pernah dengar lak yer..hoho

Reply
avatar
November 2, 2011 at 8:17 AM

tulah... x pernah dengar ni... jom sebarkan.. sedap2 lagu deorang

Reply
avatar
December 19, 2011 at 9:45 AM

beli album diorg cnfirm puas hati...sebar sebar jgn x sebar...

Reply