Sunday, November 20, 2011

Sukan : Final Sukan Sea 2011 Malaysia VS Indonesia

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, teringat nak update pasal semalam Indonesia berjaya mengatasi Vietnam dengan jaringan 2 - 0. Seterusnya memuktamadkan Indonesia akan bertemu dengan Pasukan Negara dalam Final Sukan Sea 2011. Malaysia dengan misi mempertahankan Emas.






Aku dan seluruh rakyat Malaysia berharap Pasukan Harimau Muda akan mempamerkan aksi terbaik supaya dapat menlenyapkan sorakan Garuda di Gelora Bong Karno. Di sini pemain-pemain Harimau Muda harus bijak menyerap tekanan dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.

Di bahagian PERTAHANAN perlu di perkemaskan lagi untuk mengekang penyerang Indonesia yang mempunyai skill dan kawalan bola yang baik untuk menembusi pertahanan pasukan lawan. Elakkan dari melakukan tackle-tackle yang boleh menyebabkan free kick. Itu amat merbahaya untuk Skuad Harimau Muda.

Di bahagian tengah pula harus memikirkan cara untuk membuat lorongan kepada penyerang Harimau untuk meledak gol. Jangan sesekali mengawal bola dengan lemah, ini kerana pemain-pemain Indonesia mempunyai kebolehan dalam larian pantas dan kawalan bola yang agak baik berbanding pasukan Harimau Muda.

Ok yang terakhir sekali adalah bahagian HADAPAN, jika memiliki peluang terus lakukan rembatan-rembatan yang tepat.

Sampai di sini sahaja kekarutan aku.

Related Posts

Sukan : Final Sukan Sea 2011 Malaysia VS Indonesia
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
November 28, 2011 at 4:27 PM

sana sini cerita bola ...salam kenal =)

Reply