Sunday, November 13, 2011

Sukan : Malaysia VS Kemboja 5.00 Petang



VS


Sukan Sea telah membuka tirainya secara rasminya. Skuad Bola Sepak Malaysia telah menyenaraikan pemain-pemain terbaik dalam pasukan.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain Malaysia B-23 yang menggalas tugas ke Temasya Sukan Sea 2011 di Jakarta-Palembang.

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi

Pertahanan : Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Ahmad Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi

Tengah : Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusuh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz

Penyerang : Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani

Pemain yang digugurkan : Zamir Selamat, Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Syazwan Zainon, Izuan Salahudin, Aziz Ismail dan K.Rueben.

Pada perlawanan pertama menentang Singapura, Malaysia hanya mampu seri tanpa jaringan yang bertempat di Stadium Glora Bong Karno.

Pada perlawanan kedua pula menentang Thailand, Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan yang tipis 2-1. Permainan yang ditunjukkan oleh Pasukan Negara kita sungguh memberangsangkan. Dengan taktikal yang boleh dikatakan menjadi, cume di bahagian pertahanan perlu di mantapkan lagi dan juga bahagian serangan perlu menajamkan lagi penyudah untuk menjaringkan gol. (itu pendapat aku la).

Ok, untuk hari ini kita akan menyaksikan perlawan antara Malaysia VS Kemboja yang akan dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang ini. So, aku ingin mengajak rakan-rakan semua untuk menyokong padu walaupun kita tak ada kat stadium. Ayuh Malaysia.



Related Posts

Sukan : Malaysia VS Kemboja 5.00 Petang
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.