Tuesday, November 15, 2011

Sukan : Sudah Bersediakah Malaysia Untuk Menentang Indonesia?

Assalamualaikum, 17 November 2011 Malaysia bakal melengkapkan jadual perlawanan Bola Sepak dalam Kumpulan A. Pasukan Negara bakal berhadapan dengan pasukan Tuan Rumah Indonesia yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari penyokong mereka di Stadium Glora Bong Karno.


Persoalannya, adakah Pasukan Negara kita sudah BERSEDIA?!!!


Harapan yang tinggi diletakkan di atas bahu Pemain-Pemain Negara yang menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar iaitu mempertahankan Pingat EMAS Sukan Sea yang lalu.

Perubahan perlu dilakukan demi memastikan Pasukan Negara berjaya menembusi kubu Indonesia. Tugas yang cukup berat untuk penyerang-penyerang Negara untuk menewaskan pertahanan Indonesia. Tapi aku tetap yakin terhadap Pasukan Negara YAKIN BOLEH!!! walaupun semasa perlawanan menentang Kemboja, Pasukan Negara mempamerkan aksi terburuk.
Pada pendapat aku, pada perlawanan menentang Indonesia, kekuatan mental dan fizikal menjadi faktor yang sangat penting dalam perlawanan itu nanti. Kepadatan penonton yang 99% akan di penuhi oleh penonton-penonton Indonesia akan menyebabkan tekanan pada pasukan Negara harus di telan sebagai satu semangat berjuang menentang yang cukup hebat kite perlu tunjukkan dalam perlawanan itu nanti.

Aku melihat perlawan Indonesia menentang Thailand, di mana muslihat pura-pura sakit sudah menjadi kebiasaan kepada pemain Indonesia yang akan menyebabkan pasukan lawan tertekan.


Jadi nasihat aku untuk Pasukan Negara, berhati-hati, kawal emosi, bermain secara profesional, bermain dengan penuh style. Kejayaan pasti akan datang.

Jangan Lupa Saksikan Perlawanan Antara MALAYSIA vs INDONESIA 17 Nov 2011 jam 8.00 malam.


Related Posts

Sukan : Sudah Bersediakah Malaysia Untuk Menentang Indonesia?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.