Thursday, November 3, 2011

Tips Untuk Keselamatan Rangkaian Sosial

Hari ni aku rasa aku macam nak kongsi-kongsi beberapa tips-tips yang agak berguna kepada semua manusia yang menggunakan Laman Sosial.

  1. Janganlah korang dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi dalam ruangan "Your Profile" tu.
  2. Berhati-hati bila korang berkomunikasi dengan makhluk Tuhan yang korang tak berape nak kenal.
  3. Bila nak approve seseorang tu biarla kita kenal orang tu. Tak banyak kenal, kenal sikit pun ok juga (hehehe).
  4. Lepas tu korang buang je la mesej yang menulis komen yang tak senonoh tu.
  5. Jangan pula korang pos kat wall korang pasal kawan-kawan korang, ini juga boleh membahayakan kawan-kawan korang tu.
  6. Yang paling penting sekali adalah, periksa perundangan mengenai rangkaian sosial seperti Friendster, Facebook, Myspace sebelum menggunakannya untuk berkawan, mencari awek, mencari isteri, mencari-cari ke apa ke.
  7. Korang kena ingat, setiap yang korang pos kat wall korang tu bukannya selamat sangat pun. Boleh je aku copy paste nanti. (mcm pernah buat je kan).

Ok, yang ni pula aku nak kongsi beberape TIPS KESELAMATAN UNTUK KORANG IKUT SEMASA BLOGGING ATAU BERCHATTING.

  1. Pilih nama gelaran atau dalam erti kata lain "Nickname" yang orang lain tak kenal. (kalau chatting dengan kawan tu bagi tau la kan)
  2. Korang kena baca dulu undang-undang sebelum memblogging atau berchatting.
  3. Korang jangan suka-suka kongsi maklumat peribadi semasa bercahtting atau memblogging.
  4. Jangan korang pos gambar SEKSI korang lak. Bahaya tu.
  5. Ni lagi satu, korang kalau tak kenal dengan siapa korang berchating tu jangan lak pergi jumpa semberono, buruk akibatnya.
  6. Kalau korang nak juga berdating dengan rakan chatting korang, aku bagi satu tips yang berguna aku rasa korang semua dah tau kot. Korang jumpa kat kawasan yang ramai orang dan terbuka jangan tertutup lak. Bahaya!!!.

Related Posts

Tips Untuk Keselamatan Rangkaian Sosial
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.