Sunday, February 26, 2012

Contentio Ratio Berdasarkan ADSL

Contentio Ratio Berdasarkan ADSL

Tutorial ini berkenaan dengan ADSL / ADSL2

Sebagai pengguna kita harus sedar, talian ADSL produk yang dijual oleh ISP adalah perkhidmatan perkongsian yang menegaskan sama ada 20:01 atau 50:1 atau lebih 'Contention Ratio'. Orang menjadi sangat keliru tentang apa itu Contention Ratio.

Cold hard fact:
The word Contention means to "To compete in order to win something". dalam bahasa melayu adalah Persaingan untuk memenangi sesuatu.

Lanjutan daripada itu, di sini ianya bermaksud bila anda menggunakan teknologi sambungan ADSL, anda bersaing dengan pengguna lain yang berada di kawasan anda untuk mendapat beberapa aspek dalam servis yg diberikan.

sebagai contoh, jika pembekal anda memberikan servis ADSL 50:1 kepada kawasan anda, ini bermakna anda bersaing dengan 49 lagi pengguna atau sambungan untuk mendapatkan sepenuhnya 512kb, 1Mb atau 2Mb servis yang anda langgan.

ini adalah secara asas konsep contention ratio. Mungkin pada tahap ini, ada lagi yang keliru atau ada yang beranggapan baik. Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita tengok dengan lebih detail lagi macamana sambungan ADSL melangkaui rangkaian daripada premis anda kepada ISP yg dipilih. Mungkin penerangan ini membolehkan anda memahaminya dengan lebih dalam mengenai ADSL contention yang di sebut oleh ISP.

#1 - Talian telefon anda

talian anda di sambungkan kepada peralatan DSLAM pembekal dan ditempatkan di 'EXCHANGE' yang mana direka untuk menangani penerimaan signal ADSL. kemudian ianya di tukarkan kepada sesuatu yang lebih difahami dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh di dalam rangkain ISP.

pada tahap ini tiada lagi 'contention' dan setiap talian akan bersambung kepada setiap 'port' pada DSLAM. Dengan Kata lain, 'contention' skrg ni adalah 1:1 atau satu talian kepada satu port.

#2 - Penyambungan 'exchange' kepada ISP POP (Point of Presence)
Di sini lah bermulanya permainan 'Contention'
Data anda dan pengguna yang lain di hantar kepada rangkaian ATM ISP menggunakan talian utama yang di sambungkan kepada exchange.
Saiz Exchange bergantung kepada ramai penduduk biasanya di gunakan istilah 50:1 jika ada 50 pelanggan termasuk pelanggan dari sektor perniagaan ataupon rumah-rumah ataupon sambungan2 yang sedia ada yang menggunakan servis talian di 'Exchange' ini. Kesemuanya adalah untuk memastikan saiz sambungan yang diperlukan di sini.

Ramai pengguna mengandaikan jika 50 pengguna berkongsi bandwidth, ini bermakna 50 pengguna ini bersambung pada 512kb talian utama jika exchange ini menggunakan istilah 50:1. ini adalah tidak benar dan jika ianya benar maka ini adalah peluang yg paling ekstrem bagi salah seorang pengguna untuk dpt penyambungan sepenuhnya kepada talian utama 512Kbps meninggalkan pengguna lain yang masih lagi merangkak untuk masuk ke talian utama. Lagipon kemungkinan besar ISP memasang talian utama 4Mbps pada exchange daripada POP kepada exchange mungkin lebih. Kita mengandaikan 4Mbps sahaja skrg ini. seperti yg dinyatakan diatas size dan jenis akan ditentukan bergantung pada exchange tersebut. Pengiraan diperlukan disini untuk menetukan apa yang berlaku. Skrg ini kita mengandaikan sebagai contoh penyambungan bagi satu Rumah ialah 512kb/s 50:1 IP Stream.

Pertama sekali, mari tukarkan 4Mb kepada Kb:-
1Mb/s = 1024Kb/s
4Mb/s =4*1024 kb/2 = 4096Kb/s

seterusnya, berapa banyak 512Kb/s talian ADSL sepatutnya diberi:-
4096Kb/s / 512 Kb/s = 8

Ini bermakna hanya 8 pelanggan / pengguna sahaja yang patut diberikan 'contention ratio' 1:1 iaitu 512Kb/s sepenuhnya, sebagai contoh pengguna lain tidak akan memberikan kesan kepada kelajuan pengguna lain.

Disebabkan kerana ini adalah 'contention ratio' 50:1, berikut adalah pengiraanya:-
50:1 * 8 = 400

Boleh dikatakan disini sehingga 400 pengguna / pelanggan berkongsi satu talian utama 4Mb/s dan jika pelanggan menggunakan talian ADSL secara serentak makan dengan ini setiap pelanggan mendapat 10.24Kb/s. tetapi akan ada dalam satu masa jika pengguna tidak menggunakan talian ADSL secara serentak, 8 daripadanya berpeluang akan dapat 512Kb/s sepenuhnya.

begituah secara dasarnya pengiraan bandwidth ADSL. Sekarang ni ISP perkenalkan banyak cara untuk mencampurkan akaun 20:1 dan 50:1 akaun contention ratio. kemungkinan ISP akan membahagikan kepada 2 jenis berdasarkan 4Mb/s, sebagai contoh:-

200 pengguna menggunakan akaun 512Kb/s akan menggunakan setengah bandwidth (2Mb/s) drp talian Utama 4 Mb/s
100 pengguna menggunakan akaun 1Mb/s akan menggunakan setengah bandwidth (2Mb/s)drp talian Utama 4 Mb/s

keseluruhannya ialah 300 pengguna, dan masih lagi mengekalkan paras 'contention ratio' 50:1. Boleh dikatakan senario paling teruk ialah pengguna akan mendapati kelajuan menurun kepada paras yang tertentu, kerana produk ini dijual berdasarkan contention, ISP tidak berkewajiban untuk memperbaikinya jika kelajuan berada di paras rendah.

Di bawah adalah produk yang ada dibawah IP Stream dan paling kurang yang anda boleh lihat berkaitan dengan 'contention':-


512Kb/s 50:1 = 10.24Kb/s (1.28KB/s)


1Mb/s 50:1 = 20.48Kb/s (2.56KB/s)


512Kb/s 20:1 = 25.6Kb/s (3.2KB/s)


1Mb/s 20:1 = 51.2Kb/s (6.4KB/s)


2Mb/s 20:1 = 102.4Kb/s (12.8KB/s)

Saturday, February 25, 2012

Apa Itu Ubuntu?

Assalamualaikum w.b.t


Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ini ialah, ianya Percuma!!! Anda bebas menggunakannya dimana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan. Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber Open Source.

Jangan tidak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti persisian Microsoft Window yang memerlukan anda membayar lesen. Sesungguhnya Ubuntu tidak kebal, namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat memasuki ke dalam sistem Ubuntu.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang anda akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan (server).

Dengan Aplikaso Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja unuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Untuk anda mendownload Installer Ubuntu boleh la klik ini DOWNLOAD UBUNTU secara percuma sahaja. Ejoy using Ubuntu.

Monday, February 20, 2012

SSL ( Secure Socket Layer )

Assalamualaikum w.b.t



Apa yang dimaksudkan dengan SSL ( Secure Socket Layer )?

Aku pasti ramai pengguna internet yang tahu mengenai SSL ini. Biasanya SSL ini digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat peribadi seperti online banking.


Merujuk imej di atas. Di mana A memasukkan Username/email/password pada web yang menggunakan SSL ini. Sebelum sampai ke sever, maklumat yang diisikan tadi telah di encrypt supada pengodam tidak boleh mencuri data yang anda telah hantar ke sever.

Maklumat anda tadi telah di encrypt menjadi kod yang pelik seperti imej di atas. Jika ada pengodam di situ sekali pun, ia akan mendapat maklumat yang telah di encrypt. Maka data anda selamat di situ. Apabila sampai ke server (B). Maklumat anda itu di decrypt untuk diserasikan dengan maklumat anda pada sever. Jika betul anda boleh terus masuk ke dalam akaun anda.


Saturday, February 18, 2012

Punca Talian Internet Menjadi Slow

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog PeNgembara. Aku dah lama tak update di sebabkan kemalasan yang tahap melampaui batas-batas kerajinan.

Ok, di pagi yang indah ini, aku ingin berkongsi beberapa ilmu yang tak seberapa ini kepada korang semua. Maklumlah aku masih dalam proses pembelajaran lagi dalam bidang Networking ni.



Ramai pengguna Internet di Negara Malaysia ini yang mengalami masalah kelembapan dalam menggunakan Talian Internet tak kira di pejabat ataupun di rumah. Antara punca masalah ini adalah dari faktor fizikal dan semula jadi.


Aku nak berkongsi sedikit berkenaan ilmu-ilmu yang aku ada kat korang semua. Antara puncanya adalah :

1. Korang melanggan pakej yang paling rendah.
2. PC/Laptop/Netbook/Handphone sudah ketinggalan zaman ( jangan marah ye ).
3. Ada noise pada talian korang.
4. Jarak di antara Cabinet ISP ( Internet Servis Provider TM, Maxis, Digi, dll ) melebihi 5 kilo meter ( utk copper wired ).
5. Firewall pada PC/Laptop/Netbook selalunya akan menggangu kelancaran Internet.
6. Antivirus.
7. Peak Hour ( Kebiasaannya berlaku pada waktu pejabat )

Ok 7 punca diatas merupakan faktor yang boleh menyebabkan kelancaran Internet menjadi lembab dan boleh mendatangkan kemarahan kepada pengguna. Jika ada kesilapan bolehlah korang mengkomen kat ruangan komen di bawah ye...

*Ilmu yang kita ada adalah untuk di kongsikan dan bukan untuk diragakan
*Biar bodoh tapi bertanya, jangan bodoh buat-buat pandai!!
*Siapa makan cili...Sendiri mau ingat ar
Sekian dahulu dari atas katil aku yang empuk ni, siap sedia untuk esok dan teruskan mengomen.



Tuesday, February 14, 2012

FATWA HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH

FATWA HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :

"Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut."

والله أعلم بالصواب


NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

Sunday, February 12, 2012

Projek RnD Bomb Sticker

Assalamualaikum w.b.t

aku hanya nak berkongsikan beberape keping gambar Viva aku yang aku telah RnD dengan menggunakan Sticker Bomb ini.







Ok, buat masa sekarang nie itu sahaja yang aku nak tunjukkan kat korang semua. Sticker Bomb ini boleh di tempel pada Talifon Bimbit, Laptop, Netbook dan apa sahaja barang yang korang rasa korang nak tampal bolehkan aje...

* UNTUK TEMPAHAN STICKER INI BOLEH LA KOMEN DI BAWAH CARA2 NAK ORDER MCM MANE YE...


Sunday, February 5, 2012