Saturday, February 25, 2012

Apa Itu Ubuntu?

Assalamualaikum w.b.t


Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ini ialah, ianya Percuma!!! Anda bebas menggunakannya dimana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan. Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber Open Source.

Jangan tidak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti persisian Microsoft Window yang memerlukan anda membayar lesen. Sesungguhnya Ubuntu tidak kebal, namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat memasuki ke dalam sistem Ubuntu.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang anda akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan (server).

Dengan Aplikaso Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja unuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Untuk anda mendownload Installer Ubuntu boleh la klik ini DOWNLOAD UBUNTU secara percuma sahaja. Ejoy using Ubuntu.

Related Posts

Apa Itu Ubuntu?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.