Sunday, February 26, 2012

Contentio Ratio Berdasarkan ADSL

Tutorial ini berkenaan dengan ADSL / ADSL2

Sebagai pengguna kita harus sedar, talian ADSL produk yang dijual oleh ISP adalah perkhidmatan perkongsian yang menegaskan sama ada 20:01 atau 50:1 atau lebih 'Contention Ratio'. Orang menjadi sangat keliru tentang apa itu Contention Ratio.

Cold hard fact:
The word Contention means to "To compete in order to win something". dalam bahasa melayu adalah Persaingan untuk memenangi sesuatu.

Lanjutan daripada itu, di sini ianya bermaksud bila anda menggunakan teknologi sambungan ADSL, anda bersaing dengan pengguna lain yang berada di kawasan anda untuk mendapat beberapa aspek dalam servis yg diberikan.

sebagai contoh, jika pembekal anda memberikan servis ADSL 50:1 kepada kawasan anda, ini bermakna anda bersaing dengan 49 lagi pengguna atau sambungan untuk mendapatkan sepenuhnya 512kb, 1Mb atau 2Mb servis yang anda langgan.

ini adalah secara asas konsep contention ratio. Mungkin pada tahap ini, ada lagi yang keliru atau ada yang beranggapan baik. Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita tengok dengan lebih detail lagi macamana sambungan ADSL melangkaui rangkaian daripada premis anda kepada ISP yg dipilih. Mungkin penerangan ini membolehkan anda memahaminya dengan lebih dalam mengenai ADSL contention yang di sebut oleh ISP.

#1 - Talian telefon anda

talian anda di sambungkan kepada peralatan DSLAM pembekal dan ditempatkan di 'EXCHANGE' yang mana direka untuk menangani penerimaan signal ADSL. kemudian ianya di tukarkan kepada sesuatu yang lebih difahami dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh di dalam rangkain ISP.

pada tahap ini tiada lagi 'contention' dan setiap talian akan bersambung kepada setiap 'port' pada DSLAM. Dengan Kata lain, 'contention' skrg ni adalah 1:1 atau satu talian kepada satu port.

#2 - Penyambungan 'exchange' kepada ISP POP (Point of Presence)
Di sini lah bermulanya permainan 'Contention'
Data anda dan pengguna yang lain di hantar kepada rangkaian ATM ISP menggunakan talian utama yang di sambungkan kepada exchange.
Saiz Exchange bergantung kepada ramai penduduk biasanya di gunakan istilah 50:1 jika ada 50 pelanggan termasuk pelanggan dari sektor perniagaan ataupon rumah-rumah ataupon sambungan2 yang sedia ada yang menggunakan servis talian di 'Exchange' ini. Kesemuanya adalah untuk memastikan saiz sambungan yang diperlukan di sini.

Ramai pengguna mengandaikan jika 50 pengguna berkongsi bandwidth, ini bermakna 50 pengguna ini bersambung pada 512kb talian utama jika exchange ini menggunakan istilah 50:1. ini adalah tidak benar dan jika ianya benar maka ini adalah peluang yg paling ekstrem bagi salah seorang pengguna untuk dpt penyambungan sepenuhnya kepada talian utama 512Kbps meninggalkan pengguna lain yang masih lagi merangkak untuk masuk ke talian utama. Lagipon kemungkinan besar ISP memasang talian utama 4Mbps pada exchange daripada POP kepada exchange mungkin lebih. Kita mengandaikan 4Mbps sahaja skrg ini. seperti yg dinyatakan diatas size dan jenis akan ditentukan bergantung pada exchange tersebut. Pengiraan diperlukan disini untuk menetukan apa yang berlaku. Skrg ini kita mengandaikan sebagai contoh penyambungan bagi satu Rumah ialah 512kb/s 50:1 IP Stream.

Pertama sekali, mari tukarkan 4Mb kepada Kb:-
1Mb/s = 1024Kb/s
4Mb/s =4*1024 kb/2 = 4096Kb/s

seterusnya, berapa banyak 512Kb/s talian ADSL sepatutnya diberi:-
4096Kb/s / 512 Kb/s = 8

Ini bermakna hanya 8 pelanggan / pengguna sahaja yang patut diberikan 'contention ratio' 1:1 iaitu 512Kb/s sepenuhnya, sebagai contoh pengguna lain tidak akan memberikan kesan kepada kelajuan pengguna lain.

Disebabkan kerana ini adalah 'contention ratio' 50:1, berikut adalah pengiraanya:-
50:1 * 8 = 400

Boleh dikatakan disini sehingga 400 pengguna / pelanggan berkongsi satu talian utama 4Mb/s dan jika pelanggan menggunakan talian ADSL secara serentak makan dengan ini setiap pelanggan mendapat 10.24Kb/s. tetapi akan ada dalam satu masa jika pengguna tidak menggunakan talian ADSL secara serentak, 8 daripadanya berpeluang akan dapat 512Kb/s sepenuhnya.

begituah secara dasarnya pengiraan bandwidth ADSL. Sekarang ni ISP perkenalkan banyak cara untuk mencampurkan akaun 20:1 dan 50:1 akaun contention ratio. kemungkinan ISP akan membahagikan kepada 2 jenis berdasarkan 4Mb/s, sebagai contoh:-

200 pengguna menggunakan akaun 512Kb/s akan menggunakan setengah bandwidth (2Mb/s) drp talian Utama 4 Mb/s
100 pengguna menggunakan akaun 1Mb/s akan menggunakan setengah bandwidth (2Mb/s)drp talian Utama 4 Mb/s

keseluruhannya ialah 300 pengguna, dan masih lagi mengekalkan paras 'contention ratio' 50:1. Boleh dikatakan senario paling teruk ialah pengguna akan mendapati kelajuan menurun kepada paras yang tertentu, kerana produk ini dijual berdasarkan contention, ISP tidak berkewajiban untuk memperbaikinya jika kelajuan berada di paras rendah.

Di bawah adalah produk yang ada dibawah IP Stream dan paling kurang yang anda boleh lihat berkaitan dengan 'contention':-


512Kb/s 50:1 = 10.24Kb/s (1.28KB/s)


1Mb/s 50:1 = 20.48Kb/s (2.56KB/s)


512Kb/s 20:1 = 25.6Kb/s (3.2KB/s)


1Mb/s 20:1 = 51.2Kb/s (6.4KB/s)


2Mb/s 20:1 = 102.4Kb/s (12.8KB/s)

Related Posts

Contentio Ratio Berdasarkan ADSL
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.