Tuesday, October 30, 2012

Apa Maksud Ping Dalam Networking

Ok hari ini aku nak membebel sikit berkaitan networking, maklumlah aku pun baru juga dalam bidang networking ni.

Apa maksud PING? Ping = Packet Internet Groper

satu utiliti network untuk tujuan seperti;

check remote/host online/offline

line quality (laju / slow)

Cara nak guna:
RUN > CMD

>PING atau

Contoh:

>PING google.com (untuk mendapatkan IP)
>PING


Option yang ada dalam ping:
    -t             Ping the specified host until stopped.
                   To see statistics and continue - type Control-Break;
                   To stop - type Control-C.


    -a             Resolve addresses to hostnames.
    -n count       Number of echo requests to send.
    -l size        Send buffer size.
    -f             Set Don't Fragment flag in packet (IPv4-only).
    -i TTL         Time To Live.
    -v TOS         Type Of Service (IPv4-only).
    -r count       Record route for count hops (IPv4-only).
    -s count       Timestamp for count hops (IPv4-only).
    -j host-list   Loose source route along host-list (IPv4-only).
    -k host-list   Strict source route along host-list (IPv4-only).
    -w timeout     Timeout in milliseconds to wait for each reply.
    -R             Use routing header to test reverse route also (IPv6-only).
    -S srcaddr     Source address to use (IPv6-only).
    -4             Force using IPv4.
    -6             Force using IPv6.

Contoh Ping Test


Tuesday, October 9, 2012

Sejarah Ganja atau Kanabis Di Malaysia

Berdasarkan sejarah , tanaman ganja pertama kali ditemukan di daratan Cina pada tahun 2737 SM. Masyarakat Cina kuno telah mengenal dan memanfaatkan ganja dalam kehidupan sehari-hari sejak zaman batu. Masyarakat Cina menggunakan marijuana untuk bahan tenun pakaian, ubat-ubatan, dan terapi penyembuhan seperti sakit perut, beri-beri hingga malaria.

Kanabis atau ganja ini juga diolah untuk minyak lampu dan bahkan untuk upacara keagamaan seperti memuja dewa dan ritual kematian. Secara amnya ganja sendiri di sana dianggap tumbuhan liar kerana ia boleh tumbuh dimana saja. Kini ganja tidak tumbuh sebarang di tanah yang tidak sesuai dengan kultur tanaman ini. Ganja memerlukan karakter tanah dan faktor geografi tertentu, seperti di Cina,Malaysia,Kepulauan Borneo, Thailand dan Aceh. Sementara di belahan bumi lainya seperti Eropah, Afrika dan Amerika, ganja juga dapat tumbuh, Tapi hasilnya tak memuaskan, kecuali dengan teknologi canggih, itu pun sangat susah diaplikasikan.


Nama lain bagi Ganja ialah Marijuana , yang berasal dari bahasa Portugis yaitu mariguango yang bererti barang yang memabukkan dan untuk bahasa ilmiahnya disebut Cannabis. Istilah ganja dipopulerkan oleh kaum Rastafari, kaum penganut sekte Rasta di Jamaika yang berakar dari Yahudi dan Mesir.

Menurut sejarahnya, ganja dibawa ke Aceh dari India pada akhir abad ke 19 ketika Belanda membuka kebun kopi di Dataran Tinggi Gayo. Pihak penjajah itu menggunakan ganja sebagai ubat untuk menghindari serangan hama pohon kopi atau ulat pada tanaman tembakau. Walaubagaimanapun Belanda yang membawanya ke dataran tinggi Aceh, namun menurut fakta yang ada, tanaman tersebut bukan bererti berasal sepenuhnya dari negaranya. Boleh jadi tanaman ini dipungut dari daratan Asia lainya. Di kalangan anak muda Malaysia, ganja lebih Dikenali sebagai Yaw,Sayur,dam,ayam malah mawi pun ada.

Di Malaysia,ganja dipercayai di bawa masuk secara haram melalui selatan Thai dan Indonesia.Ganja yang dibawa masuk berbentuk ganja mampat yang beratnya lebih kurang satu kilogram setiap mampatan.Akta dadah berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya didapati bersalah membawa lebih dari 50 gram ganja,menghantui pengguna-pengguna ganja di Malaysia.Di katakan Malaysia adalah diantara negara yang mengenakan undang-undang yang ketat berkaitan ganja di dunia.Tapi mengikut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan tangkapan penagih yang menggunakan ganja adalah yang paling tinggi selepas dadah jenis heroin dan methaphetamine.Malah pengguna nya terdiri dari semua peringkat umur .

Credit to Revolusi Ganja Malaysia

Sunday, October 7, 2012

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Aku sekarang nak berkongsi kawasan-kawasan yang telah di pasang kamera AES (AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM).


Aku sedang mencari kelebihan dan kekurangan di atas pemasangan kamera AES nie di Tanah Melayu. Juga aku akan berkongsikan dengan anda semua apa itu AES kamera pada entry yang akan datang.

PENGESAHAN LOKASI PROJEK AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES) BAGI FASA PERCUBAAN (PILOT STAGE)



Rumusan Jumlah Lokasi AES pada 30 Julai 2012




Jadi pesanan aku kepada semua pemandu di Tanah Melayu supaya berhati-hati ketika memandu, lepas nie gambar anda akan tersebar luar di mana-mana sahaja.

Lokasi AES di Lebuh Raya SILK KM 6.6 credit to onedot12.com

Lokasi AES di Lebuh Raya SILK KM 6.6 credit to onedot12.com

 Lokasi AES di Putrajaya

Pandulah dengan cermat dan berhati-hati INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG !!!




Saturday, October 6, 2012

Umat Melayu Masa Kini

Aku belek-belek youtube dan terjumpa video ini. Saksikan kehebatan sebuah pertubuhan iaitu "PERKASA" dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutama melibatkan UMAT MELAYU bukan Agama Islam. Kesian aku lihat, kadang-kadang aku sedih, tapi buat apa aku nak sedih dengan manusia yang tidak menghormati AGAMANYA SENDIRI!!!

Lihat video penuh di bawah ini

(Versi Penuh HD) KEJADIAN SERANGAN OLEH PERKASA DI MASJID SEBERANG PUMPONG



Aku tidak rela AGAMAKU DI HINA SEBEGINI RUPA, dan AJARAN ISLAM TIDAK MENGAJAR UMATNYA BERSENGKETA SESAMA ISLAM !!!

Friday, October 5, 2012

Cara Tingkatkkan Kekuatan Wireless

Aku tahu ramai yang membebel berkaitan internet lembab, dekat sini aku kongsikan sikit macam mana nak tingkatkan keupayaan wireless korang semua.

1. Letakkan router atau access point korang pada lokasi yang sesuai. Kalau boleh ratio jarak antara tempat router korang tu tak jauh dengan lokasi korang selalu access Wi-Fi. Nak senang letak je kat tengah-tengah rumah.

2. Jangan letak router korang di atas lantai dan jauhkan dari dinding dan objek besi sebab semua ni boleh lemahkan signal Wi-Fi korang.

3. Gantikan antena router korang tu dengan high-gain antena. Selalunya antena router yang korang beli tu adalah dari jenis omnidirectional maksudnya signal akan dipancarkan ke semua arah dari oleh router. Antena jenis ni merugikan kalau router korang diletakkan ditempat yang sempit sebab signal diserap oleh dinding. Dengan High-gain antena, signal Wi-Fi korang boleh dipancarkan ke satu arah yang dikehendaki sahaja.

4. Laptop jenis lama selalunya tiada built-in wireless. So sesapa yang pakai network adapter dari jenis pc card tu disarankan tukar kepada USB wireless adapter dengan antena tambahan.

5. Tambah wireless repeater untuk luaskan kawasan liputan Wi-Fi korang tu. Contoh kalau korang letak router korang di ruang tamu dan korang nak access Wi-Fi dari bilik, kat tengah-tengah antara jarak tu korang letakkan je wireless repeater untuk kuatkan balik signal Wi-Fi tu.

6. Yang ni teknikal sikit, korang boleh ubah wireless channel router korang. Kaedahnya berbeza-beza ikut jenis router korang. Selalunya ada disertakan caranya dalam manual pengguna. Kena godek-godek sendiri untuk dapat channel yang terbaik bagi liputan Wi-Fi korang.

7. Kurangkan gangguan signal Wi-Fi korang. Kebanyakan router menggunakan wireless-G (802.11g) dengan frekuensi 2.4GHz. Banyak peralatan elektronik turut menggunakan frekuensi 2.4Ghz seperti microwave mak korang,telefon tanpa wayar korang yang dapat free dari streamyx tu dan remote gate korang yang canggih tu. So, korang ada choice sama ada kurang mende-mende tu atau tukar kepada wireless-N yang menggunakan frekuensi yang berbeza.

8. Update firmware dan network adapter korang. Biasanya pengeluar router akan selalu keluarkan update mengikut keperluan semasa. Windows pun ada keluarkan update untuk adapter-adapter tertentu.

9. Gunakan equipment dari pengeluar yang sama. Kalau korang guna modem Linksys, router ke access point pun korang kena dari Linksys jugak la. Sebab sesetengah hardware ada speedbooster bila ada connection dari hardware pengeluar yang sama.

10. Gunakan teknologi terkini, maknanya beli router baru yang menggunakan wireless-N (802.11n).

Kalau korang sudah buat semua di atas tapi still internet lembab lagi maknya PC or Laptop korang yang problem.

Wednesday, October 3, 2012

Cara Hack Wifi ( WPE Sahaja )

Hari ini aku berbesar hati nak berkongsi satu ilmu berkenaan Wifi. Aku ingin berkongsi bagaimana dan macam mana nak hack wifi.

Peringatan : Hanya untuk Wifi Jenis WPE sahaja. Kalau ada yang tidak dapat buat seperti step-step di bawah itu bermakna network card korang tidak sesuai.

Sebelum kita memulakan proses hack ini sila download :

1. CommView For Wifi
2. AirCrack



Step Pertama

Buka CommView for Wifi. Kalau dia suruh install driver atau update, anda harus ikut. Tekan next, lepas masuk kedalam CommView tu, tekan Start Capture.



Step Kedua

Tekan Start Scanning



Step Ketiga

Lepas Scanning, anda akan nampak wifi yang anda nak hack. Tekan Wifi itu dan tekan capture.


Step Keempat

Pergi ke tab Packet.


Step Kelima

Tekan Protocol sehingga anda jumpe ENCR.DATA, kalau sudah jumpa, highlightkan ENCR.DATA tu sebanyak mungkin yang anda mampu. Selepas itu right klik pada data yang telah di highlight tu, pilih send packet(s), selected.



Step Keenam

Tick pada Continuously, tukar packet persecond kepada 3000, dan dibawahnya 54(.11g) dan tekan Send. Kemudian anda biarkan proses send packet itu. Lagi lama anda biarkan lagi bagus. Aku syorkan biarkan selama 30 minit. Anda boleh minimizekan semua windows.


Step Ketujuh

Pergi ke tab logging. Tick pada autosave dan tekan Concatenate logs. Anda akan nampak file seperti dalam gambar kedua di bawah. Pilih semua file itu dan tekan save. Pilih Location save anda untuk memudahkan anda mencarinya kembali. Bila keluar seperti gambar keempat dibawah, tekan No.





Step Kelapan

Tekan file dan klik pada Log Viewer. Kemudian, dari Log Viewer, tekan file dan klik pada Load CommView Logs. Cari data yang anda save tadi dan Open. Kemudian, pilih file semula, klik Export Logs, TCPdump formats. Cari location untuk anda save.







Step Kesembilan

Cari folder aircrack yang anda telah download, masuk bin, kemudian buka Aircrack-ng GUI. Lepas itu, cari file yang anda save tadi (>CAP) dan tekan Launch.





Step Kesepuluh

Lepas itu anda akan nampak cmd.exe seperti dalam gambar dibawah. Dalam cmd itu, anda kena masukkan nombor wifi yang anda nak hack. Macam dalam gambar dibawah ini, aku masukkan nombor 1 itu kerana itu wifi yang aku nk hack. Lepas itu tekan Enter. Jadi seperti gambar kedua di bawah.



Step kesebelas

Kemudia anda akan nampak Key Found seperti dalam gambar di bawah. Perhatikan gambar dibawah. Key Found { 74:6D.....]. Dalam kurungan itu adalah password wifi itu. Anda buat simbol "." itu, dia akan jadi 746D73....Itulah passwordnya. Ada sesetengah network card akan detect terus tanpa perlu translate. Seperti gambar dibawah



Dibawah ini adalah HASILNYA


Peringatan : Hanya untuk Wifi Jenis WPE sahaja. Kalau ada yang tidak dapat buat seperti step-step di bawah itu bermakna network card korang tidak sesuai. 

*Tutorial ini hanyalah untuk pengetahuan dan pembelajaran.

creadit to Zulhero



Monday, October 1, 2012

Lebuh Raya Utara Selatan

Kesesakan lalulintas?

Jem?

Bayar tol mahal-mahal?Tapi jem tetap ada..

Sekarang ni sudah muncul signboard baru iaitu BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU (ada gambar lembu lagi) 

Gambar hiasan
Di manakah tahap keselamatan Pengguna lebuh raya yang membayar perkhimatan yang di sediakan oleh pihak PLUS?



Jangan sampai PLUS di samakan dengan LEMBU..

Sekian Terima Kasih.