Friday, October 5, 2012

Cara Tingkatkkan Kekuatan Wireless

Aku tahu ramai yang membebel berkaitan internet lembab, dekat sini aku kongsikan sikit macam mana nak tingkatkan keupayaan wireless korang semua.

1. Letakkan router atau access point korang pada lokasi yang sesuai. Kalau boleh ratio jarak antara tempat router korang tu tak jauh dengan lokasi korang selalu access Wi-Fi. Nak senang letak je kat tengah-tengah rumah.

2. Jangan letak router korang di atas lantai dan jauhkan dari dinding dan objek besi sebab semua ni boleh lemahkan signal Wi-Fi korang.

3. Gantikan antena router korang tu dengan high-gain antena. Selalunya antena router yang korang beli tu adalah dari jenis omnidirectional maksudnya signal akan dipancarkan ke semua arah dari oleh router. Antena jenis ni merugikan kalau router korang diletakkan ditempat yang sempit sebab signal diserap oleh dinding. Dengan High-gain antena, signal Wi-Fi korang boleh dipancarkan ke satu arah yang dikehendaki sahaja.

4. Laptop jenis lama selalunya tiada built-in wireless. So sesapa yang pakai network adapter dari jenis pc card tu disarankan tukar kepada USB wireless adapter dengan antena tambahan.

5. Tambah wireless repeater untuk luaskan kawasan liputan Wi-Fi korang tu. Contoh kalau korang letak router korang di ruang tamu dan korang nak access Wi-Fi dari bilik, kat tengah-tengah antara jarak tu korang letakkan je wireless repeater untuk kuatkan balik signal Wi-Fi tu.

6. Yang ni teknikal sikit, korang boleh ubah wireless channel router korang. Kaedahnya berbeza-beza ikut jenis router korang. Selalunya ada disertakan caranya dalam manual pengguna. Kena godek-godek sendiri untuk dapat channel yang terbaik bagi liputan Wi-Fi korang.

7. Kurangkan gangguan signal Wi-Fi korang. Kebanyakan router menggunakan wireless-G (802.11g) dengan frekuensi 2.4GHz. Banyak peralatan elektronik turut menggunakan frekuensi 2.4Ghz seperti microwave mak korang,telefon tanpa wayar korang yang dapat free dari streamyx tu dan remote gate korang yang canggih tu. So, korang ada choice sama ada kurang mende-mende tu atau tukar kepada wireless-N yang menggunakan frekuensi yang berbeza.

8. Update firmware dan network adapter korang. Biasanya pengeluar router akan selalu keluarkan update mengikut keperluan semasa. Windows pun ada keluarkan update untuk adapter-adapter tertentu.

9. Gunakan equipment dari pengeluar yang sama. Kalau korang guna modem Linksys, router ke access point pun korang kena dari Linksys jugak la. Sebab sesetengah hardware ada speedbooster bila ada connection dari hardware pengeluar yang sama.

10. Gunakan teknologi terkini, maknanya beli router baru yang menggunakan wireless-N (802.11n).

Kalau korang sudah buat semua di atas tapi still internet lembab lagi maknya PC or Laptop korang yang problem.

Related Posts

Cara Tingkatkkan Kekuatan Wireless
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.