Saturday, November 10, 2012

Kisah Dongeng Zaman Dahulu Kala

Dalam perjalanan menuju ke arah kemajuan aku sempat merakamkan satu kejadia di mana sahabat aku telah di rasuk hantu ayam hutan di Sri Aman, Sarawak.

Kejadian itu telah berlaku pada hari ini 11/10/2012 kira-kira jam 2.30 petang waktu Sarawak.

Mari saksikan video ini.


*video ini tiada kene mengena antara yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.





Wednesday, November 7, 2012

Cara Mengenalpasti Kerosakan Pada Modem

Lampu LED adalah elemen yang paling penting untuk mengenalpasti masalah yang timbul pada modem.
  1. Power (PWR)
  2. Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL, DSL, Link)
  3. Local Area Network (LAN)


1. Power (PWR)
Pastikan lampu Power (PWR) menyala, jika tidak menyala sila semak perkara yang di bawah
  • Pastikan adapter modem yang dibekalkan telah disambung ke modem dan ke soket kuasa yang sesuai.
  • Hidupkan suis pada modem dan soket kuasa.
  • Restart modem.
  • Jika lampu Power (PWR) masih tidak menyala, kita boleh cuba sambungkan pada soket kuasa yang berada di dalam bilik atau rumah.


2. LAN/PC/Ethernet (ETH) LED
Pastikan lampu LED LAN atau ETH menyala, jika tidak menyala sila semak perkara yang di bawah
  • Matikan modem.
  • Pastikan kabel RJ45 (LAN) disambung dengan sempurna dari modem kepada komputer atau pun laptop kita.
  • Pastikan Kad Rangkaian (NIC) dalam keadaan Enable.
  • Hidupkan modem kita.
  • Jika Lampu LAN atau ETH menyala ikon komputer akan kelihatan dengan status Connected pada sistem Tray (Windows XP dan Vista).
  • Jika Lampu Lan atau ETH masih tidak meyala, kita boleh cuba sambungkan modem dengan menggunakan kabel RJ45 (LAN) yang lain.


3. ADSL/DSL LED
Jika lampu LED menyala tetapi berkelil-kelip, ini bermakna modem tidak dapat berhubung dengan rangkaian perkhimatan Streamyx, unifi dll. Kita boleh semak beberapa perkara di bawah :


  • DSL Penapis Talian (Splitter) - Modem DSL ada yang dibekalkan dengan Splitter. Tanpa Splitter, modem mungkin tidak dapat berhubung dengan rangkaian internet kita kerana bunyi bising yang terhasil dalam talian. Sila pastikan setiap ruang talifon mempunyai Splitter.
  • Ini juga berkemungkinan Splitter yang digunakan sekarang tidak lagi berfungsi dengan baik. Cuba tanggalkan Splitter dan sambungkan talian telefon secara terus kepada Modem DSL. Jika anda mempunyai Splitter yang lain, cuba gantikannya. Masalah mungkin dapat diatasi.
  • Soket telefon dinding (untuk kediaman yang mempunyai banyak soket dinding) - Terdapat kemungkinan soket telefon dinding yang menghubungkan Modem DSL terletak terlalu jauh dari Termination Point atas kotak telefon. Termination Point atau kota telefon terletak di luar kawasan rumah. Cuba hubungkan Modem DSL dengan soket telefon yang lebih dekat dengan kotak telefon. Jika tidak pasti yang mana satu, cuba kesemuanya. Jika anda mengeluarkan DSL Splitter semasa proses ini sedang berjalan, sila pastikan kita meletakkannya kembali ke tempat asal. Jika modem dapat berhubung dengan rangkaian internet dengan soket telefon dinding yang lain, berkemungkinan besar terdapat masalah pendawaian dalaman atau filter DSL yang bermasalah.
  • Pastikan talian telefon berfungsi dengan baik dan perkhidmatan akaun tidak digantung.
  • Modem - mungkin modem tidak berfungsi dengan betul. tutup dan cabut adapter modem daru soket dan hidupkannya semula.
  • Putuskan alat peranti lain yang berkongsi talian ADSL. Peranti seperti faks, sistem penggera atau telefon tanpa wayar yang menggunakan talian yang sama dengan ADSL mungkin menggangu isyarat ADSL.
  • Sila pastikan kabel talefon telah disambung dengan betul dan kemas modem dan soket pada dinding.

Kebiasannya pembetulan mudah ini akan menghubungkan kita semula dengan Internet dan menjimatkan masa, Jika lampu masih tidak berkelip, mungkin terdapat masalah dengan rangkaian. Hubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM (100) dan pilih " Perkhimatan Internet" untuk bantuan.



Sunday, November 4, 2012

Kenangan Peristiwa Banjir Besar Di Kota Tinggi 2006/2007


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Rumah aku pun tidak terkecuali, dan dalam sejarahnya pertama kali aku menjadi mangsa banjir, selalu aku nengok dalam tv je.


Sekarang sudah memasuki hujung tahun dan lazimnya hujung tahun merupakan musin hujan, dan semua kawasan yang pernah di naiki air iaitu banji seperti Kota Tinggi yang pernah tenggelam sudah mendapat pengajaran dan pengalaman. Aku percaya mereka yang tinggal di Daerah Kota Tinggi sudah bersiap sedia menghadapi musibah, malapetaka, dugaan dan rezeki dari ALLAH S.W.T.


Kedalaman air pada tahun 2006/2007 mencecah 4.9 meter. Dalam!!!


Semoga Family aku yang berada di Kota Tinggi berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kita sama-sama berdoa agar musibah banjir tidak akan berulang kembali. INSYAALLAH...


Friday, November 2, 2012

KAMPUNG TANPA WAYAR - OFISGATE SDN BHD

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dengan ini secara rasminya Fan Page OG KTW
 (OFISGATE KAMPUNG TANPA WAYAR)  telah dilancarkan. Kepada semua pembaca blog PeNgembara jangan segan jangan silu untuk menglike ye, tiada paksaan dan tiada ganjaran.



Jom kita singgah dan like Fan Page OG KTW ni kalau nak tau lebih lanjut mengenai Kampung Tanpa Wayar.

Like di Sini ye kawan-kawan OG KTW