Wednesday, November 7, 2012

Cara Mengenalpasti Kerosakan Pada Modem

Lampu LED adalah elemen yang paling penting untuk mengenalpasti masalah yang timbul pada modem.
  1. Power (PWR)
  2. Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL, DSL, Link)
  3. Local Area Network (LAN)


1. Power (PWR)
Pastikan lampu Power (PWR) menyala, jika tidak menyala sila semak perkara yang di bawah
  • Pastikan adapter modem yang dibekalkan telah disambung ke modem dan ke soket kuasa yang sesuai.
  • Hidupkan suis pada modem dan soket kuasa.
  • Restart modem.
  • Jika lampu Power (PWR) masih tidak menyala, kita boleh cuba sambungkan pada soket kuasa yang berada di dalam bilik atau rumah.


2. LAN/PC/Ethernet (ETH) LED
Pastikan lampu LED LAN atau ETH menyala, jika tidak menyala sila semak perkara yang di bawah
  • Matikan modem.
  • Pastikan kabel RJ45 (LAN) disambung dengan sempurna dari modem kepada komputer atau pun laptop kita.
  • Pastikan Kad Rangkaian (NIC) dalam keadaan Enable.
  • Hidupkan modem kita.
  • Jika Lampu LAN atau ETH menyala ikon komputer akan kelihatan dengan status Connected pada sistem Tray (Windows XP dan Vista).
  • Jika Lampu Lan atau ETH masih tidak meyala, kita boleh cuba sambungkan modem dengan menggunakan kabel RJ45 (LAN) yang lain.


3. ADSL/DSL LED
Jika lampu LED menyala tetapi berkelil-kelip, ini bermakna modem tidak dapat berhubung dengan rangkaian perkhimatan Streamyx, unifi dll. Kita boleh semak beberapa perkara di bawah :


  • DSL Penapis Talian (Splitter) - Modem DSL ada yang dibekalkan dengan Splitter. Tanpa Splitter, modem mungkin tidak dapat berhubung dengan rangkaian internet kita kerana bunyi bising yang terhasil dalam talian. Sila pastikan setiap ruang talifon mempunyai Splitter.
  • Ini juga berkemungkinan Splitter yang digunakan sekarang tidak lagi berfungsi dengan baik. Cuba tanggalkan Splitter dan sambungkan talian telefon secara terus kepada Modem DSL. Jika anda mempunyai Splitter yang lain, cuba gantikannya. Masalah mungkin dapat diatasi.
  • Soket telefon dinding (untuk kediaman yang mempunyai banyak soket dinding) - Terdapat kemungkinan soket telefon dinding yang menghubungkan Modem DSL terletak terlalu jauh dari Termination Point atas kotak telefon. Termination Point atau kota telefon terletak di luar kawasan rumah. Cuba hubungkan Modem DSL dengan soket telefon yang lebih dekat dengan kotak telefon. Jika tidak pasti yang mana satu, cuba kesemuanya. Jika anda mengeluarkan DSL Splitter semasa proses ini sedang berjalan, sila pastikan kita meletakkannya kembali ke tempat asal. Jika modem dapat berhubung dengan rangkaian internet dengan soket telefon dinding yang lain, berkemungkinan besar terdapat masalah pendawaian dalaman atau filter DSL yang bermasalah.
  • Pastikan talian telefon berfungsi dengan baik dan perkhidmatan akaun tidak digantung.
  • Modem - mungkin modem tidak berfungsi dengan betul. tutup dan cabut adapter modem daru soket dan hidupkannya semula.
  • Putuskan alat peranti lain yang berkongsi talian ADSL. Peranti seperti faks, sistem penggera atau telefon tanpa wayar yang menggunakan talian yang sama dengan ADSL mungkin menggangu isyarat ADSL.
  • Sila pastikan kabel talefon telah disambung dengan betul dan kemas modem dan soket pada dinding.

Kebiasannya pembetulan mudah ini akan menghubungkan kita semula dengan Internet dan menjimatkan masa, Jika lampu masih tidak berkelip, mungkin terdapat masalah dengan rangkaian. Hubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM (100) dan pilih " Perkhimatan Internet" untuk bantuan.



Related Posts

Cara Mengenalpasti Kerosakan Pada Modem
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.