Sunday, November 4, 2012

Kenangan Peristiwa Banjir Besar Di Kota Tinggi 2006/2007


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Rumah aku pun tidak terkecuali, dan dalam sejarahnya pertama kali aku menjadi mangsa banjir, selalu aku nengok dalam tv je.


Sekarang sudah memasuki hujung tahun dan lazimnya hujung tahun merupakan musin hujan, dan semua kawasan yang pernah di naiki air iaitu banji seperti Kota Tinggi yang pernah tenggelam sudah mendapat pengajaran dan pengalaman. Aku percaya mereka yang tinggal di Daerah Kota Tinggi sudah bersiap sedia menghadapi musibah, malapetaka, dugaan dan rezeki dari ALLAH S.W.T.


Kedalaman air pada tahun 2006/2007 mencecah 4.9 meter. Dalam!!!


Semoga Family aku yang berada di Kota Tinggi berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kita sama-sama berdoa agar musibah banjir tidak akan berulang kembali. INSYAALLAH...


Related Posts

Kenangan Peristiwa Banjir Besar Di Kota Tinggi 2006/2007
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

2 comments

Tulis comments
avatar
October 27, 2017 at 8:00 PM

Kenangan ni mmng sya x bleh lupa...walaupon ini kenangan pahit tpi ia membawa satu kenangan yg bersejarah untk semua wrga kota tinggi...klau ikutkan masa ni 2006 sya drjah2 dan 2007 sya drjah3..tetpi masih ingt semuanya yg tsrjadi waktu tu.

Reply
avatar
October 27, 2017 at 8:00 PM

Kenangan ni mmng sya x bleh lupa...walaupon ini kenangan pahit tpi ia membawa satu kenangan yg bersejarah untk semua wrga kota tinggi...klau ikutkan masa ni 2006 sya drjah2 dan 2007 sya drjah3..tetpi masih ingt semuanya yg tsrjadi waktu tu.

Reply