Monday, December 30, 2013

Saturday, August 31, 2013

Alfa AWUS036H Usb Wifi + Y Cable + Mount + Clip

Alfa AWUS036H Usb Wifi + Y Cable + Mount + Clip RM135!!! + RM5.00 POS


Why take the risk of getting fake Alfa Network product just for the few Ringgit   different?
 
Say no to fake Alfa Product because it contain Harmful Radiation, Don't be cook by Fake Alfa Seller claiming they are selling original product. 

Any Victim who purchase fake Alfa Product please reveal the seller identity in my Question & Answer below and I will reward with a high trade in for Original Alfa
Alfa  USB Wireless-G Adapter AWUS036H LONG RANGE  + Mount + Clip + Suction Cap at only RM 135!
 
NEW Alfa anti counterfeit hologram- buy GENUINE Alfa
 
Original Alfa from Alfa Network Distributor!
Free Y cable while stock still available!!

HARGA RM135!!!
POSTAGE RM5.00


Warranty 1 YEAR!!!


Cara pembayaran adalah seperti di bawah :

No Acc : 164052422277
Bank : Maybank
Nama : Muhammad Afif Bin Samshuri
email : afifsamshuri@gmail.com

Setelah pembayaran dibuat, sila emailkan slip pembayaran kepada saya untuk saya proses order yang dibuat oleh pelanggan.

Jika menggunakan online banking, sila emailkan print screen pembayaran melalui online banking

RON CONVERTER




Dengan Ini Saya Memperkenalkan RON CONVERTER iaitu sebuah cecair yang membolehkan Minyak RON 95 di convert menjadi Minyak RON 97.

1 Botol RON CONVERTER 10ml

1 Botol boleh digunakan untuk 60 liter minyak RON 95

Ianya hanya berkesan kepada pengguna tegar RON 95 sahaja.

Segala kelebihan dan kebaikan yang ada pada RON97 adalam dalam cecair RON CONVERTER.

RON CONVERTER adalah sejenis additive untuk menjadikan minyak RON 95 ke minyak RON 97.

Apa kelebihan RON CONVERTER?

Melembutkan enjin.
Meningkatkan prestasi enjin.
Pembakaran yang lebih lengkap.

Cara penggunaan RON CONVERTER.

1. Untuk isian full tank kereta minyak, memerlukan 1 botol RON CONVERTER.

2. Untuk isian half tank minyak, masukkan separuh botol RON CONVERTER.

Ia hanya berkesan untuk minyak RON 95 sahaja.

1 botol RM 7.00

10 botol RM 65.00

Kalau nak jimat amik banyak sikit. Sebab Kos Pos tetap sama je.

Pos tambah RM4.00

Cara pembayaran adalah seperti di bawah :

No Acc : 164052422277
Bank : Maybank
Nama : Muhammad Afif Bin Samshuri
email : afifsamshuri@gmail.com

Setelah pembayaran dibuat, sila emailkan slip pembayaran kepada saya untuk saya proses order yang dibuat oleh pelanggan.

Jika menggunakan online banking, sila emailkan print screen pembayaran melalui online banking.

Terima Kasih.

Friday, July 26, 2013

Anggota Tentera Maut Di Panah Petir

KOTA TINGGI 26 Julai - Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam.

Gambar Sekadar Hiasan

Mohd. Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing. - BERNAMA

* Kejadian KEDUA selepas kejadian kebakaran di Daerah Kota Tinggi ini, mungkinkah ada sesuatu petunjuk atau amaran kepada warga Kota Tinggi. Wallah hu alam.



Thursday, July 25, 2013

3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran - Taman Kota Jaya

KOTA TINGGI - Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya di sini hari ini.


Identiti mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Maliki Hanie Aziz, Ezza Nurfarhainie Othman dan Mahadir Ngapit.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Suhaimi Abd Jamal ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 petang dan sampai di tempat kejadian pada 5.09 petang.

Bagaimanapun apabila dua jentera dengan 12 anggota tiba di tempat kejadian, rumah teres kos rendah setingkat tersebut sudah 90 peratus terbakar, katanya.

Pihak bomba turut menghubungi unit anjing K-9 dari Kuala Lumpur bagi membantu menyiasat punca sebenar kebakaran, katanya. - Bernama

*Sebenarnya kejadian ini berlaku dekat dengan rumah Family Aku, Aku sempat menefelon Ibu Aku semalam tapi masih belum dapat maklumat yang tepat tentang kebakaran tersebut. Apa-apa pun mari kita sedekahkah AL-FATIHAH kepada mangsa yang terkorban. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman In Shaa Allah.

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah. 

Bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana dapat aku menyambut Ramadhan untuk tahun ini.

First Day Puasa aku di Jitra Kedah, bersama rakan se kantor.

Sempat la juga snap satu gambar berbuka di atas hod Avanzar.





Ok malas da nk menaip.


Thanks.


Wednesday, April 17, 2013

PANAS - RAKYAT-RAKYAT JOHOR YAHUDI

Assalamualaikum,

Aku terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua berkaitan satu page di Facebook yang telah MENYAHUDIKAN Rakyat Johor.

Ini dia Print Screen yang sempat sahabat aku capture dan share di Facebook 


Apa masalah Admin Page MALAYA TIGER FOOTBALL ini  pun aku tak tahu. Mohon penjelasan dari pihak Admin MALAYA TIGER FOOTBALL ini !!!!

Aku RAKYAT JOHOR brader!!!

SUKAN BOROI - JDT Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Suku akhir kedua Piala FA telah pun tamat antara JOHOR DARUL TAKZIM VS SELANGOR. Maka Si BOROI mara ke Semi Final Piala FA, dan bakal bertemu Pahang dalam perlawanan Semi Final Piala FA.

Maka Si Boroi itu adalah?

LEONEL NUNEZ




Maka pengkritik Si Boroi ini pun terdiam dan terpaku kerana beliau telah menyumbat 2 GOAL untuk pasukan baru beliau JDT!!!

Sunday, April 14, 2013

TERGEMPAR : 10,000 Seluar Dalam Wanita Yang Dicuri Disimpan Untuk Dicium Setiap Hari?

Manusia semakin kalut?

Koleksi yang banyak ini membuatkan dia ditahan dan disoal siasat, memang pelik jika seorang lelaki menyimpan 10,000 seluar dalam buat koleksi, samada dia memang miang, ataupun nak bukak bundle…perghh…



Apabila diserbu, terdapat lebih 1,000 seluar dalam wanita di dalam keretanya, dan 10,000 lagi di dalam rumahnya, dia telah ditahan di kediamannya di Chinatown, Bangkok.

Dia mengaku telah mencuri seluar dalam tersebut sejak dia berumur 18 tahun, dan yang paling teruk sekali ialah, dia akan mencium seluar dalam tersebut di mana sahaja dia berada, khususnya ketika dia sedang mambawa kenderaan.

Mereka hanya boleh mendakwa lelaki tersebut disebabkan kesalahan pecah masuk, tidak untuk kesalahan mencuri kerana tiada sesiapa yang pernah melaporkan kedian seluar dalam mereka dicuri.

Agak-agak la wei. Spendar kot.

HAHAHAHA!!!



Thursday, April 11, 2013

Wednesday, April 10, 2013

TMJ Tarik Balik Keputusan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.

Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.


Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ...jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu...jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia, dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.

Pada 3 April lepas, Tunku Ismail membuat keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil. - Bernama

Tuesday, April 9, 2013

Daniel Guiza Sah Meninggalkan JDT

5hb April 2013

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim pada hari ini membuat kenyataan bahawa pemain import pasukan Johor Darul Takzim, Daniel Guiza akan meninggalkan pasukan selepas perlawanan suku akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim dan Selangor di Stadium Larkin pada hari Sabtu. Ini selepas seorang lagi pemain import pasukan iaitu Simone Del Nero juga akan membuat penampilan terakhir pada perlawanan yang sama.


Keputusan untuk melepaskan bekas pemain pasukan antarabangsa Sepanyol dan juga bekas pemain Serie A Lazio, diambil selepas membuat penilaian tentang kedudukan pasukan dan juga prestasi kedua-dua pemain setelah tamatnya pusingan pertama Liga Super pada minggu lepas.

Setelah mengharungi 13 perlawanan liga da pertandingan Piala FA, Guiza telah berjaya menyumbat 8 Gol untuk pasukan Johor Darul Takzim sekaligus membantu pasukan berada di tangga ke 3 Liga Super dan juga peringkat suku akhir Piala FA.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, YB Dato' Haji Obet Tawil berkata, "Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pemain, Daniel Guiza dan Simone merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang telah banyak membantu pasukan berada di kedudukan sekarang tetapi keputusan ini terpaksa di ambil kerana kontrak pinjaman Guiza berakhir pada bulan Ogos bersama kelab beliau, Getafe CF dan ini tidak membolehkan beliau beraksi untuk pasukan pada pertandingan Piala Malaysia Ogos nanti. Simonepula masuk belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang tidak membolehkan beliau memberi persembahan terbaik beliau untuk pasukan.


Beliau juga menambah. "Memandangkan tingkap perpindahan pemain hanya akan dibuka pada 8hb April ini,

pihak pengurusan mengambil keputusan melepaskan kedua-dua pemain disampung mecari pemain pengganti yang berkaliber untuk menggantikan kedua-dua pemain dalam pasukan. Pemain tengah pasukan Johor dalam  Liga Primier, Ander Francisco Rocha Da Silva telah dikenal pasti untuk mengambil alih tempat Simone Del Nero manakala beberapa pemain lain sedang di uji jurulatih pasukan, Fandi Ahmad untuk menggantikan tempat Daniel Guiza. Tiga pemain telah disenarai pendek dan pihak pengurusan akan membuat pengumuman pada masa terdekat kelak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dani dan juga Simone atas jasa mereka kepada pasukan dan peminat Johor juga telah menerima kedua-dua pemain tersebut sebagai ahli keluarga pasukan Johor Darul Takzim. Saya akan pastikan bahawa pengganti Daniel Guiza dan Simone Del Nero akan mempamerkan mutu persembahan yang lebih baik dan cemerlang berbanding dengan pemain-pemain import sebelum ini dalam untuk memastikan visi transformasi pasukan Johor Darul Takzim akan tercapai.


Wednesday, February 20, 2013

White Water Rafting Sungai Kampar Perak

Tarikh 16 February 2013 bertempat di My Gopeng Resort Sungai Kampar Perak.

Seramai 28 orang dari Ofisgate Sdn Bhd




Nie je la gambar yang leh masuk dalam blog ini. Sebenarnya aku tak tau nk post ape. Hahahaha

Thursday, February 7, 2013

Harimau Malaya Tumbang Lagi

Umum mengetahui yang Harimau Malaya yang di bimbing oleh PAKAR EKSPERIMEN K.Rajagopal telah pun dibelasah 2 - 0 menentang Qatar dalam perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Asia.

Nampak banyaknya kekurangan yang ada pada pasukan Harimau Malaya. Malas aku nak tulis panjang-panjang wat sakit hati.

Sudah banyak eksperimen yang dilakukan oleh Rajagopal. Tapi semuanya tidak membuahkan hasil. Apa yang harus di lakukan untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Malaysia?