Tuesday, April 9, 2013

Daniel Guiza Sah Meninggalkan JDT

5hb April 2013

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim pada hari ini membuat kenyataan bahawa pemain import pasukan Johor Darul Takzim, Daniel Guiza akan meninggalkan pasukan selepas perlawanan suku akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim dan Selangor di Stadium Larkin pada hari Sabtu. Ini selepas seorang lagi pemain import pasukan iaitu Simone Del Nero juga akan membuat penampilan terakhir pada perlawanan yang sama.


Keputusan untuk melepaskan bekas pemain pasukan antarabangsa Sepanyol dan juga bekas pemain Serie A Lazio, diambil selepas membuat penilaian tentang kedudukan pasukan dan juga prestasi kedua-dua pemain setelah tamatnya pusingan pertama Liga Super pada minggu lepas.

Setelah mengharungi 13 perlawanan liga da pertandingan Piala FA, Guiza telah berjaya menyumbat 8 Gol untuk pasukan Johor Darul Takzim sekaligus membantu pasukan berada di tangga ke 3 Liga Super dan juga peringkat suku akhir Piala FA.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, YB Dato' Haji Obet Tawil berkata, "Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pemain, Daniel Guiza dan Simone merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang telah banyak membantu pasukan berada di kedudukan sekarang tetapi keputusan ini terpaksa di ambil kerana kontrak pinjaman Guiza berakhir pada bulan Ogos bersama kelab beliau, Getafe CF dan ini tidak membolehkan beliau beraksi untuk pasukan pada pertandingan Piala Malaysia Ogos nanti. Simonepula masuk belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang tidak membolehkan beliau memberi persembahan terbaik beliau untuk pasukan.


Beliau juga menambah. "Memandangkan tingkap perpindahan pemain hanya akan dibuka pada 8hb April ini,

pihak pengurusan mengambil keputusan melepaskan kedua-dua pemain disampung mecari pemain pengganti yang berkaliber untuk menggantikan kedua-dua pemain dalam pasukan. Pemain tengah pasukan Johor dalam  Liga Primier, Ander Francisco Rocha Da Silva telah dikenal pasti untuk mengambil alih tempat Simone Del Nero manakala beberapa pemain lain sedang di uji jurulatih pasukan, Fandi Ahmad untuk menggantikan tempat Daniel Guiza. Tiga pemain telah disenarai pendek dan pihak pengurusan akan membuat pengumuman pada masa terdekat kelak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dani dan juga Simone atas jasa mereka kepada pasukan dan peminat Johor juga telah menerima kedua-dua pemain tersebut sebagai ahli keluarga pasukan Johor Darul Takzim. Saya akan pastikan bahawa pengganti Daniel Guiza dan Simone Del Nero akan mempamerkan mutu persembahan yang lebih baik dan cemerlang berbanding dengan pemain-pemain import sebelum ini dalam untuk memastikan visi transformasi pasukan Johor Darul Takzim akan tercapai.


Related Posts

Daniel Guiza Sah Meninggalkan JDT
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.