Friday, July 26, 2013

Anggota Tentera Maut Di Panah Petir

KOTA TINGGI 26 Julai - Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam.

Gambar Sekadar Hiasan

Mohd. Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing. - BERNAMA

* Kejadian KEDUA selepas kejadian kebakaran di Daerah Kota Tinggi ini, mungkinkah ada sesuatu petunjuk atau amaran kepada warga Kota Tinggi. Wallah hu alam.



Thursday, July 25, 2013

3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran - Taman Kota Jaya

KOTA TINGGI - Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya di sini hari ini.


Identiti mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Maliki Hanie Aziz, Ezza Nurfarhainie Othman dan Mahadir Ngapit.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Suhaimi Abd Jamal ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 petang dan sampai di tempat kejadian pada 5.09 petang.

Bagaimanapun apabila dua jentera dengan 12 anggota tiba di tempat kejadian, rumah teres kos rendah setingkat tersebut sudah 90 peratus terbakar, katanya.

Pihak bomba turut menghubungi unit anjing K-9 dari Kuala Lumpur bagi membantu menyiasat punca sebenar kebakaran, katanya. - Bernama

*Sebenarnya kejadian ini berlaku dekat dengan rumah Family Aku, Aku sempat menefelon Ibu Aku semalam tapi masih belum dapat maklumat yang tepat tentang kebakaran tersebut. Apa-apa pun mari kita sedekahkah AL-FATIHAH kepada mangsa yang terkorban. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman In Shaa Allah.

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah. 

Bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana dapat aku menyambut Ramadhan untuk tahun ini.

First Day Puasa aku di Jitra Kedah, bersama rakan se kantor.

Sempat la juga snap satu gambar berbuka di atas hod Avanzar.





Ok malas da nk menaip.


Thanks.