Friday, July 26, 2013

Anggota Tentera Maut Di Panah Petir

KOTA TINGGI 26 Julai - Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam.

Gambar Sekadar Hiasan

Mohd. Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing. - BERNAMA

* Kejadian KEDUA selepas kejadian kebakaran di Daerah Kota Tinggi ini, mungkinkah ada sesuatu petunjuk atau amaran kepada warga Kota Tinggi. Wallah hu alam.



Related Posts

Anggota Tentera Maut Di Panah Petir
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.