Wednesday, May 30, 2018

KADAR ZAKAT FITRAH 2018 UNTUK SEMUA NEGERI DI MALAYSIA


Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layan disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama.

NEGERI
KADAR BAYARAN PADA TAHUN 2018
PERLIS
RM7.00
KEDAH
RM7.00
PULAU PINANG
RM7.00
PERAK
RM7.00
SELANGOR
RM7.00
NEGERI SEMBILAN
RM6.50
MELAKA
RM6.70
JOHOR
RM7.00
PAHANG
RM7.00
TERENGGANU
RM7.00
KELANTAN
RM7.00
SARAWAK
RM7.00
SABAH
RM7.00
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN

RM7.00


Semoga ibadah di bulan Ramadhan yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Mari kita sama-sama rabut keberkatan Ramadhan dengan berpuasa, memperbanyakkan amal-amal kebaikan dan berzakat.